Malaysian Album in Okinawa


pesanan
Okinawa Oh Okinawa.......

23½ minggu di Okinawa bersama-sama rakan-rakan seMalaysia dan rakan-rakan sekursus juga yang lainnya dari pelbagai negara membuahkan banyak pengalaman dan kenangan.

Penyertaan aturcara yang dianjurkan, beserta sifat rakan senegara yang mahu bertoleransi, hormat-menghormati, bantu-membantu, ingat-mengingati;...... berat sama dipikul ringan sama dijinjing; menceriakan kehidupan di sini.... mengubati kerinduan pada keluarga dikejauhan yang ditinggalkan.

Terima kasih buat rakan-rakan; Noraida, David, Adura, Noora dan Johan........ bersama kamu aku jelajahi Okinawa,... menikmati keindahan.

Terima kasih buat juga untuk Kak Lela sekeluarga, Azad sekeluarga dan Zainuddin.... kerana sudi melayan dan menggembirakan kami di sini.

..... Untuk Puva, Eliza dan Salleh yang masih di sini menunggu hari untuk pulang, moga hari mendatang dilalui bersama dengan penuh gembira..... sentiasa ceria

......Selamat tinggal Okinawa...... Ilmu pengetahuan, pengalaman dan kenangan ku bawa bersama ke bumi Malaysia tercinta........
 
Bergambar kenangan di lobi
[Saiz sebenar...]
Melawat Gyokusendo
[Saiz sebenar...]
Penyertaan EISA Dance Festival
[Saiz sebenar...]
Penyertaan Haree Boat Festival di Manza Beach Resort
[Saiz sebenar...]
[Saiz sebenar...]
Update on Friday, January 02, 2004 11:21:02 PM