Home



About
 
RoyPlanet
Members
Galeri
Links
Forum
Guestbook

Artikel
 
News
Life
Love
Student

Muzik
 
Mp3
Lirik
Klip Video

Teknologi
 
Komputer
Mobile

Tutorial
 
Photoshop
Illustrator
Flash
Dreamweaver

Download
 
Software
Games
Wallpaper

Link To Us
 
RoyPlanet






+ Student


Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Ruangan ini memaparkan maklumat dan berita untuk pelajar terutamanya pelajar IPT. Secara umum untuk semua pelajar khususnya untuk pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Sebarang idea dan komen sila email royplanet@yahoo.com


Majlis Konvokesyen Ke 6 PSA


PSA telah mengadakan majlis konvo ke 6 pada 7 hingga 9 Mei 2004 bertempat di PSA laa mane lagi nak buat. Antara yang menarik majlis konvo kali ini ialah malam kebudayaan. Tak seperti yang lepas lepas semua nasyid je. Skema jerk. Tapi kali nie memang lain dari sebelumnya. Malam kebudayaan telah diperbagaikan dengan menggabungkan perbagai muzik R&B, Pop, Irama Malaysia, Tarian, Wushu dan Hip Hop karut geng paryak! Kues Kues...

Artis jemputan kali ini aku dapat tau memula tu, Anis Suraya. Tapi, tup tup Linda Rafar ngan adik die, Diana Rafar yang datang. Lagi bagus.... heheh. Kecoh bebudak poly dapat jumpe artis depan mata. Segan aku tengok gaya sorang2. Aku kontrol lagi... hehe

Persembahan they all mmg mantap, mengancam habis. Penuh bebudak sorak. Semua space full maksimum! Aku suka ah tgk Diana tu... kiut habis.... Linda kiut gak... tapi dah kawin.. hehe. Diorg nyanyi lagu baru yang belum release lagi tajuk Hak Milik Kekal. Maybe release dalam bulan 6 kot. Diorg cakap laa.. diorg tipu aku tipu korang laa...



Tapi kan, ade ke tgh diorg nyanyi tu. Ade lak mamat poyo naik stage record video diorg guna hengpon. Konon tunjuk hengpon mahal laa. Siap menari depan diorg sambil tunjuk buntut beso die kat penonton. Memalukan je. Sporting pun agak2 ler. Ko bukan tgk gig.

Lagi kelakar bila diorg habis nyanyi, pengacara boleh pulak buat seisi soal jawab lak. Tak kisah laa kan. hehe. yang lawok nyer ade ke patut tanye kat Linda Rafar "kak, boleh bagi advise camne jadi penyanyi, mane tau kiteorg boleh join lepas study". Naik bulu ketiak aku dengar soalan camtu. Karut btul laa...kues kues kues...

Selain itu persembahan lain pun layan gak. Tarian dr Selangor nyer Kelab Tarian cun cun awek. Cayalah pada brader yg nyanyi lagu Khai tu. Memula aku ingat btul2 Khai. Semua best selain Hip hop keling. Nampak je gempak, baju ngan seluar bergerak. Poyo habis!!



Keesokkannya, bermula la majlis penyerahan sijil dan diploma untuk graduan. Tahniah pada semua graduan yang berjaya lepas dari salah satu azab dunia. Geram tengok diorg. Aku pun tak sabo nak abih nie.

Salah satu acara yg dijalankan di food court ialah pameran dan pertunjukan Robot. 3 buah robot di pertunjukkan yang mampu melakukan perbagai fungsi kerja. Tapi yg diorg tunjuk main bola je la. yang lain tak tau le leh buat ape. hehe. Gambar atas tu, gambar atas (tgh pegang bola) member aku nye. Gempak robot die, cam kereta kebal. Semoga korang leh buat robot yg lagi power. Nanti aku beli satu. Buat yg leh buat keje baik nyer... kues kues kues...




Pada sebelah petang dalam kul 5 lebih laa. Satu pertandingan memancing diadakan di tasik psa. Ramai peserta mengambil bahagian dan ramai yang menyebuk kaco org. Sebenarnya, aku tak tengok pun pertandingan tu. Member aku snap pic nie. Member aku cakap ikan dlm gambar tu mungkin menang laa ... 7 kilo berat die. Ikan keli, patin pun ade org dapat. Kalau member aku tipu aku tipu laa.



Kesian brader nie. Labi2 je yang berjaya dipikatnya. Kalau citer karnibal, bende alah nie pun balun makan gak. Mentah2 lak tu. Yuck! Geli bulu ketiak aku. OK laa... setakat ini je aku lalok... ade mase aku citer lagi... chiow...

Next>>






Planet Chat
 
Powered by TagBoard Message Board
Nama

Email/Web

Mesej(senyum)


Best Link
 

http://www.jiwang.org

http://www.sifoo.com

http://www.tokeikedai.net.my


 

Copyright © 2004 RoyPlanet Inc.
Powered By Roy