Patuk Ayam

Patuk Ayam

Permainan Patuk Ayam ini juga dipanggil konda kondi. Permainan ini menggunakan 2 batang kayu dimana yang panjang dipanggil ibu dan yang pendek dipanggil anak. Panjang ibu lebih kurang 10 inci dan panjang anak lebih kurang 5 inci. Satu lubang sepanjang kayu ibu akan digali. Untuk memainkannya mestilah di kawasan yang lapang

Undang-Undang Permainan

Pemain akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Undian akan dibuat untuk mendapatkan giliran. Pemain yang mendapat giliran dulu akan mengambil ibu dan anak manakala pemain satu lagi pasukan akan menjaga padang. Pemain dikehendaki menguis anak menggunakan ibu pada lubang yang digali tadi. Anak diletakkan melintang lubang. Pemain menguis sejauh mana yang termampu. Pasukan lawan akan berusaha untuk menangkap anak yang dikuis tadi. Jika anak tadi dapat ditangkap oleh pasukan lawan, maka pemain itu akan kehilangan giliran dan pasukan lawan akan mendapat mata mengikut yang telah ditetapkan oleh kedua belah pihak.

Sekiranya pihak lawan tidak dapat menangkap anak, salah seorang anggota akan membaling anak kepada lubang. Sekiranya anak berhampiran dengan lubang maka pemain akan hilang giliran. Mata akan dikira dengan menyukat menggunakan ibu. Satu ibu dikira satu mata.

BACK NEXT