pesanan

DI SINI SAYA BELAJAR ...

Konichiwa...,

Sebenarnya banyak perkara yang nak saya tuliskan di sni tentang pengalaman saya di sini. Namun apakan daya...

Di sini saya belajar tentang kehidupan secara globatl. Tentang kebudayaan, agama, citarasa, pemiliran, tingkah-laku dan sebagainya yang secara langsung dan tidak langsung adalah berlainan sama sekali di Malaysia.

Di sini saya belajar tentang manusia. Manusia yang datang dari pelbagai negara begitu menarik perhatian saya. Sesetengah negara adalah begitu asing bagi diri saya. Sesungguhnya, saya masih kurang ilmu dan pengetahuan tentang negara-negara di dunia ini.

Di sini saya belajar tentang masalah global yang dihadapi oleh negara-negara di dunia Latin, Arab, Afrika dan Asia. Tentang perhubungab dan pemikiran mereka yang begitu berlainan antara satu sama lain. Pendek kata, mereka adalah satu kelompok manusia berlainan.

Di sini saya belajar tentang kehebatan negara Jepun serta penduduknya. Memang tidak dapat disangkalkan bahawa penduduk Jepun begitu berdisiplin serta baik hati. Walaupun mempunya bahasa dan pemikiran yang berlainan namun mereka tetap menawarkan diri untuk memberi pertolongan. Kehebatan mereka dalam menjalankan pekerjaan begiru menarik perhatian saya. Sekiranya penduduk Malaysia mempunyai mentaliti sama seperti penduduk Jepun, mungkin kita dapat menandingi mereka dalam sekelip mata....mungkin!

Di sini saya belajar tentang diri saya sendiri. Saya belajar mengenali siapa diri saya sebenarnya. Apakah saya mampu menahan diri dari terjerumus ke dalam arus kelalaian? Saya belajar memilih siapa kawan, siapa lawan. Sesungguhnya, banyak perkara yang saya belajar tentang erti persahabatan.

Di sini saya belajar banyak perkara...

Di sini saya belajar...

"Once we meet, we're brother"

 
 Amir
[Saiz sebenar...]
Update on Sunday, March 13, 2005, 5:35:56 PM