WAN NOR ASEKIN WAN ZAKARIA
WEK 96043

TUGASAN 3

ATM vs GIGABIT ERTHENET

Bincangkan masa depan kedua-dua teknologi penghantaran tinggi di atas. Pada pendapat anda, teknologi yang mana akan menguasai pasaran depan. Berikan sebab-sebab.
    1. Pengenalan
    2. Asynchoronous Transfer Mode (ATM)
    3. Gigabit Erthenet
    4. ATM vs Gigabit Erthenet
    4a) Kualiti Servis
    4b) Frame vs Sel
    4c) Pendawaian
    4d) Protokol
    4e) Kos

    5. Kesimpulan
    Rujukan

    1. PENGENALAN

    Sama seperti komputer yang terjual dipasaran sekarang ini, ianya datang dengan perkakasan dan perisian yang akan disambungkan ke rangkaian ataupun yang sama sepertinya. Kita sering mendengar banyak rungutan tentang kelajuan sambungan yang tinggi, bandwidth yang besar? megabit,gigabit, terabit? Nampaknya tiada kesudahan bagi mencari penyelesaian yang pantas. Tetapi apa yang menyebabkan ini berlaku? Jawapannya adalah aplikasi seperti "computer aided design (CAD), computer aided manufacturing (CAM), gudang data, persidangan video, sistem komunikasi (PACS) dan lain-lain. Semakin kita kehadapan dalam aplikasi ini,termasuk video, multi9media dan data masa-sensitif, teknologi rangkaian yang lama akan berusaha untuk mengatasi seseuatu yang baru. Bahagian seterusnya akan membincangkan mengenai 2 teknologi rangkaian pada masa kini iaitu Asynchronous Transfer Mode (ATM) dan Gigabit Erthenet.

    2. ASYNCHRONOUS TRANSFER MODE (ATM)

    Asynchronous tranfer mode, atau ATM adalah cara baru untuk pengangkutan data di antara kawasan rangkaian komputer meluas dan tempatan. ATM adalah berasaskan piawai tunggal yang mungkin melengkapi kembali model rangkaian kerja LAN dan WAN yang ada sekarang.

    ATM telah membangun untuk memenuhi piawai dunia untuk membolehkan kebolehoperasian maklumat tanpa mempedulikan protokol yang digunakan pada masa sekarang.

    Dengan melihat kepada sejarah rangkaian, terdapat cara yang berbeza untuk permindahan maklumat di antara pengguna di LAN dengan pengguna di WAN. ATM adalah salah satu teknologi yang dibangunkan sekarang di mana pada masa akan datang akan mentediakan piawai protokol yang lebih mesra kepada kesemua model rangkaian yang ada sekarang.

    Dalam kebanyakan kes sekarang ini, rangkaian yang berlainan akan digunakan untuk menghantar maklumat dengan mod yang berbeza. Suara, data dan trafik video mempunyai karektor yang berlainan. Data cenderung menjadi "bursty"dengan aliran yang berbeza : berat,ringan dan kekadang berterusan. Video dan suara cenderung menjadi sama dalam jumlah maklumat dihantar, tetapi sangat sensitif dengan aturan, kualiti dan frame masa di mana data tiba. Dengan ATM, rangkaian yang berlainan tidak diperlukan kerana medium penghantaran yang digunakan sekarang telah mengambil kira pada masa sekarang dan pembangunan masa hadapan.

    Kebolehan kelajuan ATM adalah dari Megabit hingga Gigabit. Ini membolehkan teknologi sekarang menjadi lebih berguna dengan sistem ATM tanpa menghadkan pembangunan bagi rangkaian dengan kelajuan tinggi dimasa depan.

    Konsep di belakang teknlogi ATM adalah kebanyakan berdasarkan kuasa dan fleksibeliti. Penghantar berunding dengan rangkaian bagi permintaan yang diminta oleh pengguna untuk disambungkan kepada destinasinya. Jenis, kelajuan dan atribut yang lain bagi panggilan dipastikan pada masa perundingan untuk memutuskan kualiti servis hujung-ke-hujung. ATM juga berasaskan teknologi perkongsian bus, menggunakan 53 bit sel (48 payload, 5 header). Panjang yang tetap ini membolehkan data dihantar dalam cara yang diramalkan. Ini membolehkan ATM mendapat beberapa faedah :-

    ATM mengguna selapisan senibina sistem, membolehkan banyak servis seperti suara, data dan video bercampur di dalam rangkaian. Senibina ini mengandungi tiga level lapisan rendah yang berlainan, penyesuaian, ATM dan lapisan fizikal.

    3. GIGABIT ERTHENET

    Erthenet pada masa ini adalah satu cara yang popular untuk menyambung komputer kepada rangkaian dengan anggaran 100 juta nod di masukkan di seluruh dunia. Piawai bagi erthenet beroperasi adalah pada 10Mbs tetapi sekarang ini adalah 1Gbs erthenet.

    Sistem kerja Gigabit Erthenet yang lengkap boleh dibahagikan kepada 3 komponen :-

    Dalam sistem Gigabit Erthenet, isyarat data dari komputer (atau stesen) dihantar secara selari melalui saluran perkongsian kepada setiap stesen di dalam sistem. Gigabit Erthenet menggunakan 2 cara penghantaran iaitu pancaran full-duplex dan pancaran half-duplex. Dengan pancaran full-duplex, isyarat bergerak dalam kedua-dua arah pada sambungan yang sama dengan serentak. Dalam pancaran half-duplex, isyarat bergerak dalam kedua-dua arah dalam wayar tapi tidak secara serentak.

    Dalam Gigabit Erthenet, frame sekecil saiz 64 bit bergerak dengan kelajuan 1000Mbs jadi slot masa ertnehet tidak mencukupi untuk menampung kabel 100 meter. Untuk meningkatkan slot masa yang panjang, Gigabit Erthenet menggunakan teknik pembawa sambungan.

    4. ATM vs GIGABIT ERTHENET

    Kita mesti sedar bahawa sebarang perbandingan di antara ATM dan Gigabit Erthenet ada baik dan buruknya. Sebenarnya, tidak menjadi masalah untuk memilih teknologi untuk di aplikasikan ke semua rangkaian tetapi yang menjadi masalahnya ialah di bahagian mana dalam rangkaian yang perlu di aplikasikan teknologi tersebut. Disebabkan permintaan yang tinggi untuk bandwidth, persekitaran pelayan pelanggan telah meningkatkan kekaburan talian di antara rangkaikerja kawasan tempatan dan rangkaikerja kawasan global. Pada masa yang sama, permintaan bagi perlaksanaan yang berlainan talah di letakkan di lokasi yang berlainan dalam rangkaian. Kedua-dua teknologi boleh digunakan di rangkaian untuk melengkapkan satu sama lain.

    Di dalam sistem rangkaian moden, kelajuan sebenar adalah yang paling pasti bukan yang paling penting untuk diambil kira. Kawalan, fleksibeliti, kesesuaian, kos dan kebolehpengurusan adalah aspek yang paling penting. Keseimbangan di antara kesemua aspek di atas diperlukan dalam keseluruhan persembahan bagi mana-mana sistem rangkaian. Cabarannya adalah memadankan teknologi dengan keperluan pengguna dan aplikasi.

    Kualiti Servis

    Kualiti servis adalah isu istimewa yang paling penting dalam persekitaran multimedia. Apabila ianya berkenaan dengan suara, video dan aplikasi masa-sensitif (time-sensitive) yang lain, darjah servis rangkaian termasuk lengahan rangkaian (network delay) dan peratus kehilangan sel adalah paling penting. Gigabit Erthenet tidak mempunyai kebolehan untuk memahami semua ini.

    ATM mempunyai rekabentuk multiplexer yang direka untuk menyokong trafik dengan pelbagai bandwidth dan lengahan keperluan (delay requirements). Ini membolehkan ATM menyokong suara, video dan data multiplexer pada sambungan yang sama. Kualiti servis ditubuhkan apabila sambungan dibuat. ATM mempunyai empat jenis kualiti servis yang direka untuk menangani trafik yang berlainan. Walaubagaimanapun, kekurangan kualiti servis adalah ia mengambil bandwidth yang tidak digunakan bagi aplikasi yang tidak memerlukan servis ini.

    Frame vs Sel

    Dengan Gigabit Erthenet, saiz rangka adalah di antara 64 dan 1516 bit. Kebanyakan aplikasi menggunakan saiz frame semaksimum yang ada dan apabila frame yang besar ini memasuki rangkaian, ia menyebabkan trafik masa-sensitif perlahan seperti aplikasi multimedia. Jika trafik masa-sensitif berada dibelakang frame dalam Erthenet, ia menyebabkan kelewatan pemprosesan bagi frame yang besar. Kelewatan juga mengakibatkan frame yang besar diulang pada setiap nod dalam rangkaian.

    Dengan ATM, sel mempunyai panjang yang tetap iaitu 53 bit jadi ia berkebolehan untuk mengutamakan trafik.

    Pendawaian

    ATM 25Mbs boleh menyokong pendawaian kategori 3pasangan tunggal bagi "unshielded twisted pair (UTP)" manakala Gigabit Erthenet memerlukan kategori 5pasangan tunggal UTP. Anggaran 30% daripada pendawaian adalah kategori 3 yang tidak boleh menyokong Gigabit Erthenet tetapi kebanyakan pengguna sekarang memasukkan kategori 5.

    Tiada had jarak bagi rangkaian ATM, tetapi bagi Gigabit Erthenet ianya hanya terhad pada 100m dalam kategori 5 UTP. Ini membuatkan ATM adalah pilihan bagi MANs dan WANs.

    Protokol

    Gigabit Erthenet adalah berasaskan protokol tanpa sambungan manakala ATM pula berasaskan protokol orientasi-sambungan.

    Kos

    Gigabit Erthenet adalah jauh lebih murah berbanding dengan ATM. ATM adalah teknologi baru yang memerlukan banyak pengubahsuai dan suis dan peranti untuk sistem pengendalian rangkaian. Kos bagi ATM termasuklah kos untuk pengurus rangkaian, jurutera servis dan juga kos bagi pemindahan yang agak tinggi.

    5. KESIMPULAN

    Pada pendapat saya, untuk memilih di antara ATM dan Gigabit Erthenet, yang manakah akan menguasai pasaran depan adalah sukar. Jika sesebuah organisasi itu ingin menggunakan aplikasi multimedia masa-nyata melintasi LAN dan WAN, mereka patut menggunakan ATM. Tetapi, organisasi yang kecil (sehingga 500 desktop) yang tidak menggunakan WAN adalah lebih baik menggunakan Gigabit Erthenet kerana ianya lebih murah walaupun belum pernah dicuba di arena multimedia. Untuk memilih teknologi mana yang bersesuaian, kita harus tahu aliran trafik kita. Tidak cukup untuk sekadar memasukkan bandwidth ke dalam rangkaian, sebaliknya organisasi perlu juga mengambil kira jenis data yang akan dihantar melalui rangkaian. ATM adalah teknologi yang direka oleh industri telekomunikasi untuk membolehkan data dalam jumlah yang besar, termasuk video dan imej tiga dimensi, untuk dihantar melalui rangkaian dengan kelajuan yang tinggi. Sementara itu Gigabit Erthenet adalah teknologi rangkaian yang membolehkan data dihantara melalui LAN dengan kadar sehingga 1Gbps.

    Penggunaan Gigabit Erthenet adalah lebih murah kerana organisasi tidak perlu menukar semua perisian di dalam rangkaian seperti yang dilakukan dalam ATM. Walaubagaimanapun, organisasi yang lebih besar sesuai menggunakan ATM kerana mereka mampu dan kemungkinan besar perlu penyambungan secara geografik melalui WANs ataupun menyambungkan ke semua ribuan desktop pada satu lokasi. Gigabit Erthenet mempunyai kelebihannya sendiri. Penggunaan Gigabit Erthenet tidak memerlukan kakitangan yang terlatih untuk mengendalikan teknologi berkenaan. Seperti yang dijelaskan di atas di mana Gigabit Erthenet adalah lebih murah berbanding dengan ATM. Namun begitu Gigabit Erthenet juga masih mempunyai kelemahan iaitu tidak mampu mengendalikan jumlah video yang besar berbanding dengan ATM yang mampu mengendalikannya. Kebolehan ATM telahpun dicuba dalam penghantaran maklumat multimedia dan aplikasi yang melibatkan bandwidth yang tinggi.

    Sebenarnya teknologi mana yang akan menguasai pasaran hadapan amat susah untuk diramalkan. Ini kerana masing-masing akan berusaha meningkatkan kebolehcapaian dan kebolehgunaan mereka dimasa hadapan. Sebenarnya kedua-dua teknologi ini mempunyaikelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting adalah teknologi yang bakal dipilih dapat melengkapi keperluan organisasi tersebut dengan kadar yang maksimum.

    RUJUKAN

    [1] Teks Business Data Communications (William Stallings, Richard Van Slyke)
    [2] Nota Kuliah (Mr.Phang)
    [3] http://www-dse.doc.ic.ac.uk/~nd/surprise_97/journal/vol4/mhl
    [4] http://www.npac.syr.edu/users/dpk/ATM_knowledge base/ ATM_technology.html
    [5] http://wwwipg.umds.ac.uk/~dlgh/teaching/atm_tutorial.html