Kata Aluan Dari Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang.        

UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang  di pimpin oleh Puan Hajah Habsah Binti Hamid. Kami Pemuda UMNO cawangan Taman Bukit Kepayang berasa bertuah kerana cawangan kami di pimpin oleh seorang pemimpin yang berkaliber, berkarisma, prihatin dengan nasib bangsa melayu dan tegas walaupun beliau seorang wanita! Kami Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang berharap agar beliau terus di beri peluang memimpin cawangan ini untuk terus menyumbang tenaga dan bakti kepada agama, bangsa dan negara walaupun ada di antara ahli UMNO cawangan merasakan hanya lelaki sahaja yang layak memimpin (???). Laman Web ini kami tujukan khas untuk beliau iaitu pemimpin cawangan kami Puan Hajah Habsah Binti Hamid.

Berita Surau At-Taqwa Taman Bukit Kepayang

Semua kaum muslimin dan muslimat ahli kariah Taman Bukit Kepayang adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu majlis korban akan diadakan pada Hari Raya Idil Adha iaitu pada hari rabu bersamaan 12hb Februari 2003. Majlis penyembelihan korban ini akan bermula pada jam 9.30 pagi. Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih yang mana memerlukan penglibatan ahli jemaah yang ramai. Oleh yang demikian, pihak surau ingin menjemput tuan puan untuk bergotong-royong bagi menjayakan majlis tersebut. Pihak surau juga ingin menjemput kaum muslimat untuk bersama-sama memasak daging korban tersebut bagi jamuan makan tengahari di surau. Semoga Allah Taala akan memberi ganjaran dan keberkatan di atas amalan tersebut. (AJK Surau)

Renungan

Manusia itu laksana barang tambang emas dan perak, mereka yang terbaik di masa Islam, apabila memiliki kefahaman agama - Hadis riwayat Abu Hurairah

Pesan Bistari

Masa tidak dapat ditambah, terlepas tak dapat dikejar - Pepatah Melayu

Touch A Life (Pesanan Khidmat Masyarakat).

Penyebab utama penyakit buah pinggang ialah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dianggarkan lebih daripada 40% penyakit buah pinggang disebabkan oleh kencing manis. Sebab-sebab lain termasuk jangkitan, bengkak buah pinggang, batu karang dan penyakit buah pinggang “polycystic” yang diwarisi turun-temurun.

Assalamualaikum Dan Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang, Bahagian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ingatlah, UMNO bukan kebal. Para pemimpin dan ahli-ahlinya juga tidak kebal. Ia boleh dan akan hancur jika tidak dijaga dengan betul. Jika UMNO pecah, ia akan pecah dari dalam. Maknanya jika UMNO pecah, ia akan pecah akibat perbuatan sendiri akibat keangkuhan, akibat lupa daratan, akibat lupa pada asas dan matlamat perjuangan parti. UMNO masih relevan dan terus relevan kerana ia bukan sahaja menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kerana tiada parti melayu lain yang mampu mengambil alih peranannya. Mari bersama rapatkan barisan, berkerja kuat dan kukuhkan perpaduan dari sekarang bagi menghadapi pilihanraya nanti insyaallah... May Allah Bless UMNO Struggle [ Best Viewing In 800x600 Pixels 16M Color Using Internet Explorer 4.0 (and higher) or Netscape 4.0 (and higher) And JAVA Enable. If You Got A Right Browser But The Version Is Not The Right One, So You Might Not Be Possible To View The Page Properly. ] Thanks For Visiting !


Perhimpunan UMNO bincang hala tuju masyarakat bukan pertandingan

Perhimpunan agung UMNO dijadikan forum untuk memanfaatkan bangsa dan bukan sebagai medan pertempuran. Platform seumpama ini disediakan setiap tahun agar para pemimpin UMNO, yang juga terdiri daripada wakil dan ketua masyarakat, dapat bertemu dan berbincang tentang usaha-usaha untuk meningkatkan martabat dan menentukan arah tujunya di alaf baru.

Al-Azhar: Kubu utama menentang kerosakan akhlak

AL-AZHAR, institusi tertinggi Islam, yang menjadi tuan rumah lawatan Pope John Paul II pada Khamis ini, menggelarkan dirinya sebagai ''kubu utama Islam'' di dalam menentang ateisme dan kerosakan akhlak.

Sumber kedaulatan politik islam

Al-Quran adalah kitab Allah dan perlembagaan orang Islam. As-sunnah pula adalah nota penjelasan kepada perlembagaan itu. Perlembagaan itulah yang membatasi kekuasaan kerajaan. Kekuasaan pemerintah dan kekuasaan rakyat semuanya kembali kepada kekuasaan Allah taala. Sesiapa yang mencari petunjuk yang lain dari Allah adalah sesat.

Asas akidah islamiah

Umat Islam pada hari ini tidak menghayati ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka dan kebanyakan mereka tidak mengetahui ajaran Islam yang mereka anuti kebanyakan cara hidup mereka berpedoman kepada kehendak nafsu, mereka mencampur aduk antara ajaran Islam dengan ajaran-ajaran bukan Islam, kecuali sebilangan yang amat kecil yang masih hidup secara Islam.

Karut kalau hanya Pas masuk syurga

Banyak yang boleh dipertikaikan tentang dakwaan Pas bahawa orang yang memilih parti itu boleh masuk syurga. Ertinya hanya dengan memilih Pas sahaja satu-satunya peluang orang Islam masuk syurga

UNTUK RENUNGAN AHLI UMNO

Ketika diminta mengulas kebimbangan Dr. Mahathir mengenai kemungkinan perbalahan dalam UMNO, Abdullah (Timbalan Presiden UMNO) berkata, ia bukan sesuatu yang serius dan boleh ditangani. “Ia bukan suatu yang kita tidak boleh tangani, selagi kita sedar sesuatu perlu dilakukan ia tidak akan melarat sehingga menjejaskan parti. “Seingat saya, sejak menjadi ahli (UMNO) pada tahun 1965, perkara seperti ini berlaku ia sebahagian daripada demokrasi.”

Semasa ditemu ramah oleh Asian Wall Street Journal yang disiarkan melalui CNBC TV malam tadi, Dr. Mahathir berkata, beliau bimbang perbalahan di kalangan ahli UMNO boleh menyebabkan parti kehilangan sokongan dan bukannya kerana pembangkang kuat.

Dalam UMNO kata Abdullah lagi terdapat satu tradisi yang kukuh iaitu mematuhi keputusan majoriti dan menghormati keputusan pemimpin. Ditanya sama ada wujud berpuak-puak dalam UMNO, Abdullah berkata, soal itu hanya cakap-cakap orang yang mahu melihat UMNO kelam kabut. Katanya, UMNO sebagai sebuah parti besar dan berpengaruh tentu menimbulkan minat kumpulan lain untuk mengetahui perkembangan dalam parti itu termasuk apa yang akan dan telah dilakukannya.

“Ia menimbulkan pelbagai spekulasi, tetapi yang penting UMNO mesti tenang dan mesti sentiasa memusatkan perhatiannya tentang apa yang perlu kita jalankan untuk menghadapi apa sahaja dalam hal ini dalam pilihan raya.” Ujar beliau. (Dipetik dari UTUSAN MALAYSIA Khamis 30 Januari 2003)

BORAK POLITIK DI WARUNG TBK PAK ZAINAL

Keghairahan menawarkan diri untuk berundur oleh sebilangan pemimpin UMNO beberapa hari ini telah mencetuskan bermacam-macam reaksi. Orang ramai bertanya sama ada mereka benar-benar serius atau ada tujuan lain. Kenyataan seperti itu boleh membawa implikasi negatif walaupun mereka yang berkenaan berniat baik. Dalam politik, soal persepsi orang ramai tidak boleh dipandang ringan. Walaupun sesuatu persepsi itu tidak semestinya betul, orang politik tidak dapat mengawalnya. Inilah yang perlu dijaga. Seperti kata Naib Presiden UMNO, Najib Tun Razak, kenyataan seperti itu boleh memberi gambaran bahawa terdapat krisis politik di sesetengah negeri. Pilihan raya entah bila, tapi macam-macam sudah mula digerakkan di kalangan mereka yang menaruh harapan. Ada baiknya para pemimpin UMNO berhenti daripada membuat kenyataan yang tidak perlu itu dan mengambil sikap akur dengan apa juga keputusan yang diambil oleh kepimpinan parti. Yang penting ialah jangan menentang dan jangan menimbulkan masalah sekiranya mereka tidak menjadi calon.

 

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

 

BERSATU KITA BERSATU

DENGAN SETIA BERGANDING BAHU

JIWA TEGUH BERPADU

KITA RUMPUN MELAYU

 

BERSAMA KITA BERSAMA

MENDUKUNG HASRAT SEMUA

BERJASA PADA BANGSA

AGAMA DAN NEGARA

 

LAMBANG KITA YANG GAGAH

DI PANDANG MULIA DAN INDAH

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT COGANKATANYA

UMNO TERUS MARA

UNTUK RAKYAT MALAYSIA

 

 

Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." ( Sahih Muslim )

© 2000 Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang. All rights reserved.

 

SELAMAT HARI RAYA QURBAN

Sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan  sila email kepada: umnotbk@yahoo.com

 

Last Update:

12 March 2003

This page designed & maintained by Noryuslan Abu Bakar       019-6416012 and Khirul Azam

 

 

 

 

 

 

 

 

Counter