Capteh

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam dan macam-macam lagi . Dimainkan tak kira kat mana pun samada luar rumah ke dalam rumah, asalkan boleh menimbang CAPTEH tersebut. Ia lebih kurang macam main sepak raga, cuma yang berbeza adalah bolanya. Bolanya dibuat daripada bulu ayam. Sebelum memainkannya kena cari dulu bulu ayam. Cari ler kat mana pun, asalkan jumpa bulu ayam. Tak jumpa bulu ayam, bulu itik pun boleh. Kalau dah tak jumpa kedua-duanya, maka berpakatlah kami mengejar ayam-ayam yang berdekatan. Ramai-ramai ler kejar sekor ayam tu semata-mata nakkan bulunya aje. Nasib ler ayam sapa kan ... Biasanya ayam jantan sebab bulunya panjang. Kalau dah dapat bulu ayam tu, kena cari lak tiub tayar lama. Gi pulak kedai basikal. Gunting tiub tu sebesar bola ping pong, pas tu cucuk paku kat tengah tiub tu dan kemudian ikatkan bulu ayam tadi dengan gelang getah. Maka jadilah CAPTEH buatan sendiri. Walaupun CAPTEH ada jual kat kedai, mungkin lebih kurang 30 sen saja tapi suasana pengejaran dan penvarian tu yang membuatkan kelucuan apabila diingati. Permainan ini boleh dimainkan samada 2 orang ataupun ramai-ramai yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. .

Cara Bermain

Kebiasaannya kalau main berdua undian dijalankan secara osom, pilih lidi, lai lai li tamplong atau lambung duit syiling untuk menentukan giliran. Tapi kalau main ramai maka dipecahkan kepada 2 kumpulan atau lebih dan kemudian dibuat undian bagi mementukan giliran kumpulan. Ahli kumpulan tidak perlu mengundi kerana ketua kumpulan mementukan giliran ahli kumpulan mereka.

Cara permainannya sama macam main sepak raga iaitu dengan cara menimbang CAPTEH tersebut dengan menggunakan kaki, lutut dan kepala. Kiraan dibuat mengikut seberapa banyak timbangan yang dibuat. Kalau pemain tu terror menimbang alamatlah giliran orang lain tak sampai ler. Kalau timbang boleh sampai seribu lebih baik main sorang-sorang. Pemain dikira mati sekiranya capteh jatuh ketanah. Kiraan berkumpulan dibuat dengan mencampurkan seberapa banyak ahli kumpulan itu menimbang. Kalau main berdua kenalah kira sendiri, tak payah campur ngan orang lain punya. Kumpulan mana yang mempunyai kiraan paling sedikit diiktirafkan sebagai pasukan yang kalah. maka dengan sebab itulah kumpulan itu dikenakan denda mengikut arahan yang diberi oleh kumpulan yang menang. Biasanya kena panjat pokok sambil berkokok atau bunyi macam beruk dan macam macam lagi denda.

BACK NEXT