SEJARAH PENUBUHAN UiTM DAN MELAYU YANG TERANCAM
 

(Ingatlah anak-anakku)


1950
British menubuhkan Rural Industry Development Authority (RIDA)
sebagai agensi kerajaan membangunkan taraf hidup kaum Melayu
Penubuhan Rida atas desakan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar
sebagai salah satu tolak ansur kaum Melayu agar 
menerima prinsip jus soli atau hak kerakyatan kepada 
bangsa Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

Sebenarnya siapa yang lebih beruntung?

1956
Rida menubuhkan Dewan Latehan Rida
untuk melatih orang Melayu di luar bandar
dalam bidang kemahiran khusus untuk memudahkan mereka
mencari nafkah,
selain bertani atau menjadi nelayan.

Maka bertambahlah kita dengan mereka
digaris mula yang berbeza.

1965
Rida dijadikan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
pada 1965 dan selari dengan itu,
Dewan Latehan Rida dijadikan Maktab MARA.

Amanah rakyat yang semakin tidak kesampaian.

1967
Maktab MARA dinaikkan taraf sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) 
untuk menawarkan program sehingga peringkat diploma.

Rupanya semakin kita kejar
semakin jauh kita tertinggal
Melayu masih di situ.
Sehingga pertumpahan darah 13 Mei 1969
kerana tidak ada keseimbangan.

1976
ITM dijadikan badan berkanun di bawah
Kementerian Pendidikan menerusi Akta ITM

Melayu semakin kelabu
Menunggu nasi di periuk
tetapi orang lain yang memegang senduk.

1996

Akta ITM 1976 dipinda untuk membolehkan
ITM menawarkan program ijazah pertama (sarjana muda)
dan pasca siswazah (sarjana dan kedoktoran)

Kelihatan seperti manis
rupanya mudarat
sudahnya Melayu juga yang menangis.

1999
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
mengumumkan ITM dinaik taraf
sebagai universiti penuh dengan nama 
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Melayu bersorak tidak kepalang
sebenarnya yang tergadai kampung,
dari Institut dinaik taraf menjadi U
sebenarnya satu tetap satu
orang lain dapat universiti (merdeka) lesen baru
Kolej Tunku Abdul Rahman tetap jalan seperti dulu.

2002
Gol!!!!!....
PM meniup wisel panjang yang muktamad
gawang Melayu digegar lagi
10% bukan Melayu dihadiahkan penalti
Matrikulasi dan MRSM dibuka kepada bukan Bumiputera
teori baru, sifir kitapun diubah menjadi 110%
Melayu itu pemurah dan terlalu bertolak ansur
hingga tidak sedar
telah ditolak beransur-ansur.
Ingatlah anak-anakku...