Strategi
Dan Teknik Pembelajaran Berkesan
1.
Pengenalan :
Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung
kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin.
Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan
sederhana mencapai keputusan yang
cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi
mempunyai teknik yang lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan
masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai
pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang
tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai
penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk
orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak
perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan
dari orang yang bijak pandai..
2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh
berjaya , mengapa ?
Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya
dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup " Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum".
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi
tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk
hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka
lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai
ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti
ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak
kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki
di sana ialah bijih
timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat
dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari
bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai
banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka
tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan
pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk
berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana
ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda
?
Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur
?
Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya
?
Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya
?
Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda
?
Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu
banyak ?
Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari
perbincangan ?
Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?
2. BERTANYA.
Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui
dll.
Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk
kepada
kamus jika tidak fahami.
Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah
dan mula
timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari
sudah jauh dan
sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari
sendiri.
Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan
atau guru
bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran
Faedah Bertanya :
Membuat anda berfikir
Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
Menghilangkan perasaan malu dan takut.
Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.
Masalah Bertanya:
- Pelajar sememangnya ingin bertanya
"TAK TAHU APA NAK TANYA".
membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.
Saya takut ?
Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
Bertanya dalam kelas dengan yakin.
Ringkasan:
Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.
Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa
untuk bertanya apa yang tidak difahami.
Anda terpaksa memberanikan diri
Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.
3. CARA MEMBACA.
Tujuan :-
- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas
mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting
dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau
diulangkaji.
Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk
mendapatkan penjelasan.
Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus
asa).
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
Seronok dan aktif di kelas.
Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada
guru sewaktu mengajar nanti.
Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.
Cara Membaca:
Menggaris
Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
Meneliti rajah-rajah
Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban
anda.
Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk
kecil dll.
Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat
memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan
itu.
Ringkasan :
Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan
anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota
anda.
Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).
4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.
Faedah-Faedah Rujukan :
Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
Ada keyakinan diri pada diri pelajar.
Bilakah Masa Yang Sesuai:
Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.
Ringkasan:
Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
Kecerdasan anda akan diasah .
Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam
kelas
Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan
kekeliruan dan kebosanan.
5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar
walaupun sedar akan kepentingannya.
Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia
dengan soalan untuk menyoal guru.
Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
Lebih yakin bila menjawab soalan guru.
Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
Memudahkan anda memahami sesuatu topik.
Masa dan Cara Membuat Persediaan :-
Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil
agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik
berkenaan.
Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.
Ringkasan :
Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh
guru.
Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat
rujukan yang perlu.
Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
Sediakan soalan-soalan jika perlu.
Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran
bagi menghindarkan kekeliruan.
6. MEMBUAT NOTA.
1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan
/ kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat
penting.
3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur
akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya.
Faedah-Faedah Membuat Nota :
Merupakan ulangkaji dan hafalan.
Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran
anda.
Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan
tugas kita bila membuat ulangkaji nanti.
Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan
minat anda untuk belajar / ulangkaji.
Jenis-Jenis Nota :
Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah
cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.
Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku
rujukan
Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan
kilat,
menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.
Ringkasan :
Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan
jumlah
pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi
penting sahaja dari sesuatu pelajaran)
Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.
7. JADUAL WAKTU:
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya.
Seringkali terabai begitu sahaja.
2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan
jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.
Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan.
Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat
nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan
pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif
serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.
Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam
jadual waktu adalah seperti berikut :
Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.
Membaca dan membuat nota sendiri.
Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
Cuba menjawab soalan objektif
Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.
Ringkasan :
Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .
Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
Kerja rumah sebelah siang.
Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .
8. MENGULANGKAJI.
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran.
Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk
berjaya dalam peperiksaan.
Kepentingan Mengulangkaji:
Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang
difahami.
Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.
Jenis-Jenis Ulangkaji:
1. Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran
terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan
secara menyeluh tentang topik tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting
sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat
.
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji
beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang
difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji
kecuali hampir dengan peperiksaan.
Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran
dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi
memastikan keayaan anda.
Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini
.
Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
Mengulangkaji nota dan buku teks.
Kerja Rumah/ Latihan.
Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan
tahun lepas
bersama skima jawapan.
Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)
Ringkasan:
Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa
yang tertentu.
Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota
khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya
ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.
9. MENIMBULKAN MINAT
Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya
anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan
anda.
Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.
Bagaimana Menimbulkan Minat:
Sebab 1 :
Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
Sebab 2 :
Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
Contoh : membuat umai..
Sebab 3 :
Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
Contohnya : perusahaan sago.
1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal
dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh
guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar
kerana anda lebih faham daripada rakan anda.
Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu
akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan
perikanan.
Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan
segera sementara minat anda masih ada.
5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah,
seperti memasang wayer eletrik.
Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan
untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula
.
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya,
mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja
untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar
dalam peperiksaan dan belajar dari sana.
Ringkasan :
Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya
sebelum ia diajar oleh guru anda.
Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan
melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan
bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.
10. PERBINCANGAN
Faedah-Faedah Perbincangan:
1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan
atau keraguan anda dalam pelajaran.
2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap
sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.
3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk
sifat aktif anda.
4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah
minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah
menjadikan satu ulangkaji yang berulang.
11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.
1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari
dari awal tahun hingga akhir tahun.
3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.
Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun
atau lebih).
Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan
semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar
dalam peperiksaan.
Hanya sebahagian kecil sahaja.
Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah
kita perincikan dan fahami betul-betul.
Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai
simpanan.
Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu
anda kuasai dengan betul-betul.
Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita
akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji
topik-topik yang telah dikenalpasti .
Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya
adalah berkainan.
12. MENILAI KEMAJUAN:
Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk
menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan
akan maju mundurnya akdemik kita.
Cara Menggunakan Penilaian :
1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan
satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita
terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga
perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah
menjadikan keputusan kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab
soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas
berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh
jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa
ke semasa hingga hari peperiksaan.
3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan
jarang diamalkan oleh pelajar.
b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau
menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.
Mengatasi Kelemahan.
Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan
dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh
diatasi dengan cara :-
Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda
dalam pelajaran.
Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan
yang salah.
Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada
contoh jawapan.
13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:
Masalah Cara Mengatasi:
1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi
sebelum ini.
2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang
topik-topik
yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna
waktu
dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan
objektif
dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,
membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda
hanya pada
pelajaran.
3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah
jadual
waktu jika tidak sesuai.
3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa
yang
penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan
cikgu.
Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat.
Lain-lain
hal atas usaha pelajar sendiri.
4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama
. Jangan
biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang
tidak
berfaedah.
5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar.
Amalkannya
dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
6Kerunsingan
Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :
1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga
jawapan
sebenar.
2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci
semasa
mengulangkaji / membaca
7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan
anda
lebih mahir daripada rakan kelas anda.
2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal
jawab
dengan mereka.
4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan
dan
memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.
14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak
tidak cergas dan
seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah
untuk berehat :-4
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama - spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).
|
|
|