AL-KISAH SEBUAH CERITA
Sejarah Kewujudan
Logo sprocket16
Haloo...hah nie aku nak cerita kat korang nie tentang sejarah kewujudan channel. Kalau korang nak tahulah. Kalau taknak tahu, buat-buatlah tahu sebab korang dah masuk page nie..hah aku cakap nie jangan lak korang keluar lak..emm..sebenarnya aku (2PAC) dengan si aardvark nie sahabat yang boleh dikatakan baik, rapat dsb. kalau tak caya tanya si aardvark. Rakan sekelas, sedorm, dan sebilik air heheh..tapi tu dululah masa kitaorang dialam persekolahan. Kitaorang nie start main irc nie semenjak pertengahan tahun 1996. Pada mulanya takdelah terfikir nak bukak channel baru..kitaorang redah jelah channel yang ada, macam #Hantu, #Kampung dsb.
Channel ini dibuka masa kitaorang dizaman persekolahan iaitu pada pertengahan 1997..hah nie nak start cerita nie...masa tu time prep malam kat dalam kelas. Aku, aardvark sprocket16dengan spidey berboraklah pasal irc. Masa tu kitaorang tengah boring giler..tak tahu nak studi apa..so kitaorang bantai lah berborak. Nak-nak masa tu tengah syok main irc..so kitaorang borak sakan ler..member lain dok dengaq ler kitaorang cerita..kitaorang gelak, diaorang pun gelak...tengah-tengah borak tetiba terfikir lak nak bukak channel baru...tapi kitaorang tak tahu nak letak nama apa...aku lupalah nama masa tu yang kitaorang cadangkan...yang aku ingat kitaorang penah nak bagi nama #Kodok..sebab masa tu baru lepas hujan...so adalah seekor katak nie yang digelar kodok..kononnya Mr.kodok nie tersesatlah dan tak tahu dimana ianya berada..sebab aku tengok muka katak tu pun macam konpius jer tak tahu jalan nak keluar..akulah yang nak bagi nama tu..sebab aku yang nampak kodok tu yang tengah carik jalan keluar...memula dah nak bagi dah..tapi lama-lama setelah difikirkan masak-masak nama kodok tak sedap..cyan kodok tu..pepenat jer mak bapak dia bagi nama..hehehe..
So adalah sorang kawan nie yang tak terlibat lansung pasal irc ni nama dia olee..dia yang cadangkan nama nie...dia pun tercadang bagi nama nie secara tak lansung sebab masa tu kitaorang dok sibuk cerita pasal motor..kat motor kan ada spoket..kitaorang ceritalah pasal spoket nie bagus..spoket tu tak bagus..memacamlah...so dia kata susah-susah bagi jerlah nama spoket...tapi masa tu takdelah nak terfikir bagi nama tu..so satu hari nie..pihak sekolah membenarkan pelajar asrama balik ke rumah masing-masing..emmm apalagi kitaorang pun baliklah...sebab masa nielah yang ditunggu-tunggu..boleh lenjan main irc kat rumah...hehe..
Kitaorang balik tengah hari lepas sekolah..masa tu hari jumaat..abis sekolah jer, balik asrama ambil barang..lepas tu aparagi cabott ler..kitaorang takdelah tengahari tu terus balik rumah masing-masing..lepak Terminal(Seremban) jap..petang sikit baru gerak..masa tu aku, aardvark sprocket16dengan spidey naik bas yang sama..bas CityLiner 818 Seremban-Kajang-KL..aku dengan aardvark memang naik bas nie..spidey jer..sepatutnya tak naik bas nie sebab dia nak join kitaorang jamming tempat baru kat Balakong, Cheras. Sebab tempat nie barang baik..so ktaorang gi lah..Nama tempat jamming tu Nine Studio..masa tu aku main drum..aardvark main lead..spidey main bass..lepas kitaorang dah puas main..korang nak tahu apa kitaorang buat???..apalagi blahlah..hehehe...masa tu dah pukul 8 aku rasa..masa nak balik tulah dok bincang pasal nama channel nie...so pikir punya pikir si spidey nie pun cadangkan nama spoket..tapi untuk menampakkan kecanggihannya letaklah sprocket..dan disusuli dengan nombor 16 sebab masa tu kitaorang 16 tahun..tapi sekarang dah besar dahh...hehehe..
Malam tu jugak bukak channel tu..tapi masa tu kitaorang bertiga jer ada...yang dok invite masa tu si aardvark dengan spidey..aku dok melayan orang yang masuk channel..aku buatlah lawak supaya orang tak boring....channel nie menjadi semakin terkenal bila kitaorang buat script..nama script tu.... | C|H|Ä|O|S|:ASSILEM VER.1.02 ..nak tahu makna assilem tanya lah aardvark.. dia tahu..sprocket16
Lepas kitaorang buat script nie lah..kitaorang kenal AIS_KEPAL, Owen, Trunks dsb.makin lama channel nie semakin berkembang dan terkenal..sehinggalah dah ada bot sendiri pemberian Mr.DoggieSan..dia memang best..begitu juga dengan DarkLord..Diaorang memang baik hati..diaorang bagi bot sebab sebelum nie channel selalu kena Takeover..so kitaorang cari jalan untuk menggunakan perkhidmatan bot untuk menjaga channel..sebabtulah diaorang bagi access bot diaorang..tima kasih the unholy brothers..begitulah al-kisahnya dari start channel nie dibuka..sampailah sekarang...semoga ianya akan berkembang dan terkenal serta disenangi oleh semua orang..buhbye..adiozz amigoz..chow
 
BACK TO
Go to Main Page
This HomePage Created By Dzul@|2PAC| and aardvark
images by aardvark @ ^ketok^ (jangan copy tanpa kebenaran!!)
 

Currently playing `Verse-Chorus-Verse' song.