LOKASI IKBN KINARUT SABAH

            IKBN Kinarut Sabah terletak didalam Daerah Papar Negeri Sabah. Kedudukannya yang strategik tidak jauh dari pusat Bandar (Kota Kinabalu) memberi impak yang positif seiring dengan kemajuan Bandaraya Kota Kinabalu. IKBN Kinarut, berdekatan dengan 3 buah pekan kecil iaitu Pekan Kinarut, Pekan Lok Kawi dan Pekan Putatan yang mempunyai infrastruktur/kemudahan klinik kerajaan,  bank, balai polis, pasaraya , pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan. Ini memudahkan sebarang urusan untuk sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada pelajar mahupun staf kakitangan IKBN Kinarut sendiri.

            IKBN Kinarut boleh dihubungkan dengan menggunakan dua cara iaitu melalui jalan raya atau menaiki keretapi Negeri Sabah. Bagi pelawat dari semenanjung Malaysia pula, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menjadi pintu masuk utama untuk ke IKBN Kinarut ini. Lapangan terbang ini terletak hanya 13 km dari IKBN Kinarut dan memakan masa hampir 15 minit untuk sampai ke kampus IKBN Kinarut ini.

           

 

 

 

 

 

 

          

 

Kampus IKBN dikelilingi tumbuh-tumbuhan semulajadi dengan kawasannya yang sedikit berbukit menjadikan pemandangan segar dan sesuai untuk dijadikan kawasan pendidikan yang bebas dari kesibukan Bandar. Sepanjang perjalanan kesini, pelawat-pelawat akan melalui persisiran pantai laut china selatan menjanjikan keindahan dan keasyikan disepanjang perjalanan ke IKBN Kinarut ini. Bagi pelawat dari semenanjung, perkhidmatan teksi boleh digunakan untuk ke kampus IKBN ini dengan harga tambang RM30 untuk sebuah teksi. Selain itu, perkhidamatan bas mini juga mudah didapati disekitar bandaraya kota kinabalu dengan kos tambang yang murah iaitu sebanyak RM2.50 untuk sampai ke kampus IKBN yang terletak hanya 3 km dari pekan kinarut.

Bagi mereka yang ingin menaiki keretapi untuk ke IKBN Kinarut. Anda boleh menaikinya di stesen keretapi negeri sabah berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu dengan kos tambang RM 1.10 bagi perjalanan ke stesen Limau-limauan iaitu stesen yang terletak 100 meter dari kampus IKBN. Disepanjang perjalanan menaiki keretapi, anda akan melalui pekan-pekan kecil menyusuri pinggir pantai, kawasan hutan hijau dan kampung-kampung berdekatan. Ini akan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke stesen Limau-limauan.

 

 

                                                                                             HOME           NEXT