Kemudahan Latihan


  1. Bilik Seminar
    Unit ini mempunyai 2 buah bilik seminar yang boleh memuatkan sehingga 80 peserta kursus.
  2. Bilik Kuliah
    Terdapat tiga buah bilik memuatkan diantara 30 hingga 40 peserta.
  3. Bilik Komputer
    Terdapat 13 unit komputer serta peralatannya khusus untuk menampung keperluan latihan bagi 25 hingga 30 orang peserta.
  4. Kemudahan Tempat Tinggal
    Unit ini menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada peserta-peserta kursus dengan 22 bilik berhawa dingin dan 10 bilik tanpa hawa dingin.
  5. Perpustakaan
    Perpustakaan dilengkapkan dengan buku, majalah, suratkhabar dan berbagai bahan rujukan.
  6. Tempat Sembahyang
    Terdapat sebuah masjid yang terletak tidak berjauhan dari Unit Latihan Perhutanan untuk kemudahan sembahyang kaum muslimin dan muslimat.
  7. Kemudahan Rekreasi
    Kemudahan-kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, tenis, sepak takraw, bola tampar, badminton, pingpong dan berjogging disediakan.
  8. Telefon
    Beberapa buah telefon awam disediakan di sekitar kampus untuk kemudahan para peserta.


[ Laman Utama | | Sejarah | | Misi dan Objektif | | Piagam Pelanggan |
| Sekolah Perhutanan Kepong | | Peperiksaan | | Latihan Dalam Perkhidmatan |
| Pusat Latihan Perhutanan Terengganu | | Kemudahan | | E-mel ]