Paris Trip

Ini merupakan perjalanan pertama kami ke luar Netherlands setelah berada di sini selama lebih kurang 2 bulan.  Oleh kerana kami masih belum mempunyai kereta sendiri, jadi kami menyewa saja.  Dapat la menyewa kereta comel.

 

Pertama kali memandu di lebuhraya di sini, kami agak gugup.  Apatah lagi kami belum biasa menggunakan tip dari http://www.uk.map24.com/, jadi kami tersesat beberapa kali.  Sekali-sekala tu jadi marah la jugak.  Mana kan tidak, bila dah sesat kami berdua jadi tension.  Walau macamana pun kami bersyukur kerana akhirnya kami tiba juga di hotel yang dituju.

 

2 hari pertama kami menghabiskan masa di Disneyland.  Cuaca terlalu sejuk dengan hujan memburukkan keadaan.  Ada masanya anak-anak jadi gelisah dan tidak selesa kerana kebasahan dan kesejukan.  Untuk meredakan keadaan, terpaksalah kami umpan mereka dengan snacks, pizza dan ice cream.    Apa-apa pun mereka berpuas hati kerana dapat melawat karakter popular dunia.

 

Hari ketiga, kami melawat kota Paris.  Seperti biasa lawatan ke Paris pasti meliputi Menara Eiffel, Notre Dame dan tarikan yang lain.  Agak ralat, kami tidak masuk ke dalam muzium atau memanjat Menara Eiffel kerana barisan terlalu panjang.  Sudah la cuaca sejuk, kami tidak selesa untuk menunggu terlalu lama di luar. Jadi di setiap tempat kami cuma mengambil gambar dari luar sahaja.

 

Kali pertama melawat bandar Eropah kami tidak mengambil pengangkutan awam, sebaliknya kami memandu ke pusat bandar.  Ini lah kesilapan kami kerana berhadapan dengan masalah meletak kereta, jalan sehala, dan rangkaian jalan yang lintang pukang.  Akibatnya kami banyak menghabiskan masa untuk memandu.  Tambahan pula para pemandu di Paris agak kasar di jalanraya, sering kami hampir berlanggar.  Tapi syukur alhamdulillah, selamat juga akhirnya.

 

Hari keempat, kami melawat Chateau de Versailles yang terletak lebih kurang 20km di luar Kota Paris.  Kami tina di sana lewat tengahari.  Amat terperanjat kami kerana barisan tiket sudah panjang.  Oleh kerana kami sudah memandu begitu jauh, jadi kami berbaris juga.  Setelah menunggu selama 2 setengah jam (sambil makan tengahari semasa berbaris), baru la kami dapat masuk ke dalam.  Memang berbaloi menunggu kerana istananya begitu cantik bersama dekorasi baroque.  Tamannya juga luas dan cantik.

 

Hari terakhir kami habiskan dengan melawat pusat bandar sekali lagi.  Kami ke Menara Eiffel sekali lagi, tetapi hampa, barisan tiket masih panjang.  Jadi kami melawat kawasan sekeliling sekali lagi.

 

Petangnya kami pun bertolak pulang ke The Hague dengan harapan insyaAllah akan dapat rezeki untuk melawat Kota Paris sekali lagi.