Bismillah
 Pengenalan Asas TARIKAT - ILMU
(UNDERCONSTRUCTION)
 
****************** 

TARIKAT:

ASAS
ILMU
ZIKIR

Ibn Ata'illah
Hidayatus Salikin
Jalan Mahrifat

OTHER

**************************************************************** 
        Bismillah 
ASAS TARIKAT
ILMU
(Under Construction)

Maksud Firman Allah: "Maka hendaklah bertanya kepada ahli zikir, sekiranya kamu tidak mengetahui". (Al-Nahl:43 dan Al-Anbiya: 7)
"Dan demikianlah perumpamaan Kami buat untuk manusia dan itu hanya orang-orang berilmu sahaja dapat mengerti". (Al-Ankabut:43)


* Sabda Rasulullah: "Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap muslim".
* "Sesiapa yang ingin tahu orang-orang yang dibebaskan Allah dari neraka, maka lihatlah orang-orang yang sedang menuntut ilmu. ............... sesiapa yang melangkah untuk menuntut ilmu, Allah akan menghitung langkah-langkahnya itu sebagai ibadat setahun".
*"Sesiap yang berjalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya jalan ke syurga".

****************** 
 

 

**************************************************************** 
Imam Malik r.a. : "Sesiapa yang hanya mengambil syariat tanpa hakikat, maka dia adalah fasiq, sesiapa yang hanya mengambil hakikat tanpa syariat, maka dia disifatkan sebagai zindiq, sesiapa yang menghimpun kedua-duanya, maka itulah sebaik-bauknya". 
Iman Ghazali: "Mudah mencari ilmu, susah mengamalkannya". 


Ilmu Islam terbagi kepada 4 bahagian: 
Syariat, Tasauf, Hakikat, Mahrifat. 
Wajib mempelajarinya. 
Mahrifat tidak dapat dipelajari melalui akedemi/buku/syarahan. 
ilmu tasauf adalah ilmu batin, hanya diperolehi melalui tarekat (jalan). 
wajib dipelajari dan dipimpin oleh seorang mursyid yang diberi kebenaran oleh allah. 
"Barangsiapa belajar dengan sendiri, maka syaitan jadi gurunya".
Belajar tasauf dengan guru atau ustaz biasa hanya sebagai mukadimah. Jika ingin mendalami ilmu & berjalan mencari Allah, hendaklah cari mursyid yang wali.


Mursyid saya mengatakan ilmu syariat & tasauf umpama dua sayap supaya dapat terbang. Dengan berkumpul nya ilmu/amalan syariat & tarikat, barulah berhasil/dapat ilmu hakikat. Orang yang tidak amalkan ilmu, umpama tiada ilmu. 

Tarekat mengumpulkan lahir dan batin Islam. Bukankah ini lebeh sempurna? 
Islam itu lahir & batin. contohnya, zikir dengan khusus, bukan zikir dengan kosong. 



Setinggi-tinggi ilmu ialah ilmu makrifat/mengenal Allah. Hanya orang khas dipilih oleh Allah, yang akan memperolehi makrifat. Bilangan orang mahrifat atau arif bilah sangat sedikit. Memakan masa yang lama dan ujian yang panjang lagi berat. Hanya orang makrifat/tajalli yang boleh menerangkan makrifat. Itu pun dengan kias & samar. Ini kerana orang yang dengar tidak sama orang sudah merasa/melihat. Bahkan, ilmu makrifat tidak terkata dan tidak tertulis dalam huruf. Itu sebab ilmu makrifat tidak dapat dibelajar melalui buku atau ceramah. 


LAUTAN ILMU 
Jangan sangka kamu banyak ilmu. Ilmu mu umpama kolam, Ilmu wali Allah umpama tasek yang luas. Kamu dapat ilmu dari buku, dia dapat ilmu dari langit/ilmu laduni. Ilmu Allah umpama lautan yang tiada batas. 

BUKU : Kitab-kitab Tasawuf oleh ibn Atoillah, Iman Ghazali, dan ulamak-ulamak warisan nabi. Hidayatus Salikin, Hikam, Minhajul Abidin, dan lain-lain.
Tafsir oleh mursyid adalah lebeh tepat (benar), lebeh detail lagi dapat difahami. 
Wajib menuntut ilmu usuludin, syariat, fegah, dll ilmu ugama, dari mana-mana ustaz dan buku. 


Yang baik adalah dari Allah, yang salah adalah dari diri sendiri. 
No Copyright.

Disusun oleh seorang muridin/salikin. 
Email: alta@pd.jaring.my
Nov 2001

TARIKAT ILMU ZIKIR others
Jalan Mahrifat Hidayatus Salikin Ibn Ata'illah Links