Maklumat Pendidikan...

 

Sekolah :

Sek. Ren. Kebangsaan Sultanah Asma sehingga tamat darjah 6

 ( 1991 - 1996 )

Sek. Men. Kebangsaan Sultanah Bahiyah sehingga tamat tingkatan 5

 ( 1997 - 2001 )

Sek. Men. Kebangsaan Sultanah Bahiyah menyambung semula persekolahan sehingga tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

( 2002 - 2003 )

     Semasa menuntut di Sek. Ren. Keb. Sultanah Asma saya telah dipilih menjadi salah seorang ahli pasukan koir sekolah. Pasukan koir tersebut pernah menjadi Naib Johan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman. 

    Semasa di tingkatan 4, saya telah mengambil kursus pegawai tidak bertauliah St. John Ambulans sehingga mendapat pangkat Koperal. Kemudian telah memegang jawatan Bendahari di dalam persatuan tersebut. Saya juga mengambil bahagian di dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah dan berjaya meraih pingat perak. Seterusnya saya pernah mengetuai perbarisan kawad kaki di sekolah pada tahun berikutnya.

    Selain itu, saya juga telah diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Persatuan Kemanusiaan pada tahun 2000 dan 2001. Pada tahun 2003 iaitu semasa di tingkatan 6, saya telah menjadi salah seorang ahli sidang redaksi sekolah. Persatuan kami telah berjaya mengeluarkan majalah MURNI pada tahun tersebut.

    Setelah tamat tingkatan enam, saya telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Saya telah mengambil jurusan Bacelor Komunikasi semenjak November 2004 sehingga sekarang. Pengajian ini di jangka tamat pada November 2007.