Tabung Harapan Ihsan Pelajar Ansara
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

KERTASKERJA
PENUBUHAN TABUNG HARAPAN IHSAN PELAJAR
ANSARA

 

Pengenalan
Ringkasan Eksekutif

Diari 2004/2005
 

Laporan Program
Bengkel Kecemerlangan SPM
How to Score

Seminar Motivasi Keibubapaan
Jom Menuju Success
>
di Melaka
>
di Negeri Sembilan

Program Bantuan Pakaian Seragam Canggih
Program Pakaian Seragam Terpakai

Tuisyen Mutiara Pertiwi

Cadangan Program 2005
Smart HIP Bersama UiTM
How to Score 2005
Suntikan Ransangan Tingkatan 1 & 4
Pemakanan Sihat

Lain2
K
ertas Kerja Penubuhan
Laporan Bergambar
Title 3
Title 4
Title 5
Title 6

PENGENALAN & LATARBELAKANG

 Pengalaman ANSARA di dalam menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah banyak menyedarkan kami betapa pentingnya pendidikan di dalam menentukan nasib dan masa depan seseorang individu. Realiti hari ini amatlah membimbangkan. Kadar keciciran di kalangan pelajar masih tinggi. Kemiskinan mencengkam. Gejala sosial pula makin merunsingkan.Sesuatu harus dilakukan. Apa yang dicadangkan disini bukanlah bermaksud untuk menyaingi mana-mana program yang bercirikan pendidikan. Adanya program yang akan dijalankan ANSARA ini adalah sebagai tambahan kepada apa yang telah sedia ada.

Hari ini, ANSARA mempunyai hampir 40 ribu ahli yang kesemuanya adalah lepasan MRSM. Mereka bersiap sedia untuk bergerak dan menjayakan misi murni ini. Sebagai golongan yang paling banyak menerima faedah Dasar Ekonomi Baru, ANSARA percaya, sudah tiba masanya untuk membalas kembali jasa kerajaan dengan mempromosikan kepentingan pendidikan kepada masyarakat.

Oleh itu, ANSARA berhasrat untuk mengembangkan program- program pendidikannya. Pelbagai program yang diadakan sebelum ini seperti Kongres Profesional Muda Melayu, sumbangan pendidikan ke Afghanistan, Projek Mutiara Pertiwi, dialog bersama pelajar, kem motovasi, ceramah kerjaya dan sebagainya, disifatkan berjaya mencapai objektif.

ANSARA bercadang untuk mengadakan satu lagi projek yang bercirikan pendidikan. Ia adalah pendidikan dalam pelbagai aspek dan untuk mereka yang memerlukan. Ia bukan satu program komersil tetapi satu misi kebajikan yang mesti mempunyai perancangan kewangan yang mantap dan pengurusan dan pentadbiran yang cekap.

 

OBJEKTIF

  • Memberi bantuan pendidikan kepada golongan pelajar yang memerlukan.

  • Mengadakan program-program seperti kem motivasi, tuisyen,
    aktiviti sukan, hari keluarga dan sebagainya kepada peserta.

  • Merapatkan hubungan antara peserta, tutor, penaja, pemimpin,
    ahli-ahli keluarga dan masyarakat setempat.

  • Mengurangkan tekanan sosio-ekonomi yang dihadapi
    oleh sebilangan keluarga.

Projek yang bakal dijalankan ini adalah satu program yang menuntut
penglibatan menyeluruh dan secara langsung oleh semua pihak yang terbabit.

 

KUMPULAN SASAR

  • Pelajar dari keluarga miskin dari bandar dan luar bandar.

  • Pelajar dari rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan.

  • Pelajar yang diabaikan keluarga.

  • Pra-sekolah- Rujuk Edisi Siasat 11/10/2004

 

MATLAMAT

  • Perubahan sikap.

  • Keinginan untuk maju.

  • Kepentingan pendidikan.

  • Disiplin.

  • Sahsiah.

 

KERJASAMA

  • ANSARA

  • PEWARIS

  • Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah

  • Pejabat Ahli Parlimen

  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

  • Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  • Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  • Badan-badan korporat

  • Mahasiswa IPTA/S

  • Intitusi perbankan

  • Sekolah

  • PIBG

 

sumbangan

sumbangan dan kutipan diterima
melalui cara cara ini

 

CEK / WANG KIRIMAN
Dengan menulis Cek atau membeli Wang Kiriman
di pejabat-pejabat Pos Malaysia Berhad
dan dibayar kepada TabungHIP.
Kemudian, hantarkan kepada
ANSARA,
P.O
Box 10761,
50724 Kuala Lumpur
.

SMS
Kepada pengguna- pengguna telefon mudah alih,
anda boleh menggunakan perkhidmatan SMS.
Sila taip TabungHIP dan hantarkan kepada 36600.
Setiap SMS dikenakan bayaran sumbangan sebanyak RM10.

TALIAN TETAP
Kepada pengguna- pengguna talian tetap,
anda boleh menghubungi talian 600-86-1077
untuk menyumbang. Setiap panggilan akan
di caj pada kadar RM3.90 untuk setiap minit panggilan.

MAYBANK2U.COM - Online Banking
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan
Online Transfer” yang disediakan oleh Maybank2u.com.
atau mendepositkan terus wang anda ke
Akaun TabungHIP, Maybank
yang bernombor 514093410644

BUMIPURTA COMMERCE BANK - Online Banking
Atau anda juga boleh mendepositkan terus wang anda
ke Akaun TabungHIP, BCB
yang bernombor 1414-0035683-051

 

Programmes

The programmes planned by TabungHIP Ansara shall
focused on providing assistance to ensure basic education shall not be neglected
by and for the poor.

Thus, the 6 classification of disbursement is directed at ensuring a poor and needy person
shall not be deprived of getting basic education irrespective of his race or religion.

Our desire is to help these students so that  none would be left behind in their studies for
their own sake and also this country's

in other words,
There is a need in our society for further financial assistance for students beyond their classrooms,
particularly, for promising talents from economically disadvantaged families.

As their reasons may vary, TabungHIP Ansara is taking the step to cover these needs, namely... 

1.     Improved Student Achievement
Improving disadvantaged students’ competency in core academic subjects through tuition programs

2.     Emergency fund
Enable students to continue their classes when hit by calamities and related issues

3.     Increased chance for Tertiary education 
Assisting eligible students in enrollment in universities while waiting for identified sponsors.

4.     Educational Welfare program
identifies students from large and poor families whereby the assistance becomes a necessity in ensuring the children do not drop out from school due to financial difficulty.

5.     Referral services
helps to refer those who seek assistance to the relevant agencies that attend to the said matter that are beyond the scope of TabungHIP.

6.     Career guidance
helps match the practitioners in the working world to the students with the purpose of introduce students to the industries.

 

Classification of disbursement

20% Mutiara Pertiwi Tuition Centres
20% Emergency Financial Assistance
15% Welfare Programme
10% Tertiary Financial Aid
5% Referal Services

5% Career Guidance

 

undang undang kecil

1.             Nama

                Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) dengan ini menubuhkan satu Tabung yang dipanggil “Tabung Harapan Ihsan Pelajar (HIP) ANSARA” (selepas ini dipanggil “TabungHIP”)
 

2.             Alamat

                Alamat pejabat urusan TabungHIP adalah seperti berikut :-
Tingkat 4, Bangunan Medan MARA, P.O.Box 13600
Jalan Raja Laut, 50816
Kuala Lumpur
 

3.             TUJUAN TABUNGHIP

3.1           TabungHIP ditubuhkan untuk amal dan kebajikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan; terutama kebajikan pendidikan bagi pelajar-pelajar miskin samada dibandar ataupun desa.

3.2           Tujuan-tujuan TabungHIP adalah seperti berikut:

3.2.1        Memberi bantuan berupa kewangan atau material dan sebagainya kepada anak-anak miskin semasa pengajian mereka disekolah.

3.2.2        Memberi bantuan berupa kewangan atau material dan sebagainya kepada anak-anak miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

3.2.3        Memberi bantuan kepada golongan miskin, orang-orang cacat, anak-anak yatim, balu dan keluarga miskin serta mereka yang perlu bantuan untuk mengurangkan kesusahan/kesengsaraan hidup

4.             Dana TabungHIP

4.1           Dana untuk TabungHIP ini adalah terdiri dari wang tunai yang diperolehi dari sumbangan orang ramai serta sumbangan pendapatan ANSARA hasil daripada kegiatan-kegiatannya, jika ada.

4.2           Semua wang yang dimiliki oleh TabungHIP yang tidak diperlukan untuk penggunaan pada satu-satu masa selain daripada jumlah yang diperlukan untuk wang panjar, tertakluk kepada hak Pentadbir untuk membuat pelaburan hendaklah disimpan dalam mana-mana cawangan Bank yang berurusan di Malaysia.

4.3           Sekurang-kurangnya 70% (atau peratus yang dipersetujui oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri) daripada pendapatan dan derma TabungHIP ini mestilah digunakan pada tahun berikutnya untuk mencapai tujuan TabungHIP seperti yang telah ditetapkan

5.             Lembaga Pentadbir TabungHIP

5.1           TabungHIP hendaklah ditadbirkan oleh satu Lembaga Pentadbir (selepas ini dipanggil ‘Pentadbir’).

5.2           Pentadbir hendaklah terdiri dari individu membentuk satu Lembaga Pentadbir iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Tiga (3) Ahli Lembaga Pentadbir. Jawatankuasa Pusat ANSARA adalah berhak menggantikan ahli-ahli Pentadbir dengan mana-mana individu, jika ada kekosongan, tertakluk kepada syarat bahawa mereka yang dilantik sekurang-kurangnya 50% daripada ahli Lembaga Pentadbir tidak terdiri dari ahli ANSARA.

5.3           Pentadbir hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya dua kali mesyuarat dalam setahun. Pengerusi atau dua ahli Pentadbir boleh memanggil mesyuarat dari masa ke semasa.

5.4           Semua cek bayaran hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Pentadbir dan seorang dari mana-mana ahli Pentadbir yang telah dipersetujui oleh ANSARA.

5.5           Semua mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi, dan jika beliau tidak hadir, oleh Timbalan Pengerusi. Ahli-ahli Pentadbir bolehlah melantik mana-mana seorang dari ahli yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat sekiranya kedua-duanya mereka tidak dapat hadir.

5.6           Korum untuk satu-satu mesyuarat adalah Tiga (3) orang ahli “Pentadbir”,

5.7           Pentadbir adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kira-kira kewangan dan boleh melantik sesiapa yang difikirkan sesuai membantu Pentadbir dalam urusan ini.

5.8           Pentadbir boleh menyimpan wang panjar tidak lebih dari Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) sahaja pada satu-satu masa.

5.9           Juruaudit Awam Bertauliah Persatuan hendaklah mengaudit akaun-akaun TabungHIP tiap-tiap tahun.

5.10         Akaun-akaun TabungHIP yang telah diaudit, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira untuk tahun berkenaan bersama-sama dengan laporan juruaudit hendaklah diedarkan kepada Jawatankuasa Pusat ANSARA untuk disahkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat ANSARA. Akaun-akaun yang telah diaudit ini hendaklah dikemukakan tiap-tiap tahun kepada Ketua Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia, di Ibu Pejabatnya.

5.11         Pentadbir hendaklah membayar dari wang tabung semua kos dan perbelanjaan kerana mentadbir TabungHIP.

5.12         Pentadbir mempunyai kuasa untuk melabur mana-mana bahagian wang dari TabungHIP dalam harta-harta boleh alih dan tidak boleh alih dan saham.

5.13         Pentadbir hendaklah mengikut dengan tegas syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu : -

5.13.1      Pentadbir tidak akan menggunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk memberi manfaat dari TabungHIP kepada ahli-ahli keluarga mereka dan saudara rapat mereka.

5.13.2      Tujuan Tabung tidak boleh dipengaruhi oleh apa-apa motif politik, kepentingan Persatuan ataupun kepentingan peribadi ahli-ahli melainkan amal dan kebajikan semata-mata.

6.             Pindaan

6.1           Sebarang pindaan kepada Undang-Undang Kecil ini hendaklah mendapat resolusi Pentadbir dan diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan dengan mendapat persetujuan Ketua Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu. Pindaan-pindaan ini hanya boleh berkuatkuasa selepas pindaan-pindaan diluluskan oleh Ketua Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Malaysia.

7.             Pembubaran

7.1           TabungHIP boleh dibubarkan oleh Jawatankuasa Pusat ANSARA.

7.2           Selepas dibubarkan lebihan TabungHIP, jika ada, hendaklah didermakan kepada Kerajaan Persekutuan dan atau mana-mana badan atau pertubuhan yang mempunyai matlamat-matlamat yang sama dengan TabungHIP dan yang diluluskan untuk tujuan-tujuan Cukai Pendapatan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia.

7.3           Notis pembubaran hendaklah dihantar sebulan terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia.