Ganesan Duraisamy

Ganesan Duraisamy pernah menyertai Minggu Penulis Remaja 1997 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Penulis muda ini lahir di Banting dan membesar di Shah Alam. Beliau mula meminati bidang penulisan kreatif selepas mengikuti sebuah bengkel penulisan cerpen di Universiti Malaya pada tahun 1996. Cerpen beliau termuat dalam antologi Vanakam. Bendahari Kavyan 2003.