Pengenalan
Institut ini terletak di tapak seluas 4 ekar di kawasan perumahan Medan Tok Sira Mukim Kuala Kuantan Daerah Kuantan. Perancangan awal projek ini di usahakan pada tahun 1972. Manakala kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1991. Institut ini mula beroperasi pada bulan April 1993. Institut ini diletakkan di bawah Cawangan Latihan Bahagian Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pengurusan Institut ini dikendalikan oleh Pegawai dan Kakitangan Tetap dan Kontrak seramai 16 orang yang diketuai oleh seorang Pengetua. Organisasi

Matlamat
Menyediakan kemudahan latihan yang berkualiti, dinamik dan berkesan kepada peserta-peserta yang terdiri daripada anggota KEMAS dan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti dan produktif.

Objektif
1. Menyediakan kemudahan latihan yang berkualiti dan dinamik serta berkesan kepada para peserta yang terdiri daripada anggota KEMAS, lain-lain pengguna dari agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bagi maksud melahirkan masyarakat yang berkualiti, positif dan produktif
2. Melaksanakan program latihan sebagaimana yang dirancang oleh cawangan latihan dan lain-lain cawangan serta Ibu Pejabat KEMAS
3. Menyediakan kemudahan aktiviti tidak formal kepada masyarakat persekitaran
4. Merancang untuk mengguna-pakai kemudahan yang ada secara maksima dengan mengintegrasikan aktiviti dengan pihak KEMAS negeri dan lain-lain jabatan serta pertubuhan

Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan dan layanan yang mesra mengikut kehendak dan keperluan pelanggan berasaskan kepada keupayaan sedia ada.
1. Mengurus Program Latihan Yang Diarahkan / Dipohon Secara Berkesan Kepada Kakitangan KEMAS Dan Para Peserta Kursus Melalui Kursus, Bengkel Atau Seminar
2. Menyediakan Laporan Kerja Dan Laporan Kewangan Setiap Program Kursus / Bengkel Dalam Tempoh 2 Minggu Selepas Acara Diadakan
3. Mengurus Tuntutan Perbelanjaan Dari Pembekal Kepada Pihak Yang Bertanggungjawab Dalam Tempoh 7 Hari Setelah Kerja-Kerja Disempurnakan
4. Kami Juga Sentiasa Bersedia Menerima Pandangan Dan Cadangan Dari Pihak Pelanggan

Fungsi Utama
1. Menjalankan latihan Persijilan Pendidikan Prasekolah KEMAS.
2. Menjalankan latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS, Pegawai, Penyelia dan Pemaju Masyarakat.
3. Menjalankan latihan/bengkel keibubapaan, kemahiran dan kepimpinan.
4. Menyediakan kemudahan kepada agensi-agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan untuk kegiatan kemasyarakatan.

Falsafah Pendidikan Negara
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ".


[ Index ] [Aluan Pengetua] [ Pengenalan ] [ Kemudahan ] [ Makmal Pengajaran.. ] [ Perpustakaan ]
[ Hotlink ] [ Renungan ] [ Dokumentasi ILK ] [ Aktiviti ]