Cara Baca TAB

TAB atau tablature merupakan satu kaedah menulis muzik yang di mainkan pada gitar atau bass. Dengan menggunakan simbol seperti 'standard musical notation', ianya menggunakan 'character' ASCII biasa dan nombor. Ini yang menyebabkan ianya sesuai untuk 'publish'kan di internet

Secara asasnya TAB berfungsi membenarkan anda mengiterpretasi not yang hendak dimainkan dengan mempamirkan 'string' mana yang harus dipetik dan posisi jari pada fret-fret tertentu. TAB juga berupaya menunjukkan teknik petikan samada hammer-on, pull-off, bend, slide, harmonic dan vibrato yang harus digunakan ketika menginterpretasikan sesebuah lagu.

Walaubagaimanapun kelemahan TAB ini agak ketara terutama dalam menjelaskan 'lengths of the notes', jadi ini memerlukan anda mendengar lagu serentak bersama dengan membaca TAB. Selain itu TAB juga tidak memberitahu anda jari mana yang harus di gunakan pada fret untuk sesuatu not dan seterusnya TAB juga tidak memjelaskan tentang petikan atau 'strumming' yang mesti digunakan. Jadi anda harus memlih samada hendak menggunakan 'upstrokes/downstrokes' dan sebagainya.

TAB agak senang di baca berbanding dengan 'standard musical notation'. Bermula dengan 6 garis untuk gitar dan 4 garis untuk bass. Biasanya bergantung kepada tali(string) 'instrument' yang digunakan. Garis yang teratas mewakili 'highest picth string'(biasanya tali yang paling halus) dan garis terbawah pula 'lowest picth string'. Sebgai contoh dibawah ini adalah 'blank bit of TAB' dengan nama string di sebelah kiri.

Nombor-nombor akan ditulis pada garis untuk menunjukkan fret yang harus dimainkan pada sesuatu tali. Sekiranya terdapat simbol 0, ini bermakna tali tersebut mesti di petik tanpa memposisikan jari di atas fret('open string'). Seperti 'standard musical notation', pergerakkan not haruslah dibaca dari kiri kekanan untuk mendapatkan arahan yang betul ketika memainkan sesuatu not. Merujuk kepada 'peace of TAB' dibawah, rangkaian not yang di mainkan haruslah E F F# G # dan A pada tali E terbawah ('lowest string')dengan mengubah fret setiap masa bermula dengan 'open string'.

Dan ini pula merupakan lebih daripada satu not petik dalam satu masa (like strumming). Sekiranya dua atau lebih yang arus dimainkan dalam satu masa, TAB tersebut seharusnya di tulis selari antara nombor-nombor tersebut. Contoh dibawah yang juga merupakan kord bar G.

Anda mungkin akan bertemu teknik penulisan TAB seperti di bawah:

Ini bermakna anda harus melakukan strummin yang sama bermula daripada string bawah, jadi setiap tali akan dipetik secara bersambungan antara tali-tali tersebut tetapi kesemua tali akan dibiarkan 'ring together'.

Dibawah pula merupakan contoh yang hampir sama bentuknya tetapi jurang antara not-not tersebut agak besar, jadi anda seharusnya memetik tali tersebut secara berasingan untuk menunjukkan struming secara perlahan.

E------------------3----------------------------------------------

B---------------3-----3--------------------------------------------

G------------4-----------4-----------------------------------------

D---------5-----------------5--------------------------------------

A------5-----------------------5----------------------------------

E---3-----------------------------3--------------------------------

Walaupun TAB tidak menunjukkan 'note lenght' tetapi ia berupaya memberi sedikit petunjuk'timing'. Sebagai contoh lihat note di atas dimana ruang antara nombor-nombor tersebut hampir sama dan ini membolehkan anda membuat andaian bahawa masa untuk memetik kesemua tali tersebut adalah sama dan ianya bergantung kepada siapa yang menulis TAB tersebut.

Secara asasnya ruang antara not-not tersebut pada tap sepatutnya memberitahu anda not mana yang panjangdan yang mana pendek serta pantas, tetapi fakta ini tidak dapat digunakan sekiranya not itu berada dalam keadaan 'tripet'. Contohnya di bawah,

E-----------------------0--------4--2-0--------------------------

B---0--------------0---------------------------------0-----------

G------1------1----------------------------1----3----------------

D--------2-------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

Oleh itu adalah senang untk anda membaca TAB yang lagu tersebut telah anda ketahui berbanding dengan sebaliknya sebab anda telah biasa dengan 'ryhthm' lagu tersebut.

Sebenarnya banyak informasi penting yang dilengkapi bersama-sama TAB seperti hammer on, pull off dan sebagainya. Dibawah ini disertakan simbol-simbol yang digunakan dalam menyediakan TAB.

h - hammer on

p - pull off

b - bend string up

r - release bend

/ - slide up

\ - slide down

v - vibrato (kadang-kadang ditlis seperti ~)

t - right hand tap

x - mainkan 'note' dengan di matikan.

nota: untuk slide sesetengah penulis menggunakan simbol 's' untuk menunjukkna slide atas dan bawah.

Manakala x untuk TAB pula berlainan dengan x yang ditunjukan pada kord. Contohnya kord D,

EADGB

xx0232 dimana x disini bermaksud tali tersebut tidak dimainkan. Ini berlainan dalam membaca TAB kerana sekiranya tali tersebut tidak dimainkan, ianya tidak akan ditanda dengan sebarang simbol. Jadi untuk kord yang sama tab tersebut di tulis seperti di bawah.

E-----2-----------------------------------------------------------

B-----3-----------------------------------------------------------

G-----2-----------------------------------------------------------

D-----0-----------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

Bagi TAB bass pula memerlukan beberapa simbol tambahan untuk melengkapkan kegunaan teknik yang berbeza semasa bermain. Contohnya 'slapping' atau 'popping'tali tersebut menggunakan ibujari atau jari tengah. Anda sepatutnya menemui simbol 's'untuk slap dan 'p' untuk pop yang di tulis 'underneath' garisan TAB untuk membezakan antara 'slide' dan 'pull off' yang mana di tulis di atas garisan TAB.

Merujuk kepada hammer on dan pulloff ianya ditulis seperti di bawah,

E----------------------------------------------------------------

B----------------------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A---------5h7-----------5h7--------------------------------------

E---0--0----------0--0-------------------------------------------

Ini bermakasud petikan tersebut hendaklah bermula dengan not E ('open E string')dua kali kemudian petik tali A pada fret yang ke lima seterusnya hammer on ke tali yang ke 7.

Pull off pula dilihat seperti,

E----3p0---------------------------------------------------------

B---------3p0----------------------------------------------------

G--------------2p0-----------------------------------------------

D-------------------2--------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

Contah ini mengunakan scale blues dengan 'pull off open string'. Untuk setiap pull off anda hanya perlu memetik not pertama daripada pasangan not tersebut dengan tangan kanan, jadi contoh disini memerlukan anda petik not pada fret 3 dan fret 2 dan 'open string' di bunyikan dengan 'pulling off'.

Sekiranya hammer on dan pull off di lakukan secara berturutan anda mungkin dapat melihat TAB yang di tulis seperti di bawah, dalam kes-kes seperti ini anda hanya perlu memetik not pertama.

E----------------------------------------------------------------

B----------------------------------------------------------------

G---2h4p2h4p2h4p2h4p2h4p2----------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

NOTA:Anda mungkin melihat simbol ^ yang di gunakan untuk memggambarkan

hammer on atau pull off atau kesua-duanya sekali. contohnya.

G|-------2^4^2-------------

Ini bermaksud anda perlu memetik not pada fret yang ke 2 hammer on pada fret yang ke 4 dan seterusnya pull off pada fret ke2.

Walaubagaimanapun penggunaan simbol 'h' dan 'p' adalah lebih senang dan tidak megelirukan.

Apabila membicarakan teknik 'bend' pula biasanya ia melibatkan berapa banyak anda harus 'bend up/down' sesuatu note. 'Bend' biasanya disimbolkan dengan 'b'. Contohnya:

E----------------------------------------------------------------

B------7b9-------------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

dan ini bermakna petik tali B pada fret yang ke7 kemudian 'bend up' not 2 semiton (one whole note) daripada not asal, jadi ia akan menghasilkan bunyi yang sama dengan dengan bunyi note di fret ke9.

Sesetengah TAB di tulis seperti ini bagi menunjukkan bend

--------------7b(9)------------

dan sekiranya anda menemui penulisan TAB seperti ini pula.

E----------------------------------------------------------------

B------7b9--9r7--------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

ini bermakna anda harus petik tali pada fret ke7, 'bend up' semiton kemudian petik sekali lagi ketika dalam keadaan 'bend up' seterusnya 'release bend' ke normal pitch. Bagi sesetengah TAB yang menggunakan 'pre bend' pula ia biasanya ditulis seperti dibawah,

E----------------------------------------------------------------

B------(7)b9r7---------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

Ini bermakna petik tali pada fret ke7 dan 'bend up' tali 2 semiton tanpa memainkan not tersebut. Sekarang 'strike' tali seterusnya 'release'. Kadangkala anda akan menemui TAB yang di tulis seperti ini

B|------------7b7.5----------------

dimana 'bend up' hanya separuh daripada semiton dan ianya boleh juga ditulis seperti ini,

. bend up 1/4 tone

E----------------------------------------------------------------

B------7b--------------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

Simbol yang digunakan untuk 'slide up' adalah / dan 'slide down' pula adalah \ dan anda juga mungkin akan biasa melihat tanda 's' untuk slide. lihat contah dibawah.

E----------------------------------------------------------------

B------7/9-------------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

TAB di atas menunjukkna slide dari fret ke7 hingga fret yang ke9.dan sekiranya TAB tersebut ditulis seperti di bawah pula,

E----------------------------------------------------------------

B------/7-9-7\---------------------------------------------------

G----------------------------------------------------------------

D----------------------------------------------------------------

A----------------------------------------------------------------

E----------------------------------------------------------------

dimana titik permulaan dan kesudahan slide tidak dinyatakan pada TAB. Anda harus tahu samada 'slide down' atau 'up'. Dalam kes ini anda harus menggunakan kebijaksanaan bagi memilih titik permulaan dan juga pengakhiran pada seseuatu fret tersebut.