SRI MENANTI MUAR
| keretapi muar | panglima lidah hitam | bukit kepong | puteri gunung ledang | tokoh agama |
| madrasah al haji taib | lembing Awang pulang ke Dayang | seri menanti |

Laluan menggunakan Jalan Besar Muar - Batu Pahat akan melalui kawasan Sri Menanti. Sri Menanti cuma sebuah pekan kecil dan aktiviti utama penduduknya adalah pertanian. Kawasan rumah-rumah kampungnya juga cantik dan bersih.

Dalam tahun 1912 apabila kerajaan hendak merasmikan kampung ini dengan melantik seorang penghulu dan memberi satu nama yang sesuai untuknya, suatu pergaduhan telah berlaku di antara dua tokoh di situ kerana masing-masing mendakwa bahawa dirinya yang layak dan berhak dipilih menjadi Penghulu. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam pertikaian ini ialah ialah Penghulu Saleh, peneroka  kampung sebelah pantai dan seorang lagi bernama Penghulu Johar, peneroka kampung sebelah darat.

Persengketaan ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya hingga timbul keraguan orang ramai kemungkinan perkara ini tidak dapat diselesaikan. Pada akhirnya Pesuruhjaya Kerajaan Muar meminta pendapat seorang alim ulamak terkenal iaitu Hj. Abu Bakar bin Haji Hassan tentang bagaimana hendak menyelesaikan kemelut ini. Maka Hj. Abu Bakar telah memberi pandangan seperti berikut :

 

Kampung baru ini hendaklah diberi satu nama yang sesuai dan dapat diterima oleh kedua pihak yang betelingkah.

Hendaklah kedua-dua tokoh yang bertelingkah itu dilantik menjadi penghulu di kawasan masing-masing untuk menghargai jasa masing-masing membuka kawasannya.

Setelah salah seorang daripadanya meninggal dunia, kawasan pantai dan kawasan darat hendaklah dicantumkan menjadi satu kawasan yang dikenali dengan nama baru dan diletakkan di bawah pengawasan penghulu yang masih hidup.

Kedua-dua kawasan tersebut hendaklah mempunyai sebuah masjid sahaja.

Kedua-dua pihak hendaklah bersungguh-sungguh berusaha untuk memulihkan hubungan silaturrahim yang terjejas.

Dengan syarat-syarat di atas itu maka Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama SERI MENANTI kerana penantian yang begitu lama dalam menyelesaikan konflik di antara kedua-dua tokoh tempatan tersebut.