Malaysian Album in Okinawa


pesanan
Secebis Kenangan di tahun 2003

Jam 4 ptg. 25 Ogos 2003 hari Isnin, aku memulakan perjalanan dari rumah ku di Bandar Baru Selayang untuk menghadiri kursus yg ditawarkan oleh JICA, IT Division Manager di Okinawa International Centre (OIC), Okinawa, Japan.  Aku berlepas dari KLIA dgn Pesawat JL 722 menuju ke Osaka pada jam 20:45 via Singapore dan mendarat dgn selamat di Kansai International Airport pada jam 06:15 local time, 26 Ogos 2003.  Berlepas ke Okinawa pada jam 10:50 dan mendarat di Naha Airport, Okinawa pada jam 12:50.

Dari 26 Ogos 2003 - 8 November 2003: Tempoh kursus yg aku lalui.... lebih kurang 2 bulan setengah... seingatan aku inilah tempoh kursus yg paling lama aku hadapi... sebelum ini setakat 4 minggu aje.  Aktiviti kursus termasuklah - IOrientation, Lecture, case study, workshop, group discussion, Observation tour, presentation, action plan, achivement test, questionair etc.  Pada 09.10.2003-1710.2003 bertolak ke mainland untuk observation tuor program sekitar Tokyo & Kyoto.

Walaupun tempoh kursus agak lama.... aku tidak merasakan kesunyian kerana dapat bertemu dgn para peserta yg datang dari pelbagai negara.... bukan sekadar rakan sekursus tetapi juga dari pelbagai kursus...... oerlu diingatkan walaupun kita bebas bergaul.... tapi jangan dilupakan tanggungjawab kita... batas pergaulan, tatasusila & sopan santun perlu dijaga... justeru itu bagi yg muslim.... bab sembahyang & makan/minum hendaklah dijaga....

Selain berkursus pelbagai aktiviti sampingan telah berlangsung semasa aku berada di sini.... antaranya:
31.08.2003 : Hari Kemerdekaan Malaysia - Kibar bendera Malaysia dgn rakan2 dari Malaysia.
04.10.2003 : OIC International Festival - wakil Malaysia untuk persembahan tarian dan custume show.  Sebelum tu hampir setiap malam praktis menari dgn group Asia (Aku, Elliza & Puva - Malaysia) yg lain dari Thailand, Laos, India, Chiona & Indonesia.  Prepare booth pameran dgn member² Asian Group.... photo session dgn pengunjung yg datang.
05.10.2003 : Sport day with local people sempena OIC International Festival - Kumpulan MGR course mewakili rumah kuning... mendapat tempat ke 4 dari 6 kumpulan bertanding... tahun nie rumah merah menang lagi macam tahun lepas.
05.11.2003 : International Exchange Program with Local Communities.... pergi ke Sekolah di Sesoko Island.
Sabtu & Ahad serta cuti umum - memang tak lepaskan peluang untuk shoping & menjelajah bumi Okinawa ni...... kepada peserta yg baru sampai.... harap tak lepaskan peluang nii!!!.

......eh ..ehhhhh cepatnya rasa masa berlalu..... dah 2½ bulan aku kat Okinawa ni rupanya... dan esok, 8 November 2003 jam 06.00 aku akan berangkat dari OIC ini untuk kembali ke tanah air ku.  Dijadualkan berlepas dengan pesawat UN 182 pada jam 08:00 dari Naha ke Kansai dan dari Kansai ke KLIA pada jam 13:25 dgn penerbangan JL 721 dan dijangka tiba di KLIA via Singapore pada jam 21:45 dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan membawa pengetahuan & pengalaman sewaktu berada di bumi Okinawa..

Kepada semua yang berkesempatan bertemu aku di sini... Johan, Sani, Elliza & Puva.. yang dah balik dulu, sementara Siti yg masih tinggal... panda-pandailah menyesuaikan diri di perantauan nie... jangan lupa diri..... sembahyang jangan tinggal... tumpukan pada objektif hang mai kat sini no.... untuk menuntut ilmu disamping menimba pengalaman ketika jauh dari keluarga... jangan serius sangat.... ada kesempatan tu jelajahlah bumi Okinawa niiiiii...

Buat Kak Lela dan keluarga serta Azad dan Keluarga.... hanya ucapan ribuan terima kasih yang dapat saya ucapkan.... semoga kalian dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam iman dan amal... di bumi Okinawa yang indah ini.  Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin kepad yg akan beraya kat sini... Sehingga bertemu lagi di lain ketika..... salam persahabatan untuk semua... wassalam

Room : 316
2003.11.07 (Friday : 12 Ramadhan 1424)
 
 
[Saiz sebenar...]
IT Division Manager Course, 2003
[Saiz sebenar...]
Sesoko Island, Nov 2003
[Saiz sebenar...]
Update on Friday, January 02, 2004 11:18:44 PM