PENGENALAN

Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah telah memulakan operasi pada 17 Januari 2003 disebuah kampus dengan keluasan 30 ekar. Kampus  IKBN terletak dijalan Lama Papar berhampiran dengan Pekan Kinarut. Institut Kemahiran Belia Negara merupakan sebuah institusi yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini menyediakan peluang-peluang pendidikan berasaskan kemahiran vokasional kepada belia dan beliawanis lepasan sekolah bagi tenaga kerja sektor industri negara.  Pelajar-pelajar yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Sijil Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga yang diiktiraf oleh Kerajaan.

            IKBN Kinarut Sabah dibangunkan oleh pihak kontrator mulai tahun 2001 dan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 17 Januari 2003 untuk memulakan operasi. IKBN Kinarut ialah pembangunan oleh Kerajaan didalam Rancangan Malaysia ke-8 dimana peringkat pembangunannya seiring dengan penubuhan 7 buah IKBN lain yang setaraf dengannya. Tapak asal IKBN ini ialah sebuah kawasan paya yang sebelum ini dijadikan kawasan rancangan pertanian penanaman pokok kertas oleh pemaju Safodajica. Hak milik tanam ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah setelah perjanjian memajukan kawasan ini tamat.

            IKBN Kinarut Sabah ini dibina berdekatan dengan dua buah institusi pendidikan iaitu Sekolah Agama Tun Mustafa dan MRSM kota kinabalu. Kawasan Ini merupakan salah satu kawasan pendidikan bagi daerah Papar untuk penduduk disekitar Kinarut dan kawasan berdekatan.

            Dengan penubuhan IKBN Kinarut dikawasan ini, penduduk setempat berpeluang untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran anak-anak mereka dengan kemudahan-kemudahan yang boleh diperolehi di IKBN Kinarut ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

MATLAMAT PENUBUHAN IKBN

Mewujudkan belia dan beliwanis negara yang cemerlang, berkemahiran,berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF PENUBUHAN IKBN

 

 

 

                                                                                             HOME           NEXT