HURAIAN BENDERA :

 

Warna hijau melambangkan :

 

Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk.

 

Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

 

Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.

 

 

 

PENGERTIAN LOGO :

 

 

Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat. 

 

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

 

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta   matang dan rasional dalam semua tindakan.

 

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan 

tradisi ilmu tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Warna Hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

 

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang  tercinta .

 

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

 

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.

 

Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian.    

 

 

ILMU, IMAN, AMAL

 

Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL "

a)  ILMU    : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS

 

b)  IMAN   : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

 

c)  AMAL   : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah

                    daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

 

 

 

 

SENIKATA LAGU

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Marilah kita membina peribadi

Membentuk insan yang kreatif

Ke arah kecemerlangan diri

Sepanjang masa yang berterusan

 

Remaja, sambutlah cabaran

Menjadi bangsa Malaysia

Maju dan cemerlang, remaja berwawasan

Jangan kita lupa kepada pencipta

 

Remaja , hayati budaya

Ilmu , Iman, dan Amal

Kekalkan di hati, dan jiwamu

Wawasan Kadet Remaja Sekolah

 

Korus

 

Kadet Remaja Sekolah

Menuju satu ikatan bersaudara

Bersatu menjulang, keamanan negara

Menjayakan Ilmu, Iman, dan Amal

 

Remaja, hayati budaya

Ilmu, Iman, dan Amal

Kekalkan di hati, dan jiwamu

Wawasan Kadet Remaja Sekolah