perthmalam.jpg (16569 bytes)

 

Ada cultural show di bandar anjuran Tourism Board Malaysia. Kami beramai ramai pergi kebandar untuk menyaksikan pertunjukan itu. Lagipun mereka akan adakan didepan pusat membeli belah Myers, pasti ramai yang akan ada disitu nanti. Pertunjukan itu akan bermula sekitar 2 petang, kini baru saja 1 tengahhari. Elizabeth dan suaminya membawa anak kembar mereka berdua ke foodcourt di tingkat bawah Myers untuk 'lunch', Tok pun pergi sama. Aku perlu ke Northbridge sebentar untuk tunaikan solat zuhur sebelum terlewat nanti.

"Kris aku nak ke Northbridge untuk sembahyang... kenapa kau ikut aku?" Aku agak pelik kenapa kali ini Kristina mengekori aku kesana. Sebelum ini jika kebandar dan bila aku ke Northbridge dia tidak suka ikut sama. Dia lebih senang ronda-ronda dibandar hingga aku ketemu dia kembali. Padanya Northbridge tuh penuh dengan orang orang cina yang tidak berapa diminatinya, jadi dia lebih senang mengelak dari pergi kesana.

"Apa? Aku tak boleh ikut pula? Selalunya kau akan ajak aku sama Budi?" soalnya kembali.

"Sebab selalu aku ajak, kau taknak, aku tak suka memaksa...."

"You give up so easily Budi..."

"Takpelah, marilah... jangan kau bising pula kiranya kau harus menunggu lama nanti."

"I wouldn't mind that, no worries" jawabnya senang.

Dari bandar ke Northbridge tidaklah jauh mana, lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Menaiki jambatan dari Myers, melalui 'train station dan dibelakang stesen keretaapi itu, disitulah Northbridge. Waktu siang begini, suasana agak lengang tidak sesibuk bandar waktu ini. Walaupun mereka berdekatan sahaja, Northbridge lebih sibuk dan meriah tika waktu malam. Ada berbagai kafe, restoran yang menyediakan bermacam macam jenis makanan, pubs, 'foodcourt' dan juga internet kafe. 'Travel agency' pun ada disini! Pendek kata disini semuanya boleh dicari. Banyak juga kedai kedai milik orang Asia yang menjual barang dapur khas untuk mereka yang sukakan makanan Asia! Orang orang seperti aku selalunya pergi ke kedai sebegini untuk mendapatkan stok makanan dan sebagainya. Dan diantara semua ini ada sebuah masjid yang selalu aku kunjungi bila-bila masa aku berada dibandar.

"Kris, kau nak tunggu aku dimana sementara aku solat nanti?"

"Didalamlah!" tersengih sengih saja Kristina bila menjawab soalanku itu. Apa juga yang dia fikirkan ni!

"Kris... aku tanya serius. Jangan pula kau bermain-main...."

"Apa aku tak boleh tunggu didalam? Apa tempat itu kau seorang yang punya?"soalnya tegas.

"Aku akan lebih hargai diri kau kalau kau sekurang-kurangnya menghormati agama aku. Kiranya kau ingin melupakannya,terpulang pada kau tapi hormatilah agama suci ini."

"Ah! Apa aku tidak cukup menghormatinya selama ini Budi? Aku cuma ingin tunggu didalam salahkah?"
"Tapi Kris...."

"It's my own right Budi!"

"Fine!"

Aku meninggalkan Kristina tercegat seorang diri diluar masjid. Tanpa berkata apa-apa aku terus masuk kedalam. Kenapa aku marah sangat pun? Mungkin dia hanya ingin bergurau... mungkin dia hanya ingin masuk melihat kedalam tempat ini, melihat apa yang ada.. mungkin dia ingin mencari jawapannya tersendiri. 'Budi bukankah kau telah berjanji dengan diri kau sendiri untuk membimbingnya walau apa pun?' soal hatiku. Ah! Salah aku juga tiba-tiba terus memarahi dia. 'Ya Allah baru sedikit cubaanmu ini aku sudah mengalah?'

************************************************************************************

Kristina tidak kelihatan bila aku keluar dari masjid. Aku cuba cuba juga melihat didalam sekiranya dia masih dengan pendiriannya untuk menunggu didalam tapi tak ada. Kemana juga dia pergi. Dikedai-kedai berdekatan pun dia tak ada. Mana juga dia pergi ni! Mobilenya tidak dijawab bila aku telefon. Merajukkah dia? Susah benar nak layan perangai orang perempuan ni semua.

"Hello Elizabeth… is Kristina with you?"

"She just left for home Budi, said she’s not feeling very well. Are you done with your prayers yet?"

"I did. I would join you guys soon. See ya later"

"See ya"

Merajuk dah dia… nasib kau lah Budi…..

****************************

Persembahan dari TBM tadi boleh tahan juga, ada tarian tradisional Sarawak dan juga Sabah. Nampaknya kali ini TBM habis habisan mempromosi dua-dua negara ini. Ramai juga yang datang menonton dan lepak didepan Post Office berhadapan dengan Myers. Didepan Post office ini ada anak-anak tangga dimana remaja suka duduk disitu dan sembang kosong. Aku duduk disitu keseorangan, memerhatikan gerak geri orang orang disekelilingku. Elizabeth hilang kemana selepas pertunjukan tadi, mungkin shopping lagi. Mungkin ada baiknya aku tunggu saja disini sementara menunggu mereka untuk pulang bersama-sama.

Aku nyalakan api untuk batang rokokku yang kebrapa entah. Rasanya hembusan asap rokok ini melepaskan segala fikiran yang tersumbat diminda ku ini. Pelbagai perkara ingin aku bicarakan tapi rasanya semua seperti ingin terus senyap disitu dari terus terhambur keluar. Tidakku hiraukan mereka yang lalu-lalang, yang ada beberapa kali terpusing pusing melihat aku, seperti tidak pernah melihat seorang lelaki, duduk dianak tangga ini menulis catatannya? Tapi sini Australia, apa juga aku buat tidak akan ada siapa yang kisah, mungkin pelik tapi tidak akan merisaukan mereka.

Konsentrasiku terganggu bila kedengaran gelak tawa lantang dari arah kananku. Dua orang gadis sedang duduk dihujung sana, gelak lantang, yang satu dengan sebatang rokok tersepit diantara dua jarinya dan berpakaian baju kurung kedah. Orang melayu rupanya, tegur aku sendiri dalam hati. Mungkin perhatianku pada mereka telah membuat mereka diam tiba tiba dan kini berpaling pula kearahku. Yang satu itu mengenakan ‘snowcap’, berpakaian ‘rugged’ dan dia berselindung disebalik kaca matahitamnya. Dia senyum tapi kenapa pada aku senyum itu seolah-olah senyum sinis kepadaku? Aku tidak membalas senyuman itu tapi terus kembali pada catatan ini. Sekali lagi aku mengingatkan diriku "Ini Australia Budi bukan dikampung". Masing masing punya hak melakukan apa saja yang mereka rasa yakin dan betul. Nothing is impossible.

Aku perhatikan mereka lagi, masih bergelak ketawa seakan akan dunia ini mereka punya. Si dia itu sedang menyalakan sebatang lagi dari rokoknya. Mungkin juga dia ingin melepaskan fikirannya bersama kepulan asap itu. Walaupun dia gembira gelak ketawa, tak semestinya dia gembira. Seorang teman pernah berkata "senyum itu adakala pahit…tapi kita harus berani menelan kepahitan itu. Life would not be called a life if there’s no challenges and feelings involved."

Masa untuk beredar, Elizabeth sudah ada ditempat meletak kereta katanya. Aku tidak sabar ingin pulang, aku harus minta maaf pada Kristina kerana sikapku yang agak kasar tadi.

************************************************************************************

 

"Get the fuck off! Go off! Go off you preacher, asshole!" aku terkejut. Terkejut melihat Kristina seperti tidak sedarkan dunia terpekik pekik memarahi kami semua. Akukah puncanya?

"Kris… calm down Kris…" Elizabeth cuba menghampirinya tapi Kristina lebih pantas menolak ibunya itu.

"Fuck off! I say fuck off! I hate you all! HATE YOU!"

"Kris could we just calm down and talk this over. What’s the matter with you anyway?" suara Uncle Paul  semakin tinggi bila dia lihat Kristina menolak Elizabeth ketepi.

"Shuttup. You’re not my father. And you’re not fit to be my mum! And you’re a useless friend Budi. You HEARD ME? USELESS! All of ya!!!!"

Uncle Davis menampar Kristina yang sudah mabuk dengan alkohol. Dia menangis teresak-esak, terduduk diceruk bilik itu. Sebotol vodka yang terletak ditepi radionya itu aku lihat sudah hampir kosong. Kalau asap rokok menjadi pelepas tekananku, vodka untuk Kristina? Aku tidak lama disitu, aku ajak Tok balik saja dari terus menyaksikan keadaan Kristina. Ini bukan satu drama untuk tontonan kita. Walau aku tahu Tok berhak tau apa jadi pada cucunya, aku rasa agak kurang senang. Lelebih lagi aku ini hanya menumpang dirumah mereka bukannya ahli keluarga.

Tok mendekati Kristina dan mencium dahi cucunya itu dan memeluknya erat. Kemudian dia bisikkan sesuatu pada Kristina sebelum dia keluar dari bilik itu. Tiada apa yang ingin aku katakan pada Kristina saat itu. Aku cuma ingin pulang dan diam dibilikku. Kalau tadi aku ingin pulang untuk melihat Kristina tapi sekarang ini, aku cuma ingin pulang dan lupakan semua ini.

"Forgive her Budi…."

"Takperlah Tok….bukan salah dia, mungkin salah kita juga."

"Yah…mungkin salah kita….

home

rantauan budi7