Bravenet.com
Dalam pembinaan
Anak Kandung Suluh Budiman :::: Alumni SITC,MPSI, IPSI, UPSI 
Update: 2 Februari 2002

Menu Utama


· Laman Utama
·
Perlembagaan Baru
· Barisan Jawatankuasa
· Aktiviti
· Pewarta Suluh Budiman
· Buku Tamu
· Forum & perbincangan
· Keahlian
· Web Link Alumni UPSI
· Foto persatuan


Ibu Kandung

· Web UPSI
· Penaung Alumni
· Penasihat Alumni
· Presiden Alumni

 

     
Maklumat Semasa
Mesyuarat Jawatan Kuasa di Kuala Kangsar


14 Februari 2002: Mesyuarat Jawatan kuasa yang pertama pada sesi 2002 akan diadakan di pejabat Sultan Perak pada pada jam 10.00 pagi. mesyuarat tersebut telah memperincikan perlembagaan Alumni Suluh Budiman dan aktiviti persatuan. Antara yang penting diputuskan ialah:

Ahli PSB akan diserapkan dalam Alumni Suluh Budiman.
Yuran seumur hidup RM 150.00 kepada semua ahli baru.
Mengemas kinikan data ahli PSB
Mengubah suai logo PSB.
Program mempereratkan ahli
Perayaan 80 tahun SITC - UPSI

 

Ucapan Presiden Alumni

"InsyaAllah dengan semangat yang terinsaf ini, akan membantu kami berkhidmat untuk memartabatkan IBU KANDUNG dan ANAK-ANAK KANDUNGNYA meniti zaman".

"Bagi PSB, kita akan melihat, memerhati dan mengawasi proses kedewasaan Ibu Kandung agar Visi SITC itu telah terjaga dan mengikut rentak zaman...."



Mesyuarat Agung Tergempar berjalan baik


Mesyuarat tergempar dijalankan pada 6 Januari 2002 bertempat di Dewan Seri Tanjung Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Antara yang hadir Penasihat Persatuan merangkap Pro Canselor UPSI Tan Sri Profesor Amaratus Dr. Awang Had Salleh dan Naib Canselor UPSI Dato' Dr. Profesor Ir. Mohammd Noor Salleh.

Keputusan mesyuarat ialah bersetuju untuk meminda perlembagaan Persatuan Suluh budiman dan bersetuju menukar nama kepada Alumni Suluh Budiman UPSI.

Ahli juga setuju memberi mandat kepada kepimpinan PSB untuk memperinci dan mengemaskan perlembagaan baru dengan tidak mengabaikan keahlian bekas SITC, MPSI dan IPSI.

Pertanyaan dan Forum

Melalui laman Web ini Anak Kandung boleh membuat pertanyaan, berbincang dan mencari kawan. Ruangan Forum yang disediakan adalah untuk kemudahan kita sesama kita.


Keahlian Alumni On-Line

Jawatan kuasa Alumni Suluh Budiman UPSI sedang mengemaskini daftar keahlian. Sekiranya anda emailkan kepada kami melalui borang yang disediakan atau menulis surat kepada setiausaha.

 
Bicara Presiden



Dato'Hj. Mohd Hilmi Hj Ismail
 

 PSB perlu membuat perubahan agar ia terus berkembang mengikut zaman.


Sebagai sebuah wadah yang berperanan sebagai penyambung silaturrahim Anak Kandung, PSB perlu mempunyai media komunikasi berkesan seperti media elektronik iaitu Laman Web dan media cetak Pewarta Suluh Budiman.

Saya yang diamanahkan oleh ahli-ahli PSB menerajui kepimpinan bekas penuntut SITC, MPSI, IPSI dan UPSI akan sentiasa menjaga dan sama-sama berganding untuk terus menjadikan persatuan ini sebuah persatuan yang disegani dan dihormati. Disamping dapat menghubungkan silaturrahim anak kandung.

Kepada anak kandung yang berada diseluruh pelusuk tanah air yang tidak dapat kami hubungi, saya mengharapkan dapat menghubungi kami dan bersamalah kita menyemarakkan dan memperkasakan persatuan ini.

Pada tahun ini IBU KANDUNG akan menyambut perayaan ke 80 tahun. Saya berharap perayaan IBU KANDUNG ini akan memberi semangat baru kepada kita setelah perjuangan kita memertabatkannya sebagai sebuah Universiti. Marilah kita sama-sama menjaga IBU KANDUNG yang kita cintai.

 

Pertanyaan, maklumat ahli bolehlah anda masukkan di sini

Nama:
E-mail:
Mesej kepada Alumni:
 
 
   


Sekretariat


Sekretariat Alumni Suluh Budiman UPSI,
d/a Univeriti Pendidikan Sulutan Idris, Tg. Malim
, Parak, Darul Ridzuan.

Tel: 05-4596204
Fax: 05- 000000

Email
hasmoli@tm.net.my

RENUNGAN
Diriwayatkan daripada Barzah al-Aslamiy katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan bergerak kaki seseorang itu (di hari kiamat
kelak), sehinggalah dia ditanya tentang umurnya, ke
manakah ia dihabiskan. Tentang ilmunya, bagaimanakah
dia menggunakannya. Tentang hartanya, dari manakah ia
diperolehi dan untuk apakah ia dibelanjakan dan
tentang tubuhnya, untuk apakah ia digunakan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).


 

 

Laman ini disediakan untuk kemudahaan Anak kandung oleh: Hassan Mohd Ghazali penuntut 1980/81