SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS

 

 

     

 

           Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, Cheras, Selangor ditubuhkan pada 3 JANUARI 2003. Sebelum itu pada 12 JULAI 2002 telah bermula penyusunan Kertas Kerja Penubuhan bagi pemprosesan pertama pergerakkan Tunas KRS ini.

 

            Guru - guru yang terlibat pada waktu itu ialah Cikgu. Mohd Razuddin Bin Zulkifli, Cikgu Mohd Amri Bin Hussain dan dibantu oleh En. Said Bin Musa.Setelah itu pengaturan program pertama iaitu sesi pendaftaran ahli - ahli Tunas KRS yang pertama dilaksanakan. Sambutan yang diberi hampir 200 orang murid. Namun setelah diteliti dan dinilai dari pelbagai aspek, jumlah pengambilan dihadkan kepada 80 orang sahaja.

 

            Urusan memberi taklimat dilaksanakan oleh Cikgu Mohd Razuddin dan Cikgu Amri dalam usaha memperkenalkan peranan awal Tunas KRS.

 

Pada akhir Disember 2002, surat permohonan penubuhan Uniform Tunas KRS dikemukan kepada Guru Besar selaku Penolong Pendaftar Sekolah Negeri Selangor. Penubuhan diluluskan dan persiapan untuk mengendalikan Aktiviti Tunas KRS dilakukan.

 

            Perlantikan tambahan Guru - guru Penasihat diajukan kepada Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Lantikan guru - guru berkenaan ialah Cikgu Zurita Ibrahim, Cikgu Amiroh Ahmad, Cikgu Nik Rafidah Nik Ab. Sidek, Cikgu Suraya Hanis Ilias, Tuan Haji Mohd Yusof Md Nor dan Cikgu BadrolHisham Md Salleh.

 

           Komandan Tunas Kadet Sekolah secara rasminya ialah MEJAR KRS ADONIE BINTI ADNAN, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, Cheras, Selangor Darul Ehsan.