TIMBALAN PENGERUSI PERTAMA

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

 

 

 

UCAPAN ALU - ALUAN

 

PENOLONG PEGAWAI TADBIR / AJUTAN TUNAS KRS

LEFTENAN MUDA KRS AMRI BIN HUSSAIN

ÁÎYj»A ÅÀY j»A "A ÁnI

 

         Segala pujian dan kesyukuran hanya untuknya . Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

        Tunas KRS adalah cabang kelima unit beruniform di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs. Walaupun usianya baru setahun jagung, namun guru - guru penasihatnya yang dikepalai oleh Encik Mohd Razuddin Bin Zulkifli menaruh harapan dan komitmen yang tinggi untuk melihat TKRS setanding malah jika boleh melebihi unit - unit beruniform lain. Walaupun pada peringkat awal ini terdapat beberapa kekangan, kami tetap optimis untuk memartabatkan TKRS.

        Salah satu komitmen yang ditunjukkan adalah dengan wujudnya Laman Web TKRS SKTC ini. Saya percaya ini akan dapat menyuntik semangat kepada guru - guru penasihat dan ahli TKRS khasnya dan pihak sekolah amnya. Laman Web ini adalah diharapkan akan dapat menjadi wadah kepada seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan TKRS SKTC. Ini adalah sealiran dengan ICT dan globalisasi sekarang ini.

        Barisan kepimpinan TKRS telah pun merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti yang akan melahirkan generasi yang patriotik, berani, berilmu dan berkebolehan. Dengan gemblengan tenaga dan idea seluruh wargam adalah diharapkan suatu masa nanti SKTC akan menjadi Pusat Perkembangan dan Aktiviti Kadet Remaja Sekolah. InsyaAllah.

 

" ILMU, IMAN. AMAL"

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH "

 

MOHD AMRI BIN HUSSAIN

TIMBALAN PENGERUSI TKRS