Tukangtaip @ Hazman

Tukangtaip merupakan nama pena yang digunakan oleh Hazman bin Mohamed Halid.
Mungkin anda tertanya-tanya dari mana datangnya nama yang agak pelik ini? Sebenarnya secara formal Hazman tidaklah bertugas sebagai seorang jurutaip, tetapi sebagai seorang penulis perisian komputer atau lebih dikenali sebagai programmer.

Kalau dilihat dari satu segi, tugas sebagai seorang programmer ini tidak jauh berbeza dari seorang jurutaip. Kenapa? Kerana dalam tugas-tugasnya seharian, seorang programmer perlu menaip beribu-ribu patah perkataan dalam satu bahasa yang hanya difahami oleh komputer. Dari gabungan perkataan-perkataan inilah terhasilnya perisian yang mengawal perjalanan satelit di angkasa mahupun membolehkan kita bermain tembak-tembak dengan raksaksa-raksaksa yang ganas.

Semenjak tahun 1995 lagi, Hazman sudah berpengalaman dalam bidang pemprograman C++ untuk Windows. Hazman berazam untuk menjadi seorang programmer bertaraf dunia. Selaras dengan wawasannya, alhamdulillah Hazman telah berjaya memperolehi lebih dari 10 sijil profesional dalam pelbagai bidang komputer.

Ketika ini, Hazman, isterinya Nazilawati dan anak-anak mereka Nuri, Anees dan Ahmad menetap di apartment mereka di Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat.

Hazman selalu ditanya -- adakah ini satu penghijrahan yang kekal? Buat masa ini jawapannya adalah tidak. Dalam perancangannya, jika murah rezeki Hazman bercadang untuk membawa pulang pengalamannya ke tanahair pada tahun 2003 nanti. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mempunyai peluang pekerjaan yang menarik, silalah hubungi Hazman melalui e-mail.

Hazman suka membaca, memandu serta meluangkan masa bersama anak-anaknya dalam masa lapang.

Terima kasih kerana mengunjungi laman yang ringkas ini. Jumpa lagi.
Laman Selanjutnya

Artikel-Artikel
tulisan Hazman.

Sembang.com, tempat Hazman menjawab soalan komputer.

Gambar Anak-Anak (kena daftar diri anda dulu)

Hazman di dalam akhbar

Sijil-Sijil Profesional | Projek2 Lalu
Apa komen anda
Sebelum anda menghantar e-mail: Maaf, Hazman tidak memberi konsultansi secara individu. Pertanyaan komputer melalui e-mail mungkin tidak dapat dilayani. Sila hantarkan soalan anda di sembang.com.
E-mail: tukangtaip@onebox.com