Projek Giler Pantai Timur Digital Head ®

Projek Giler ini adalah program jelajah seluruh Pantai Timur yang telah dirancang selama 8 bulan untuk mengenalpasti destinasi menarik dan menyelesaikan beberapa misi, hehehe. walaubagaimanapun kitorang tak masuk bahagian tengah semenanjung kerana ia termasuk dalam Projek Giler lll. Selepas ini, kitorang akan merancang Projek Giler ll ke beberapa destinasi dengan beberapa misi di Pantai Barat. Tunggu keluarannya akan datang..... :)
Jika anda hendak melihat gambar destinasi kitorang, sila klik kat gambar tersebut. Sebelum klik, sila letakkan kursor tetikus diatas gambar untuk mengetahui destinasi gambar itu. Tapikan, korang kene lah tunggu lame sikit untuk download gambar tu kalau nak tengok sebab saiz fail gambar yang kitorang edit ni ada yang besar dan ada yang kecil. Mungkin korang kene tunggu paling singkat pun 1 minit dan paling lame pun 15 minit, bergantung pada modem korang. Jadi dapatkan modem terlaju dipasaran sekarang..... :)

Laporan Perjalanan

Rabu 10.4.2002


Nenasi
3.00pm -Bertolak dari rumah
3.30pm -Berada di Jemaluang
           -Setkan meter kereta kepada sifar
3.50pm -Sampai di Mersing
4.15pm -Berhenti sebab tayar kereta berbunyi sebelah kanan depan
4.35pm -Berhenti di Sempadan Johor-Pahang
           -Ambil gambar
5.02pm -Berhenti solat di Rompin
5.35pm -Minum di Bandar Rompin Pekan
5.58pm -Perjalanan diteruskan dari Rompin ke Pekan
6.17pm -Masuk daerah Pekan
7.14pm -Berhenti solat di Bandar Pekan
8.00pm -Perjalanan diteruskan dari Pekan ke Kuantan
8.50pm -Tiba di Kuantan
9.15pm -Minum di Taman Indera, Kuantan
10.25pm -Sampai di Rumah sewa To-G
12.00am -Tido..............zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Khamis 11.4.2002


Kemaman
8.24am -Bertolak dari rumah sewa To-g ke Rantau Abang (Destinasi pertama)
8.58am -Tersesat jalan di Jabur
           -Patah balik ke Kuantan
9.29am -Berada di Kg.Cherating
9.48am -Berhenti di sempadan Pahang-Terengganu
           -Ambil gambar
9.53am -Berada di Cukai
10.14am -Pemeriksaan JPJ di Kijal
10.34am -Berhenti rehat di Kg.Labohan Kertih
           -Minum
11.20am -Perjalanan diteruskan
11.34am -Masuk daerah Dungun
12.00pm -Tiba di Bandar Dungun
12.25pm -Sampai di Rantau Abang
           -Explore kawasan Rantau Abang
12.47pm -Bertolak dari Rantau Abang ke Penarik (Destinasi kedua)
12.57pm -Masuk daerah Marang
1.36pm -Masuk daerah Kuala Terengganu
2.02pm -Sampai di K.T'gannu Besut
           -Makan tengahari
           -Solat
3.15pm -Merayau-rayau di K.T'ganu
3.57pm -Teruskan perjalanan ke Penarik.
4.39pm -Berada di Setiu
5.31pm -Tiba di Penarik
           -Rehat dan sejukkan enjin kereta.
           -Tanya orang tentang keadaan disini untuk berkhemah
5.40pm -Bertolak dari Penarik ke Pantai Bisikan Bayu (Destinasi ketiga)
5.45pm -Tanya orang jalan hendak pergi ke Pasir Puteh Kampung Tasik
6.05pm -Berhenti di Kg.Tasik.
           -Ambil gambar di sawah
6.37pm -Berhenti di Jertih
7.10pm -Berhenti di Pasir Puteh untuk solat
8.00pm -Teruskan perjalanan ke P.Bisikan Bayu
8.18pm -Tanya orang jalan hendak pergi P.Bisikan Bayu
8.28pm -Tanya orang lagi jalan ke P.Bisikan Bayu
8.57pm -Berhenti makan di P.Bisikan Bayu
9.40pm -Sambung jalan untuk explore P.Bisikan Bayu
10.00pm -Cari tapak khemah
           -Banyak semut api di atas pasir
11.00pm -Jumpa tapak khemah
11.24pm -Tido...............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Jumaat 12.4.2002


Pantai Bisikan Bayu
8.19am -Tinggalkan Pantai Bisikan Bayu
           -Ramai awek berkhemah
           -Menuju ke Pantai Tok Bali (Destinasi keempat)
8.45am -Berada di atas jambatan Tok Bali
           -Berhenti dan ambil gambar
9.00am -Tiba di Pantai Tok Bali
           -Rehat untuk minum
9.30am -Explore Pantai Tok Bali
10.15am -Tinggalkan Pantai Tok Bali ke Pasir Puteh Tok Bali
10.45am -Berhenti mandi di Masjid Pasir Puteh
11.56am -Merayau di Bandar Pasir Puteh
12.02pm -Teruskan perjalanan ke Sungai Kelong (Destinasi kelima)
12.34pm -Berada di Sungai Kelong
12.50pm -Berhenti di Masjid Kg Pak Amad untuk solat Jumaat
2.26pm -Explore Sungai Kelong
           -Ambil gambar di kawasan Sungai Kelong
2.52pm -Peta hilang, patah balik dan cari peta.
3.00pm -Jumpa peta yang hilang di tepi jalan
3.09pm -Masuk daerah Bacok
3.33pm -Sampai di Kota Bahru Kota Bahru
           -Merayau dan masuk ke Plaza Kota Bharu
3.51pm -Cari tempat makan
4.50pm -Berhenti makan
4.55pm -Operasi cari kawan di Kota Bharu
5.42pm -Sampai di Hospital USM di depan padang
           -Tunggu kawan datang
6.00pm -Jumpa kawan (Misi pertama)
           -Ambil gambar
7.20pm -Tersesat di Bandar K.Bharu
7.30pm -Tanya polis jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Destinasi keenam) Pantai Cahaya Bulan
8.17pm -Berhenti di Masjid Al-Amin
           -Mandi dan solat
9.15pm -Teruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan
9.31pm -Berhenti untuk telefon rumah dan kawan di pondok telefon
9.40pm -Sambung perjalanan ke PCB
10.10pm -Tiba di PCB
           -Explore PCB
           -Cari tapak khemah
12.54am -Baru Siap dirikan khemah
1.00am -Tido...................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sabtu 13.4.2002


Pasir Mas
7.10am -Bertolak dari Pantai Cahaya Bulan ke Pasir Mas (Destinasi ketujuh)
7.12am -Enjin kereta ada bunyi sesuatu
           -Cek enjin
7.38am -Berhenti Mandi di Masjid Al-Amin
8.27am -Sambung perjalanan ke Pasir Mas 10.45am -Tiba di rumah kawan kedua (Misi kedua)
           -Rehat dan cas segala peralatan elektronik
12.01pm -Bergerak ke Rantau Panjang (Destinasi kelapan)
12.20pm -Tiba di Rantau Panjang Rantau Panjang
           -Explore Rantau Panjang
2.06pm -Habis jalan-jalan
           -Ambil gambar di sempadan Thailand
2.30pm -Balik semula ke rumah kawan
4.29pm -Bertolak dari rumah kawan ke Lata Tembakah (Destinasi kesembilan)
5.03pm -Berhenti di Pasir Mas
6.02pm -Berada di Sungai Kelong
6.30pm -Berhenti di sempadan Kelantan-T'ganu
6.32pm -Teruskan perjalanan
6.49pm -Sesat di bandar Jertih Teluk Cempedak
           -Meter menunjukan angka '999'km
7.00pm -Tiba di Lata Tembakah
           -Tak ada orang
           -Explore dan ambil gambar
7.30pm -Patah balik sebab tempat tak sesuai untuk berkhemah
           -Berhenti di Masjid
           -Mandi dan solat
8.30pm -Gerak ke Pasir Akar
8.50pm -Berhenti makan di Kg.Tok Dor
           -Tanya orang kedai jalan dan keadaan Tasik Kenyir
9.48pm -Teruskan perjalan ke Penarik untuk berkhemah
10.30pm -Tiba di Penarik
           -Cari tapak khemah
12.00am -Tido...........zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Ahad 14.4.2002


Penarik
8.00am -Bertolak dari Penarik ke Tasik Kenyir (Destinasi kesepuluh)
8.38am -Berhenti di Kg.Rakit
           -Beli keropok lekor
           -Ambil gambar orang buat keropok lekor
8.54am -Sambung perjalanan
10.25am -Tiba di Tasik Kenyir
           -explore dan ambil gambar
11.13am -Tinggalkan Tasik Kenyir
12.00pm -Berhenti makan di Kuala Berang Kuala Terengganu
12.40pm -Sambung jalan ke Kuantan
2.43pm -Masuk daerah Kuantan
           -Sempadan T'ganu-Pahang
3.06pm -Sampai di rumah sewa To-G
4.56pm -Bergerak ke Teluk Cempedak (Destinasi kesebelas)
5.36pm -Sampai di Teluk Cempedak
           -Ambil gambar
6.05pm -Meninggalkan Teluk Cempedak dan menuju ke Pekan
6.56pm -Tiba di Pekan
           -Solat di Masjid Pekan Tasik Kenyir
7.42pm -Teruskan perjalan ke United Sungai Ara
8.45pm -Berhenti minum di Rompin
9.24pm -Sambung perjalanan
10.46pm -Berhenti di Jemaluang
           -Catat bacaan meter kereta
11.22pm -Tiba di United Sungai Ara
           -Lepak di kedai Kasim
11.45pm -Tiba di rumah

Data Perjalanan


Jarak perjalanan          = 1698km
masa                          = 5 hari (3.00pm / 10.4.2002 hingga 11.45pm /14.4.2002)
Kos Perjalanan            = RM 130.00
Destinasi
           1. Rantau Abang, Dungun, Terengganu
           2. Penarik, Setiu, Terengganu
           3. Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan
           4. Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
           5. Sungai Kelong, Pasir Puteh, Kelantan (Main Target)
           6. Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, Kelantan
           7. Pasir Mas, Kelantan (Main Target)
           8. Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan
           9. Lata Tembakah, Besut, Terengganu
           10. Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu
           11. Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
Misi                             = 2 misi (Rahsia kerajaan Digital Head)

Rantau Abang Rompin Sungai Kelong









Ahli Kerajaan Digital Head ®


Terima kasih kepada Ija, Mai dan Kak Za...

Kembali