Pathology Patologi |
Head of Unit Dr. Saleena Awang MD (UKM), MMed (Path) |
Pegawai Sains Pengenalan Untuk makluman semua , pada tahun 50 -an , Hospikrai hanya mempunyai satu sahaja makmal yang dikenali sebagai makmal klinikal dan ianya dikendalikan oleh Pembantu Perubatan ( jawatan Pegawai Sains , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan belum diwujudkan lagi di Kementerian Kesihatan. URUTAN SEJARAH UNIT PERKHIDMATAN PATOLOGI Tahun 50-an hingga 1968: Lokasi : Di belakang kantin sekarang, dikenali sebagai Makmal Klinikal .Keluasan bilik 120 kaki persegi. K/Tangan : Semua tugas dikendalikan oleh Pembantu Perubatan. Fungsi/ : Hanya ujian urin FEME , Ujian sputum AFB dan malaria sahaja dijalankan. Tahun 1969 hingga 1987 Lokasi : Masih lagi di tempat yang sama , hanya makmal klinikal dipindahkan ke OPD ( bilik operator sekarang ) K/Tangan : 1 JTMP , 2 PTMP dan 1 Attendan . Pembantu Perubatan tidak lagi menjalankan tugas-tugas makmal. Fungsi/ : Skop beban kerja dan jenis ujian makmal telah bertambah dan cara ujian menggunakan kaedah 'manual'.. Masih banyak ujian/ sampel dihantar ke makmal Hospital Kota Bharu. Tahun 1979 hingga 1994 Lokasi : Makmal Kimiahayat tidak berubah , hanya makmal Klinikal berubah ke bilik 8 OPD. Juga berita menggembirakan kerana 'Perkhimatan Tabung Darah' dibuka julung kalinya di bawah kendalian En. Ab. Aziz Seman. K/Tangan : 5 JTMP , 4 PTMP , 1 Attendan. Fungsi : Beban kerja semakin bertambah dan semakin banyak ujian diperkenalkan dan dijalankan di makmal ini. Setengah -setengah ujian sudah dijalankan dengan menggunakan beberapa peralatan baru tetapi masih ada lagi ujian yang dijalankan secara 'manual'. Masih lagi menghantar sampel ke Kota Bharu tetapi sudah berkurangan. |
[HOME] [INTRODUCTION] [DIRECTOR] [SPECIALTY] [SUPPORT SERVICES] [CME] [PHOTO ALBUM] [NEWS] [IMPORTANT LINK] [STORE] [UP] |
WE CARE |