ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Zulkefli Mohamad

A1/1 Taman UiTM 26400 Bandar Jengka

09-4602499/ 019-9332041/ zuluitm@yahoo.co.uk

Terima kasih kerana layari kami Selamat Bertemu, Moga Ceria Selalu, Bersama Kenali dan Atasi Masalah Kehidupan Sebarang komentar amat dihargai Pertanyaan, cadangan, rungutan > Melalui e-mail, telefon atau surat Berkenaan apa jua perkara : Akademik, Keagamaan, Sosial, Psikologi, Rekreasi, Peraturan dan Undang-undang, Politik, Ekonomi, Kebudayaan, Hiburan, Kekeluargaan, Komunikasi, Isu semasa Perkara hangat? Outing / Camping / Hiking / Excursion / Shopping / Pumping / Jumping / Anything, thiNG THING ...!!! he, he, be happy ... terima kasih dan wassalam

 

Latarbelakang diri
 
Selamat Ari Raya

Dilahirkan di sebuah perkampungan kecil daerah Kuala Terengganu. Membesar sebagai anak kampung yang sederhana, tetapi diberikan perhatian penuh oleh keluarga terutama asuhan dan pendidikan yang diperlukan hingga ke peringkat universiti, terima kasih ibu, bapa dan keluarga, syukur alhamdulilLah. Zulkefli bin Mohamad, namaku berdasarkan dokumen sah. Bagaimana pun masyarakat Terengganu selalu menyingkatkan sebutan, aku dipanggil Li, kadang Rosli, Ramli dan ada juga yang memanggilku Ali. Walhal itu adalah nama abang sulungku. Dia pula dipanggil Sulung, bukan pula Ali seperti yang sepatutnya. :-) Biasa la tu....

Berlatar keluarga yang agak dihormati dalam masyarakat, kerana arwah bapaku merupakan seorang yang menitikberatkan soal agama dan dihormati oleh masyarakat kampung. Aku disekolahkan hingga berpeluang ke asrama penuh mulai tingkatan empat, seterusnya ke peringkat pra degree dan akhirnya degree. Aku mendapat pekerjaan yang agak baik di sebuah institusi bumiputera negara, UiTM. Namun pekerjaan kini menuntut aku berhijrah dan merantau ke Jengka, Pahang Darul Makmur.

 

 

::::::

 

 

 

 
sepintas lalu...

Walaupun lulusan universiti, aku bukanlah pakar dalam menelah rencah kehidupan yang luas ini. Pengalaman anak kampung, susah payah di perantauan, guru sementara di Melaka dan Pelabuhan Klang serta liku kerjaya di UiTM banyak mengajarku tentang kerenah manusia dan kepelbagaian rentak dunia.

Saya mula bertugas di bawah payung ITM pada Jun 16, 1992 di Subang Jaya, Selangor. Kemudiannya ke Seksyen 2 dan 6 serta 17 di Shah Alam. Dalam tempoh dan musim tertentu menyertai aktiviti akademik dan tugasan di ITM induk. Mulai Jun 2002 saya ditugaskan di cawangan Pahang, kampus Jengka.

Saya cadangkan anda Iawati page khusus saya bagi warga UiTM, sekiranya anda salah seorang pelajar atau kakitangan UiTM. Jika lupa "alamat" dan "laluan" boleh hubungi saya. Jika tidak anda dianggap pelayar TIDAK SAH, harap maaf.

Ketika bertugas di UiTM banyak memberikan pengalaman buat diriku. Bukan sahaja berpeluang mengikuti kursus yang berbagai bentuk termasuk kendiri, akademik, psikologi, pengurusan dan seumpamanya malah berdepan dengan mata pelajaran, penuntut, fakulti dan sistem yang berbeza terutama ketika berkhidmat di Pusat Pendidikan Persediaan ( kini INTEC / International Education Centre ), sebelum berpindah ke UiTM Pahang. Aku juga selalu bersama pelajar dalam berbagai kursus dan aktiviti belia seperti kursus kemantapan diri ( mental, psykologi, jasmani, rohani ) dan aktiviti luar kampus seperti Excurtion, Camping, Hiking, Khidmat Masyarakat dan seumpamanya.


A
ntara potret diri:


Terima kasih

self | self | self | Ujian dan kemaskini Percubaan Feb 2004 ~ Mei 2004
HARAP BAGI IDEA DAN CADANGAN UNTUK DIKEMASKINI/ DIPERBAIKI
Semoga Siap pengemaskinian ini menjelang Jun 2004 ( UiTM New Intake 20th June )