PENGERUSI PERTAMA

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SKTC

 

 

 

UCAPAN ALU - ALUAN

 

PEGAWAI TADBIR / AJUTAN TUNAS KRS

LEFTENAN KRS MOHD RAZUDDIN BIN ZULKIFLI

ÁÎYj»A ÅÀY j»A "A ÁnI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kehadrat Allah, dengan limpah perkenannya serta kekuasaannya memberikan semangat untuk saya mengusahakan sesuatu yang banyak dihalangai, didugai serta ditimbal dengan pahit dan manis bagi membina kerjaya yang komitmen. Akhirnya saya dan rakan seperjuangan dapat melahirkan ciptaan ulung badan beruniform pertama di sekolah ini iaitu laman web Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Sokongan padu daripada Guru Besar di sekolah ini amat bermakna bagi saya. Tanpa sokongan, nasihat, pandangan dan teguran daripadanya maka saya yakin usaha sebegini tidak akan terjadi. Amat malang bagi yang mereka yang mengatakan usaha membina laman web seperti ini tidak ada ertinya. Pada hemat saya, satu usaha yang mencabar tanpa mengenal erti kepayahan menjadi kemanisan apabila sesuatu penghasilan sebegini terjadi. Secara tidak langsung, pelbagai ilmu dapat diterkoi tidak seperti mereka yang hanya bisa mengomol tetapi tidak bangkit membina kerjaya.

Nah, apa yang dipaparkan, diharapkan pengunjung - pengunjung yang berjaya meneroka laman web ini pastinya berpuas hati. Teguran membina tetap dialu-alukan. Menegur dalam erti kata membina kebaikan adalah lebih wajar berbading menengur dalam erti kata membina keburukan. Sokongan padu dari pelbagai pihak amatlah diperlukan. Semoga anda berpuas hati.

Salam hormat terima kasih.