Bagaimana virus HIV boleh merebak? 

 

bullet

Pemindahan darah dan bendalir badan

bullet

Berkongsi jarum suntikan dengan orang yang telah terinfeksi 

bullet

Hubungan seks 

bullet

Bayi yang di dalam kandungan ibunya

bullet

Bayi yang meminum susu badan ibu yang telah terinfeksi HIV

 

Kitar Hidup HIV

  Bagaimana virus HIV menginfeksi manusia? 

 Terdapat banyak proses yang berlaku dalam infeksi HIV. HIV mempunyai ciri unik iaitu antaranya ialah:- 

Gambarajah 2.1: Proses Infeksi HIV Dalam Sel Hos

 

 

  1. Perlekatan
    bullet

    Kemasukan  Virus

  2. Transkripsi berbalik
    bullet

    Dari virus berRNA ke DNA

  3. Transkripsi intergrasi
    bullet

    DNA virus bercantum dengan DNA hos

    bullet

    Pergandaan RNA virus  

  4. Translasi
    bullet

    Penghasilan protein virus

  5. Protease virus  

  6. Pengumpulan dan penunasan
    bullet

    Keluar dari sel hos

 

 

 

1.     Perlekatan pada Membran Limfosit
Terdapat reseptor pada permukaan sel yang yang mempunyai struktur seperti mangga dengan kunci yang spesifik. Terdapat sekurang-kurangnya 2 reseptor pada T-limfosit di mana HIV boleh melekat. Reseptor primer dikenali sebagai CD4. Infeksi HIV pada limfosit memerlukan perlekatan virus pada membran sel. 

Gambarajah 2.2: Perlekatan HIV pada membran sel

Gambarajah 2.3: Perlekatan sel HIV pada  membran sel manusia

2. Transkripsi berbalik 

Jika limfosit tidak diaktifkan maka DNA virus tidak akan berlaku apa-apa. Akan tetapi jika limfosit diaktifkan, transkripsi virus DNA akan bermula dan seterusnya menyebabkan penghasilan salinan RNA virus yang banyak. RNA yang terhasil mengkodkan penghasilan protein virus dan enzim (translasi) dan juga akan dibungkus menjadi virus baru.

     
3. Integrasi DNA virus
Sebaik sahaja RNA virus menjalankan transkripsi berbalik kepada bebenang DNA, DNA tersebut akan diintergrasi ke dalam DNA limfosit. Virus tersebut mempunyai enzim yang dikenali sebagai ‘integrase’ di mana enzim ini dapat memudahkan intergrasi DNA virus ke dalam DNA sel hos. DNA yang diintergrasi itu disebut sebagai provirus

4. Translasi: RNA ke protein  

Hanya terdapat 9 gen dalam RNA HIV. Gen-gen ini mempunyai kod yang diperlukan untuk menghasilkan protein struktur seperti sampul virus dan enzim teras tambahan seperti enzim transkriptase berbalik, integrase dan satu lagi enzim yang penting dikenali sebagai protease.
5. Protease virus

Apabila RNA virus ditranslasikan kepada jujukan polipeptida, jujukan polipeptida ini akan berkumpul dalam satu rantai panjang yang merangkumi beberapa protein individu (transkriptase berbalik, protease, integrase). Sebelum enzim- enzim ini berfungsi, ia mesti dipotong dari rantai polipeptida yang panjang. Protease virus akan memotong rantai panjang kepada komponen enzim individu di mana akan memudahkan penghasilan virus yang baru.

6. Pengumpulan dan penunasan  

Akhir sekali, RNA virus dan protein yang diasosiasikan dibungkus dan dikeluarkan daripada permukaan limfosit, membran limfisit yang mengandungi protein permukaan virus juga akan dibawa bersama. Protein ini akan bergabung dengan reseptor pada sel imun lain yang akan memudahkan infeksi berterusan. Pertunasan virus adalah sama dengan partikel asal yang pada mulanyan menginfeksi hos. Namun demikian, dalam HIV, HIV mempamerkan satu julat variasi yang menyukarkan rawatan dijalankan.

Back