Menteri Buta / Agen Pemusnah / Macam Mana?
Sempena Bulan Rejab - 1 Rejab 1427H / 25 Ogos 2006

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami

Umrah & Haji (Akan Datang)


Katalog : #09
Kod Pesanan : CD235-236-237
Harga bagi 3 CD : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.


MENTERI BUTA

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


CD235 Tajuk : Menteri Buta - Tuhan Budak oleh Ust Shamsuri Ahmad

Pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad pada malam itu bersandarkan kepada Kitab Nurul Ehsan Jilid 3 mukasurat 202. Kuliah ini adalah tafsir ayat 33 Surah Al-Qasas iaitu sambungan kisah Nabi Musa a.s yang lepas.


Apakah yang berlaku seterusnya apabila Nabi Musa a.s merancang untuk balik ke negeri Mesir.


Siapakah Nabi Harun a.s dan apakah hubungan baginda dengan Nabi Musa a.s? Apakah permohonan Nabi Musa a.s kepada Allah berkaitan dengan Nabi Harun a.s ini? Apakah keistemewaan Nabi Harun a.s ini? Apakah pula jaminan Allah kepada Nabi Harun dan Nabi Musa a.s mereka berdua?


Apakah pula komen firaun apabila Nabi Musa dan Nabi Harun a.s menunjukkan mukjizat-mukjizat beliau kepada firaun? Mengapa pula Firaun memerintahkan Haman untuk membina mahligai yang tinggi?


Terdapat juga kisah seorang raja yang suka dengan amalan-amalan sihir. Beliau juga menjaga seorang ahli sihir yang sudah tua. Lalu raja itu mengerahkan ahli sihir itu mengajar ilmu sihirnya itu kepada seorang budak.


Pada akhir kisah, apakah nasib yang menimpa ke atas menteri yang buta dan budak tersebut itu?



AGEN PEMUSNAH

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


CD236 Tajuk : Agen Pemusnah - Raja Ghaflah oleh Ust Shamsuri Ahmad

Pengajian kali ini adalah tafsir Al-Quran Surah Ali Imran yang menggunakan Kitab Nurul Ehsan Jilid 1 mukasurat 127. Kuliah ini adalah berkaitan kewajipan mengerjakan fardu haji.


Kuliah menerangkan bagaimana Allah tetap kaya dan tidak terjejas sedikit pun, walaupun seluruh manusia di atas mukabumi ini engkar dan kufur padaNya. Sesungguhnya, Allah tidak sedikit pun berhajat kepada manusia.


Apakah yang disuruh oleh Allah kepada nabiNya kepada kalangan orang-orang alim Kitab Taurat? Sedangkan orang-orang alim ini amat mengetahui kesahihan Al-Quran dan isi kandungannya.


Siapakah Kaum Aus dan Kaum Kharaj ini? Apakah yang dilakukan oleh kaum Yahudi yang cuba melaga-lagakan mereka ini? Benarkah jarum-jarum Yahudi sentiasa berada pada apa yang berlaku di atas dunia ini?


Siapakah "Raja Ghaflah" ? Bagaimana terjadinya ghaflah ini? Dan apakah itu "Pokok Zakkum"?


Bagaimana sesuatu persaudaraan itu adalah yang perlu disyukuri? Dan juga hidayah tersebut adalah tidak boleh dijual beli dan juga perlu disyukuri.


Untuk mendapat jawapan diatas, ikutilah kuliah kaset Ustaz Shamsuri siri kali ini. InsyaAllah, persoalan-persoalan di atas akan terurai.



MACAM MANA?

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


CD237 Tajuk : Macam Mana - Isteri Anak Harta oleh Ust Shamsuri Ahmad

Pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad ini berdasarkan kepada Kitab Bahrul Mazi Jilid 16, tajuk yang menyatakan seseorang itu mengikut tingkahlaku sahabat atau kawan-kawannya.


Oleh itu, seseorang yang faham akibat dari berkawan akan memastikan pilihan kawan-kawannya yang baik.


Pengaruh dari persahabatan amat mempengaruhi perangai atau perbuatan seseorang itu. Syarak amat menyuruh kita meneliti apabila memilih seseorang sahabat atau kawan itu.


Imam Al-Ghazali memberi panduan bagaimana untuk memilih seseorang untuk berkawan atau bertaulan.


Bab seterusnya : Bab seseorang manusia itu amat memerlukan isteri, anak-anak dan berharta.


Bab ini menerangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja seseorang manusia itu meninggal dunia. Apakah jenis amalan yang akan mengikut ke dalam negeri akhirat. Amalan yang bagaimana akan melapangkan atau menyempitkan kubur.


Kita juga tidak mengetahui samada amalan yang dibuat adalah benar-benar ikhlas kerana Allah dan diterima Allah. Amalan yang ikhlas adalah amalan yang tidak ada unsur-unsur riak dan menunjuk-nunjuk.


Bab seterusnya : Bab banyak makan.


Syarak telah mengariskan bagaimana dan bila perlu makan - yakni makan apabila benar-benar lapar dan tidak makan terlalu kenyang. Bagaimana Ust Shamsuri Hj Ahmad menerangkan hal ini?


Mengikut syarak, makanan adalah menjadi baja untuk badan. Oleh itu, 1/3 daripada ruang perut adalah untuk udara, 1/3 untuk makanan dan 1/3 lagi untuk air.


Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ust Shamsuri sendiri.


Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan “Kod Pesanan” dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.


Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.