IN-TEAM
In-team ditubuhkan pada bulan Jun tahun 1998. Pada
asalnya In-team adalah salah sebuah kumpulan nasyid di
matrikulasi UIAM. Pelbagai nama telah dicadangkan untuk
kumpulan ini, tetapi akhirnya In-team telah terpilih
berdasarkan aspek keunikan dan maknanya yang bervariasi.
In-team boleh ditakrifkan dalam dua maksud, dua bahasa. Di
dalam bahasa Inggeris "In-team" bermaksud 'dalam kumpulan'
manakala dalam Bahasa Melayu "intim" bermaksud akrab dan erat
melambangkan hubungan ahli dalam satu kumpulan.
Pada awal penubuhannya, kumpulan ini sering mendapat
jemputan bagi mengadakan persembahan samada di UIAM sendiri
atau di luar kampus antaranya di Universiti Kebangsaan
Malaysia bersama Rabbani dan Hijjaz di Kuantan Pahang. Dalam
menjadikan kumpulan ini sebuah kumpulan yang terbaik, berapa
pertandingan nasyid telah disertai oleh In-team. Antaranya
ialah pertandingan anjuran Kolej Ibnu Sina, Universiti Malaya
yang mana in-team telah muncul juara dan mendapat anugerah
vocal terbaik.
Hijjaz yang menjadi tetamu kehormat dalam satu majlis
persembahan nasyid serta-merta tertarik dengan persembahan,
bakat dan kebolehan In-team. Bertitik tolak daripada
persembahan Hijjaz bersama in-team di Pahang, kumpulan ini
akhirnya dilamar untuk sesi ujibakat dan seterusnya bernaung
dibawah Hijjaz Muzik Entertainment bagi merakankan album.
Secara rasminya, kumpulan In-team ditubuhkan dan bernaung di
bawah Hijjaz Muzik Entertainment dan bersama-sama 'berjuang'
bersama Hijjaz.
Inteam terdiri daripada remaja yang menuntut di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Shahril (shah),
Hisyam (syam), Hazzamin (mien) dan Suhaimi (mie). Nama mereka
semakin hari semakin popular, semakin di kenali, semakin ke
depan. Sejak kemunculan album mereka yang pertama KASIH
KEKASIH dan diikuti IMPIAN KASIH nama kumpulan ini semakin
menjadi sebut-sebutan terutamanya di kalangan remaja.
Namun itu bukan tujuan asal. Bukan mencari populariti
tetapi mencari kualiti. Lagu berkualiti, persembahan
berkualiti bahkan personaliti yang berkualiti digabungkan
untuk matlamat sebenar iaitu 'Menyeru dan mengajak ke arah
kebaikan dan keredhaan Allah SWT' melalui nasyid.
|
|