Home



About
 
RoyPlanet
Members
Galeri
Links
Forum
Guestbook

Artikel
 
News
Life
Love
Student

Muzik
 
Mp3
Lirik
Klip Video

Teknologi
 
Komputer
Mobile

Tutorial
 
Photoshop
Illustrator
Flash
Dreamweaver

Download
 
Software
Games
Wallpaper

Link To Us
 
RoyPlanet






+ Love

Hati dan Perasaan

Hikmah Cinta

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki
satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Miliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

RABBANAHABLANA MIN AZWAJINA QURRATUA'YUN
WAJ'ALNA LIL MUTTAQINA IMAMA...

Kenali Lelaki Melalui Warna

HITAM

> Lelaki yang sukakan warna ini dikatakan mempunyai tahap keinginan yang hambar. Ketika mereka mengalami tekanan perasaan dan berada dalam keadaan yang kurang menggembirakan mereka bersikap ‘agresif’. Mereka juga suka menyalahgunakan s*k* dan suka melalukan keganasan sebelum s*k*

BIRU

> Lelaki yang sukakan warna ini pula dikatakan sebagai pasangan yang baik. Bersikap ikhlas, penyayang dan sentitif. Mereka menggunakan pendekatan yang begitu lemah lembut atau ‘gentelman’ dan melayani pasangan dengan begitu lembut sekali. Lelaki sebegini dikatakan sebagai pasangan yang paling ideal kerana tidak pernah menghampakan dan tidak pula cuba mengambil kesempatan mencari keseronakan di luar rumah. Bukan mudah untuk mendapat lelaki sebegini..

COKLAT

> Bagi lelaki yang meminati warna ini mereka dianggap setia terhadap cinta. Kata-kata cinta sentiasa bermain di bibirnya. Biasanya mereka mengambil masa untuk melakukan hubungan badan. Lelaki ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak sentitif kerana jika perasaan mereka tercalar, sesuatu hubungan itu pasti tidak akan kekal lama

KELABU

> Warna digemari oleh mereka yang sentiasa teragak-agak dalam melakukan sesuatu. Mereka tidak begitu berminat terhadap sesuatu bahkan menganggap melakukan hubungan badan merupakan satu cara untuk melepaskan ‘tension’, tidak lebih daripada itu.

HIJAU

> Lelaki dalam kategori ini pula dikatakan naïf atau ‘innocent’. Mereka merupakan pencinta yang setia, bersikap ‘gentel’ tetapi tidah ghairah. Mereka ini jika dipilih menjadi calon pasangan hidup, tidak perlulah dirisaukan ketaatan dan kesetiaan kerana mereka adalah calon yang terbaik.

JINGGA

> Golongan yang meminati warna ini pula dikatakan suka berkhayal terlebih dahulu sebelum melakukan s*k*. mereka mengendalikan diri mereka sebagai pelakon dan harus menghayati watak tersebut untuk memberikan persembahan yang terbaik. Malah mereka juga turut menunturkan kata-kata lembut dan penuh bermakna yang dapat memenuhi kehendak khayalan mereka.

MERAH

> Golongan yang meminati warna ini pula diibaratkan bagai ‘seekor harimau’. Mereka mudah terangsang dan menikmati hubungan dalam apa juga keadaan.

PUTIH

> Mereka ini agak ekstrim. Mereka ini dikatakan menyukai s*k* dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya. Mereka suka memakai pakaian yang berwarna-warni untuk mendapatkan perhatian.

KUNING

> katanya warna ini digemari oleh golongan homo…….. tapi jangan risau kerana bukan semua yang menyukai warna kuning adalah homo…….Mereka ini lemah lembut dan tergolong dalam kalangan orang yang penyayang.

:: Camner? Ada tak ciri2 nko owang kat atas tu……..dlm kategori mana lak…kalu penyayang beruntung lah sapa yang dapat tapi kalu yang cam harimau tu !!!!! Nangis laa tiap malam... kues kues kues...
:: Nasib baik Abg Roy suke warna BIRU... :)







Planet Chat
 
Powered by TagBoard Message Board
Nama

Email/Web

Mesej(senyum)


Best Link
 

http://www.jiwang.org

http://www.sifoo.com

http://www.tokeikedai.net.my


 

Copyright © 2004 RoyPlanet Inc.
Powered By Roy