Soalan ditanya oleh Gal:

Bro TT boleh tak bagi contoh script c++ dalam cgi untuk buat web....katalah untuk online registration....bila user dah isi semua data..then dia kena klik submit button....so please help me.... 

Jawapan:

Gal, 

Tukangtaip tak dapat beri sample code (kerana kod yang tukangtaip tulis adalah hakmilik korporat), tetapi tukangtaip terangkan teorinya. 

Memang kita boleh buat program CGI (bukan script, kerana script hanya untuk interpreted language seperti Perl) menggunakan C++, namun ianya agak susah bila berbanding dengan menggunakan teknologi-teknologi internet lain seperti ISAPI Extensions atau ASP Components. 

Kenapa? Kerana pertama sekali kita perlu melakukan string parsing terhadap data yang dihantar melalui web page. 

Program C++ CGI kelihatan seperti program C++ biasa (yang menerima input melalui argv atau environment parameters, bergantung sama ada form itu dihantar melalui PUT atau GET). Program kita juga mengeluarkan output melalui cout/printf (yakni melalui standard output biasa). 

Tetapi yang membezakannya ialah: 

1) Output yang dikeluarkan haruslah dalam bentuk bahasa HTML, iaitu kod untuk satu laman penuh. (Termasuk header, semua tu). 

2) Kita perlu melakukan parsing terhadap input string yang diberi kepada kita oleh web server. Bentuk string ini lebih kurang begini: 

name=tukang%20taip&age=30 

Dan memecahkannya kepada name-value pair (NVP) ini: 

name - tukang taip 
age - 80 

Semua ini perlu kita lakukan sendiri, tanpa pertolongan dan library C++. Jadi cabaran pertama yang anda hadapi ialah bagaimana untuk memecahkan string panjang ini kepada NVP-NVP. 

Tukangtaip sebenarnya lebih mengesyorkan agar menggunakan teknologi-teknologi yang lebih baru untuk mengintegrasikan C++ dengan web. CGI merupakan teknologi lama dan sudah lama diganti dengan teknologi-teknologi yang lebih senang digunakan. 

Terokailah topik ISAPI Extension. Menggunakan teknologi ini, anda tidak perlu lagi melakukan parsing terhadap string itu, dan menjanakan output juga dimudahkan. 

Satu lagi topik yang boleh diterokai (lebih advanced) ialah menulis komponen-komponen ASP menggunakan C++ dan menggunakan komponen-komponen ini bersama-sama kod ASP. C++ digunakan untuk menjalankan logik yang kompleks sementara ASP digunakan untuk menghasilkan kod HTML laman itu. 

Tukangtaip ada menjawab beberapa soalan tentang komponen ASP ini. Anda boleh lihat soal-jawab ini di laman tukangtaip, http://www.hazman.com. Juga terdapat artikel-artikel lain yang menceritakan tentang C++, termasuk penglibatan C++ di dalam pemprograman web. 


-Tukangtaip-

http://www.hazman.com

    Source: geocities.com/tukangtaip