TAZKIRAHpeesal
UCAPAN-UCAPAN IMAM AL- SYAFIE
1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh
taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.
2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan
kecantikkannya adalah murah hati.
3. Tidaklah sukses dalam menuntut ilmu, melainkan
orang yang menuntutnya dalam kekurangan.
4. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi ulama'
selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang
tidak dusukai Allah buat mereka, dan ketidak
sukaan mereka terhadap apa- apa yang disukai Allah
buat mereka.
5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang
memberi manfaat.
6. Kemiskinan ulama' itu adalah faqril iktiyar
(kerana pilihan), sedangkan kemiskinan orang bodoh itu
adalah faqrul idhithirar (kerana terpaksa)
7. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu
seksaan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid.
8. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka
ia akan memperoleh istiqamah.
9. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan
oleh Allah, maka hendaklah ia berkhaluat(menyendiri)
, mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan
orang- orang bodoh yang buruk nudipekertinya, serta
tidak berkumpul dengan orang- orang berilmu
yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai
adab.
10. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam
belas tahun kecuali hanya satu kali , lalu aku
muntahkan ketika itu jua.
11. Tidak mengetahui riya' kecuali orang-
orang yang ikhlas.
12. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu
menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan
meminumnya.
13. Ketika ia ditanya tentang murua'ah, ia
menjawab: "Ia adalah menahan anggpta darri apa- apa yang
tidak berguna. Dan rukunnya ada empat: akhlak
yang baik, thawaduk, murah hati dan melawan hawa
nasfsu."
14. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering
memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang
lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat
bahawa aku akan aku akan berangkat dari dunia
ini."
15. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu
saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat
beerti ia telah menguasai anda dan anda tidak
boleh menguasainya.
16. Orang yang berakal itu ialah orang yang
diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.
17. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi
teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi
musuh terhadap musuhnya.
18. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan
dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan
yang menyamai perpisahan dengan mereka.
19. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana
percaya akan kebaikkan hatinya.
20. Barangsiapa menasihati saudaranya nescaya
diam- diam, bererti ia telah menasihati dan
mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatiinya
ditempat ramai, maka ia telah membuka
rahsianya dan memburukkan namanya.
21. Persahabatan dengan orang yang tidak takut
celaan itu adalah tercela.
22. Tidakkah engkau menghormati seseorang
melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh
setimbang dengan penghormataan ku yang lebih
tadi.
23. Allah telah menciptakan anda sebagai orang
merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah
ciptakan itu .
24. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan,
ia akan menjadi orang dermawan. Dan
barangsiapa bersahabat dengan orang dengan
orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat.
25. Aku ingin orang belajar ilmu dariku tetapi
tidak menibahkannya padaku.
26 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang
, melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu
keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat
lain: tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang,
melainkan aku suka kalau Allah menampakkan
kebenaran ditangan orang itu.
27. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku
maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang
kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan
mu.
28. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan
teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan
permusuhan, kerana itu bersikaplah antara
keduanya itu.
peesal
Renungan Bersama
Sun Aug 12 12:52:51
2001
Ibnu Abbas RA. telah
berkata: Bahawasanya ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke
negeri Yaman (Untuk
menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: "Hindarilah doa orang
yang di zalimi, kerana
sesungguh nya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang
mendindingi". H.R. Tirmizi.
Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya'la dan Dhiya AL-Maqdisi
ada riwayat tambahan
daripada hadis yang di sebutkan tadi yg. bermaksud: "Jauhi lah doa orang
yang
di zalimi walaupun ia
se orang kafir, kerana doa nya tidak terdinding.(Lihat Tuhfatul Ahwazi
Juzu' 6
ms. 155)
Assam_Kumbang
tazkirah
Thu Aug 2 10:09:44 2001
Assalamualaikum......
Anas r.a. berkata, "Ada 7 pahala yang akan tetap diterima oleh sesorang itu apabila ia mati kelak;
1. Orang yang mendirikan
masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat
untuk beribadah.
2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya.
3. Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.
5. Orang yang menanam
buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia atau
pun binatang.
6. Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan
anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan
kedua orang tuanya.
Rasulullah s.a.w.
juga ada bersabda katanya,"Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah
semua amal ibadahnya
kecuali pada 3 pekara iaitu;
01. Sedakah
02. ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya
03. Anak yang soleh
yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.
hanchaw
Mengawal sarik
Thu Jul 26 09:26:09 2001
Apakah punca perasaan marah dan cemburu?
Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan
tersebut? Adakah terdapat
sebarang zikir atau ayat yang boloeh dibaca
bagi mengatasi perasaan marah?
Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu?
Jawab:
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
kemarahan itu dari
syaitan dan syaitan itu dicipta dari api,
dan api itu hanya boleh dipadamkan
dengan air. Maka, apabila seseorang di antara
kamu marah, hendaklah
dia berwuduk." (HR Abu Daud)
Itulah punca marah. Punca cemburu?
Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang.
Cinta membuahkan rasa
cemburu (ghirah). Cemburu terhadap agama adalah
wajib hukumnya.
Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan.
Syariat Islam dileceh-
lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina.
Kemungkaran berlaku di
depan mata. Murtad berlaku di sana-sini?
Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya
kamu tidak ada sifat
cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada
sifat cemburu bermakna
kamu tidak kasih pada agama ini.
Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah
dsbnya adalah tanda kamu
ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya
kamu kasih pada agama
ini.
Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang
ke muka orang tuanya
dengan melakukan zina, mau saja anak
itu tembus perutnya dirodok parang
pendek atau golok. Itu cemburu namanya...
Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi
susah hati. Kamu jadi
marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya
berdasarkan bidang dan kemampuan
masing-masing, itu cemburu namanya. Kamu kasih
kepada agama kamu.
Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi
bodoh seperti orang
yang kena pukau. Iman kamu perlu dikoreksi
kembali. Kamu tidak ada sifat
cemburu pada agama kamu.
-----------------
Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya,
itu adalah wajar.
Puncanya ialah cinta dan kasih.
C inta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan
kemarahan. Tidak
semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya
cemburu itu dibenarkan. Tidak
semestinya kemarahan itu berfaedah.
Tiada cinta, tiadalah cemburu.
Dan orang yang tiada sifat marah langsung
adalah ibarat keldai. Orang
yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan
menguasai dirinya.
Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas
lorong-lorong
kesederhanaan.Sematkanlah cinta, cemburu dan
marah pada tempatnya
masing-masing.
---------------------
Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal
sahaja ada landasannya.
Asal saja bertempat. Asal saja bersederhana.
Jika tidak bersikap begini si
isteri akan menuduh macam-macam kepada suami,
sangka-sangka buruk
yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga
akan berantakan.
----------------------------
Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah
perkasa itu orang yang
pandai bergusti, hanyasanya orang yang
gagah perkasa itu ialah orang yang
mampu menguasai dirinya ketika sedang marah."
(HR Bukhari & Muslim dari Abu
Hurairah)
Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah
r.a.: "Ya Allah,
ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku
dan lindungilah aku
dari syaitan." (HR Ibnu Sunni)
Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang
yang sedang marah
berwuduk (lihat HR HR Abu Daud)
Wallhu a'lam
Rujukan
Al-Azkar - Al-Nawawi
Labai
Darihal Syaitan
Wed Jul 18 20:27:42
2001
Baginda Rasullullah SAW bersabda :
Syaitan itu memberikan
ikatan pada hujung kepala seseorang di antara kamu semua sebanyak tiga
ikatan, apabila ia tidur.
Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu yang berbunyi : " Engkau
memperolehi malam yang
panjang, maka tidurlah terus". Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada
Allah SWT. maka terurailah
ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau ia terus berwudhu, lalu terurailah
pula ikatan seterusnya,
jikalau ia bersembahyang, maka terurailah seluruh iakatannya, sehingga
berpagi-pagi ia telah
menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana
di
atas, maka ia berpagi-pagi
menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas .
( Muttafaq ' alaih)
peesal
Buat Kulaan Sabarataan
Thu Aug 16 18:04:11 2001
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.....
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan menndoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
kukupu
Renungan (Fwd)
Fri Oct 5 11:28:29 2001
Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Kepapaan
1. Tidur di dalam keadaan
bertelanjang (yakni tidak memakai apa-apa).
2. Makan dan minum di
dalam keadaan berjunub (belum mandi junub).
3. Memudahkan setiap
makanan yang tumpah di atas saprah.
4. Bakar kulit bawang
merah dan putih.
5. Berjalan di hadapan
orang tua-tua tanpa menghormatinya.
6. Menyapu sampah pada
waktu malam.
7. Memanggil kedua ibu
bapa dengan nama masing-masing .
8. Membiarkan sampah
di dalam rumah (berselerak).
9. Bersegera keluar
dari masjid selepas daripada sembahyang subuh berjemaah.
10. Pagi-pagi duduk
di kedai (pergi awal-awal) dan pulang dari kedai lambat-lambat (semua jenis
kedai).
11. Membiarkan bekas-bekas
hidangan sentiasa terbuka.
12. Menghembus setiap
api dengan mulut.
13. Menyikat rambut
dengan sikat yang patah.
14. Ibu bapa yang mendoakan
anak-anaknya dengan kecelakaan.
15. Tidak mendoakan
kedua ibu bapa dengan kebajikan.
16. Memakai serban dalam
keadaan duduk.
17. Makan sesuatu dalam
keadaan dalam tidur mengiring.
18. Mencolek gigi dengan
segala jenis kayu (selain kayu dibenarkan).
19. Basuh kedua tangan
dengan segala jenis selut dan tanah (dengan sengaja dan tidak ada sebab).
20. Duduk dibendul (muka
pintu rumah).
21. Mengambil air sembahyang
(wuduk) di dalam tandas.
22. Menjahit kain yang
koyak di atas tubuh sendiri.
23. Membiarkan rumah
bersawang dan bersarang labah-labah.
24. Bakhil, kikir dan
kedekut.
p/s: (Sumber rujukan
:Kitab Pelita Penuntut
Terjemah daripada kitab
Taklimul Taklim Thariqul
Muta'alim. Garapan Syeikh
Mohd Shafei Bin
Abdullah Alfatahami,
muka surat 56)
Lissa
Untuk semua sahabatku
Thu Nov 1 12:02:05 2001
SUDAH BERSEDIAKAH ANDA KETIKA DIPANGGIL PULANG OLEH ALLAH???
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang
telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
- Zulkiflee Bin Ali