Redburn.tk
:: Menu Utama :: Latar Belakang :: Projek :: Kawan² :: Download :: Galeri ::

 

 
 

 

\\ Menu Utama
 

 

\\ Radio

era.fm

[ Hitz.fm ]

[ Era.fm ]

[ Thr.fm ]

[ Radio Muzik ]

 

 

 

\\ Latar Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ruangan ini mengisahkan tentang latarbelakang saya selaku pembangun bagi halaman web ini. Disini saya akan menceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya dulu, kini dan insyaAllah akan datang.

\\ [ Lahir 2 Apr 1983 ]
Tanggal 2 Apr 1983 saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, di besarkan dalam keluarga yang sederhana. Merupakan abang sulung kepada 4 orang adik-beradik. Mempunyai watak yang ceria ketika kecil.

\\ [ Tahap Pelajaran ]
Memulakan persekolahan tahun 1 hingga 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Sentul pada tahun 1990-1995. Dengan keputusan yang agak baik saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Agama Ma'ahad Al-Ehya Asshariff, G. Semanggol, Perak dari tingkatan 1 sehingga 3. Oleh kerana kawasan sekolah serta asrama di dalam kawasan perkampungan, maka agak membosankan bagi saya jika hanya duduk di situ sahaja.

Saya kerap mengunjungi bandar Taiping yang pada masa itu merupakan bandar yang berdekatan untuk dikunjungi pada hujung minggu. Apabila ke Taiping saya kerap mengunjungi Cyber cafe yang ketika itu masih ditahap awal. Disitu timbulnya minat dalam pengunaan komputer dan internet. Segalanya berubah setelah saya mempunyai sebuah komputer dan internet, saya mempunyai minat yang mendalam dalam penggunaan komputer.

Pada awal tahun 1999, saya menyambung persekolahan di Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaaan Bandar Baru Sentul, dimana sekolah tersebut berdekatan dengan tempat tinggal saya. Tempoh persekolahan saya di sekolah ini banyak memberi peluang bagi saya untuk mendalami pengetahuan dalam penggunaan internet. Ketika di dalam tingkatan 4-5 saya sudah mempunyai pengalaman dalam menghasilkan halaman web yang baik.

\\ [ Tamat Persekolahan ]
Berakhirnya persekolahan, saya mula melibatkan diri di dalam dunia internet. Pelbagai maklumat serta pengetahuan telah saya pelajari termasuklah bagaimana untuk membuat halaman web, bermain dengan persekitaran Unix(Linux, SunOs, FreeBSD), penggunaan Internet Relay Chat Daemon (IRCD), Eggdrop dan dll. Di samping itu juga saya mengikuti beberapa khursus jangka masa pendek yang dibuat oleh Infortech Mara seperti Pengaturcaraan Asas Pascal yang menjadi tunggak kepada pemahaman saya dalam pengaturcaraan.

\\ [ Masuk Kolej ]

Pada pertengahan tahun 2003, saya menyambung pelajaran di dalam Khusus Diploma Sains Komputer UPM, dimana minat timbul dari permulaan saya dalam penggunaan komputer dan internet. Berdasarkan pengalaman serta kesungguhan dalam mempelajari pengaturcaraan, saya dapat menguasai pengaturcaraan dengan baik.

Berkat dari asas pengaturcaraan serta semangat untuk mendalami mendorong saya setiap kali mempelajari bahasa pengaturcaraan yang baru bagi setiap semesta.

Dari runtuhan Kota Melaka kita binakan Putra Jaya

 

 

 

\\ Biodata Diri

\\ [ Biodata ]

Nama :

Mohd Helmi Bin Sulaman

Umur :

20 thn

T.Lahir

2 Apr 1983

T.Lahir

Kuala Lumpur

 

 
 

 

 

\\ Sembang²
 

 

\\ Link