RANCANGAN PERNIAGAAN


Mengapa Rancangan Perniagaan Diperlukan

  1. Memaksa usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal
  2. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dijalankan berdaya maju atau tidak
  4. Meyakini pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik
Siapa Yang Memerlukan Rancangan Perniagaan
  1. Usahawan
  2. Pelabur
  3. Pegawai bank
  4. Pembekal
  5. Kakitangan
  6. Pelanggan
Bagaimana Maklumat Rancangan Perniagaan Dikumpulkan
  1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  2. Statistik kerajaan
  3. Data ekonomi
  4. Data perdagangan
  5. Penyelidikan pemasaran
Kaedah Penyediaan Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan disediakan berdasarkan daripada maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis secara terperinci.Maka disini ketepatan ramalan-ramalan yang dibuat dalam rancangan perniagaan bergantung penuh kepada maklumat dan data-data yang dikumpulkan dan bagaimana maklumat serta data-data terdebut dianalisis. Oleh yang demikian segala kenyataan yang dibuat mesti berasaskan kepada fakta-fakta dan maklumat yang benar.Sebarang kenyataan atau analisis janganlah dibuat hanya berpandukan andaian-andaian atau buah fikiran secara angka atau mengikut citarasa sendiri.
Perlu disedari bahawa rancangan perniagaan boleh berubah dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat mutakhir maka pengubahsuaian perlu dilakukan. Oleh yang demikian rancangan perniagaan yang telah disediakan perlu dikaji semula dari semasa ke semasa supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.Rancangan perniagaan yang tidak sesuai dengan keadaan semasa adalah tidak efektif lagi.

Badan Utama Rancangan Perniagaan

Format badan utama rancangan perniagaan adalah seperti berikut

  1. Pengenalan
  2. Tujuan
  3. Latarbelakang Syarikat
  4. Latarbelakang Pemilik
  5. Latarbelakang Projek
  6. Rancangan Pemasaran
  7. Rancangan Pengeluaran
  8. Rancangan Pentadbiran
  9. Rancangan Kewangan
  10. Jadual Perlaksanaan Projek
  11. Rumusan
  12. Lampiran

Pengenalan

Bahagian ini ialah sebagai pembuka tirai kepada projek yang disediakan dalam Rancangan Perniagaan. Maklumat asas perniagaan hendaklah dimasukkan supaya pembaca dapat mengetahui projek apakah yang akan dibincangkan. Maklumat-maklumat ini termasuk nama syarikat,lokasi, jenis perniagaan, barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Seterusnya bahagian ini juga dimuatkan tentang latarbelakang industri perniagaan yang dijalankan seperti jenis industri dan keadaan industri tersebut dari segi perkembangan dan potensinya di masa hadapan. Perkara-perkara seperti ini, seboleh-bolehnya hendaklah disokong oleh fakta-fakta sebenar iaitu statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu.
HOMEPAGE


Sumber : MEDEC Universiti Teknologi MARA