PERLEMBAGAAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

 

TUJUAN PERGERAKAN

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif, serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan wawasan 2020. 

Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus, dan memimpin. 

Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. 

Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan nilai-nilai serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup murni bermasyarakat dan bernegara.

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran,dan kepekaan tentang isu- isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

 

 

KEAHLIAN ATAU KEANGGOTAAN TUNAS KRS

 

Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki).

Ahli bersekutu TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara di atas.

Keahlian TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi seorang penuntut di sekolah yang berkenaan. 

Keahlian TKRS bagi Pengerusi Agong, Naib Pengerusi Agong, dan Setiausaha Agong, akan kekal dan seterusnya bergelar Pemimpin setelah tamat pengajian di sekolah berkenaan.

 

 

 

KAWASAN KEGIATAN

 

Kawasan kegiatan meliputi seluruh negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah, dan sekolah-sekolah.

Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak. 

Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki).
 
 
 

JAWATANKUASA KRS / TUNAS KRS MALAYSIA - NEGERI - DAERAH - SEKOLAH
 

8.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah. ~ Menteri Pendidikan Malaysia

8.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah. ~ Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

8.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah adalah seperti berikut:


Penaung
Penasihat
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Kehormat
Penolong Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
AJK yang dilantik

 

8.4 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat :
 

a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah

 

8.5 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan :


Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah I
Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah II 
Setiausaha Kehormat : KPP Ko-Kurikulum, Bahagian Sekolah 
Pen. Setiausaha Kehormat : Dilantik (Dua orang) 
Bendahari Kehormat : Dilantik 
Ahli-ahli(9 orang) : 

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru 

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 

Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional 

Pengarah Institut Aminudin Baki 

3 ahli dilantik 

2 Wakil Jurulatih TKRS 

8.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri :
 

Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri
Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidkan I
Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidikan II
Setiausaha Kehormat : KPP Ko-Kurikulum
Pen. Setiausaha Kehormat : Dilantik
Bendahari Kehormat : Dilantik
Ahli-ahli ( 7 orang ) : Dilantik termasuk 3 Wakil Jurulatih TKRS.

8.7 Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. 
8.8 Jawatankuasa Peringkat Sekolah : 
 
Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia 
Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 
Pengerusi Agong : Pentadbir TKRS Sekolah 
Naib Pengerusi Agong : Pentadbir TKRS Sekolah 
Setiausaha Agong : Pentadbir TKRS Sekolah 
Bendahari Kehormat : Dilantik 
Presiden : Dilantik 
Timbalan Presiden : Dilantik 
Pen. Setiausaha : Dilantik 
Pen. Bendahari : Dilantik 
Ahli-ahli : ( 07 orang Dilantik Ketua Platun TKRS) 
Juruaudit ( 2 orang) : Dilantik di kalangan guru 
 
8.9 Perlantikan Jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh pentadbir sekolah 
 
8.10 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan 
       TKRS hendaklah warga negara Malaysia. 
 
8.11 Guru-guru TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudah cara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. 

8.12 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola, dan mengatur program TKRS.

 

8.13 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti TKRS.
 
 
KUASA KEWANGAN
 

9.1 Setiap ahli TKRS dikenakan yuran sebanyak RM3.00

9.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS.

9.3 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM50.00 pada sesuatu masa. Wang yang

     selebihnya hendaklah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa

     ataupun berada di tangan Bendahari Kehormat. Akaun di bank hendaklah atas nama Kadet Remaja

]    Sekolah yang berkenaan.

9.4 Buku Cek Akaun TKRS hendaklah disimpan oleh pemimpin TKRS. Segala cek atau kenyataan pengeluaran 

     wang daripada akaun KRS hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi, dan Naib

     Pengerusi atau Setiausaha. Sebarang pertukaran tandatangan Akaun TKRS boleh dibuat oleh pentadbir

     sekolah kepada pihak bank. 

9.5 Perbelanjaan yang melebihi lebih RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar kecuali mendapat

     kelulusan pentadbir sekolah.

9.6 Penyata Akaun TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira

     mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh pentadbir sekolah. 

9.7 Dua orang guru yang bukan pemimpin TKRS dilantik oleh pentadbir sekolah sebagai pemeriksa kira-kira

     atau juruaudit.

9.8 Pemeriksaan kira-kira dihendaki memeriksa akaun TKRS dari semasa ke semasa atas arahan sekolah.
 


 
 
PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.