Kata-kata Aluan Pengetua



Puan Sowiah bt.Dahlan
Pengetua ILK

SELAMAT DATANG
SILA BERKUNJUNG KE LAMAN WEB KAMI,

Saya dahului dengan setinggi penghargaan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami yang akan dirasmikan pelancarannya pada 20 September 2002.

Institut Latihan KEMAS Kuantan (ILK) merupakan Pusat Latihan yang ke5 dibina di bawah Pentadbiran Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Institut ini berfungsi untuk menyediakan kemudahan latihan Pra Perkhidmatan juga latihan Dalam Perkhidmatan warga kerja KEMAS dalam tempoh jangka panjang atau jangka pendek.

ILK juga turut menyumbang untuk menyediakan kemudahan gunasama kepada pelbagai agensi Kerajaan dalam Negeri Pahang khususnya di Kuantan juga di luar dari Negeri Pahang terutama dalam menyediakan kemudahan-kemudahan bagi acara-acara peringkat Negeri dan Persekutuan.

Kemudahan asas, peralatan serta kemudahan sumber ilmu yang disediakan juga persekitaran yang nyaman disokong pula dengan konsep lanskap yang unik berasaskan Refleksologi dan koleksi tumbuhan rimba menjadi sumber inspirasi dan menggambarkan Imej tersendiri Institut ini.

Teras utama dalam pelaksanaan Program di Institut ini adalah berasaskan FALSAFAH PEMBANGUNAN LUAR BANDAR JUGA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. SEBAGAI JENTERA PEMBANGUNAN MASYARAKAT INSTITUT INI MENDOKONG UNTUK MEREALISASIKAN PROSES "PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT" BAGI MELAHIRKAN INDIVIDU CEMERLANG. INSYAALLAH.

WASSALAM, TERIMA KASIH.


Jasamu Dikenang
Tuan Hj. Ashaari b. Ahmad



[ Index ] [ Pengenalan ] [ Kemudahan ] [ Makmal Pengajaran.. ] [ Perpustakaan ] [ Hotlink ]
[ Renungan ] [ Dokumentasi ILK ] [ Aktiviti ]