SaffronWondersPure & Original

:: Apakah itu Bunga Saffron :: Sila Klik di gambar
Home Profil Saffron  Pengasas Pengguna Produk e-Saffron

 

 

    Saffron

Sejenis tumbuhan kecil (small perennial plant) dari keluarga Iridacea. Di tanam di beberapa buah negara terutama Iran, Spain, Turke, India & Itali. 80% pengeluar saffron terbesar di dunia ialah Iran. Biasanya bulan Ogos atau September. Saffron akan menghasilkan bunga berwarna merah keunggu-ungguan. Keunikan Saffron di sebabkan Aroma (Safranal), Color (Crocine) dan  Flovour (Picocrocine). Saffron di kenali sebagai rempah termahal di dunia kerana Stigma Saffron yang dikeringkan dianggarkan 150,000 - 200,000 bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kilogram stigma kering.

Kajian saintifik Bunga Saffron

Nama : SAFFRON (Keluarga Iridaceae)

Nama sainsifik : Crocus Sativus, Crocus Saffron

Lain-lain nama : Zaffran, Saffran, Kesar, Koma - koma, Kungumapu, KumKum Fan Hung Hua, Zafaran (arab) warna kuning.

Kaitan Sejarah : Tidak di ketahui sebenarnya sejak bila Saffron berada dan tumbuh di Iran. Tetapi sejarah dan penyelidikan mendapati ia tumbuh dan berada di Iran sahaja. Pada kurun ke 7 (7th Century) pokok ini telah di bawa oleh pedagang Islam dari Iran ke negara Morocco. Seterusnya ke Andalusia (Spain) dan Sicily (Itali). Dari situ, ia di bawa ke kawasan Asia terutama India & China oleh orang Mongolia di dalam buku "Pun Tsaou 1552-78". Saffron telah digunakan berzaman-zaman secara meluas sebagai bahan kosmetik, masakan, minuman, pewangi, pewarna, industri makanan, perubatan & farmasiutikal.

Kaitan Agama : Dikaitkan dengan kesukaan Nabi Sulaiman a.s terhadap aromatiknya, bagi agama Buddha dan Hindu dikaitkan pada warna pada pakaian & warna rasmi manakala agama Kristian menjadikan ia sajian makanan dan minuman Saffron teristimewa yang disediakan pada majlis - majlis keramaian penganut Kristian dan kegemilangan zaman Roman empayar.

Kaitan Perubatan : Berbagai-bagai ujian klinikal oleh saintis dan pakar - pakar kimia mengesahkan bahawa ekstarak Saffron memiliki nilai perubatan yang tinggi. Perubatan Agurveda sejak ribuan tahun telah menggunakan bahan ektrak Saffron dalam lebih dari 20 jenis ubat - ubatannya. Perubatan Unani mahupun perubatan Barat juga mengambil kesempatan ke atas bahan ekstrak semulajadi ini.

                                                                                                       

SaffronWonders©Saffron2005

Update : 26 Mac 2005

Head Office

No.80-B,First Floor, Jln Pengkalan,PekanBaru, 08000 Sungai Petani, Kedah.Malaysia.

Phone: 04-422 2518, Fax: 04-425 0497. H/P: 019-5638133 ( liza )          

E-mail: saffronwonders@yahoo.com

 

Regional Office

No.170,First Floor,Jln DS 1/12,Bandar Dataran Segar. 71010 Lukut, Port Dickon, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: (6)06-651 7568 Fax: (6)06-651 5477. H/P: 012-5016606 ( lyn ) 012-2068917( Dr )         

Email: rashcare@tm.net.my