"Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas"
.
Menteri Pelajaran

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

Timbalan Menteri Pelajaran I

Y.B. Dr. Wee Ka Siong

--- Timbalan Menteri Pelajaran II

Y.B. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
:: Apa Kata?

Tiada kemaskini
Kesibukan lain lebih menuntut perhatian. Jadi laman ini tidak dapat dikemaskini dengan sebaiknya ketika ini. 04/02/09


Selamat Kembali ke sekolah

Minggu terakhir sesi persekolahan sudah hampir ke kemuncaknya. Banyak sekolah telah memulakan persiapan untuk sesi persekolahan 2009. Lazimnya minggu ini dipenuhi dengan mesyuarat perancangan 2009 dan juga sesi pendaftaran murid baru.

Itulah rutin lazim saban tahun. Tahniah kepada guru yang tetap sabar dan tabah memikul tanggungjawab.
Mudah-mudahan 2009 akan dipenuhi dengan usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran ke arah pendidikan bertaraf dunia.



HIMPUNAN
+Berita 2007-2008
+Berita 2005-2006
+Berita < 2005
Berita

E-mel Pembaca
Cermin Diri
Mutiara Kata
Tinta Pendidik

BAHAN PERCUMA
Dapatkan di sini (belum dikemaskini)

RUANG BORAK
Guru Sambung Belajar
Mari Kritik
Blog NUTP



Penggal Persekolahan
2009
Takwim Peperiksaan 2009
Takwim PTK
2009
Pengurusan KPM
Menteri Pendidikan
  (1955-2006)
Tema Hari Guru
  (1972-2007)
Tema Hari Kebangsaan
  (1976-2007)
Menteri Kabinet
Menteri Besar & Ketua Menteri
Ahli Dewan Rakyat
Parti Politik Malaysia
 

+ Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis
+
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
+ Perubahan Skim PPP Pengajian Tinggi
+ Jadual Gaji Baru 2007
+ Keperluan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Bagi Pegawai Pendidikan Siswazah dan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma Yang Bercuti Belajar Dalam Urusan Kenaikan Pangkat
Info Sekolah Kluster
+ Garis Panduan Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan
+Penahanan Kerja Di Bawah Peraturan 43 dan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

SERTAI KESATUAN
NUTP

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak

:: MUAT TURUN
 
 


 
Kemaskini: 28 Jun 2009 / 11.15pm
"Guru Pembina Negara Bangsa"
|kunjungi pendidikmy dot blogspot dot com|
MAKLUMAN
LAMAN PENDIDIK SUDAH MEMPUNYAI DOMAIN SENDIRI.
SILA KE
http://www.pendidikmy.net UNTUK BERITA TERKINI.

E-MEL PEMBACA
 

Name
Email
Subject
Message
Image Verification
Please enter the text from the image

[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Print to PDF
PDF Writer Pro is a software tool that allows you to print to pdf any files and documents

Seimbangkan skim perkhidmatan awam
------------------------------
Oleh: Forum Utusan Malaysia

SEJAK kebelakangan ini timbul banyak rungutan oleh kakitangan Perkhidmatan Awam dari pelbagai skim perkhidmatan.

Antaranya rasa tidak berpuas hati berhubung peluang kenaikan pangkat atau mengenai sesuatu skim perkhidmatan berbanding skim perkhidmatan yang lain walaupun mempunyai kelayakan masuk yang sama.

Sebagai satu contoh, seseorang pemegang ijazah dengan kepujian memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akan dibayar gaji permulaan sebanyak RM1,993.63.

Tetapi seorang pemegang ijazah yang sama memasuki Skim Perkhidmatan Pendidikan akan dibayar gaji permulaan sebanyak RM1,695.85 walaupun masing-masing perlu mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam (enam bulan) dan Diploma Pendidikan (satu tahun). Kenapakah perbezaan seumpama ini boleh berlaku?

Begitu juga dengan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang pada asalnya diwujudkan pada September 1957 dengan gelaran Executive Officer (EO).

Dalam skim ini Senior Executive Officer (SEO) dan Higher Executive Officer (HEO) diletakkan dalam bahagian 1 dan diberi kemudahan serta keistimewaan yang sama dengan apa yang dinikmati oleh pegawai dalam bahagian 1 yang lain pada waktu itu.

Pada Januari 1970 jawatan EO telah ditukar kepada jawatan Pegawai Kerja dengan menurun taraf ke Bahagian 2 walaupun masih mengekalkan jawatan Pegawai Kerja Tinggi dalam Bahagian 1.

Pada Januari 1976 taraf Pegawai Kerja Tinggi pula diturun ke Bahagian 2 dan kekal sehingga sekarang di dalam kumpulan sokongan dengan gelaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir.

Pada tahun 1988 kerajaan telah membuat penyusunan semula struktur perkhidmatan pentadbiran Persekutuan. Sekali lagi gelaran jawatan Pegawai Kerja telah bertukar kepada nama baru iaitu Pegawai Eksekutif bertaraf diploma - kod gaji B9 dan B3/B1.

Pada masa yang sama penyandang jawatan Pegawai Tadbir Am (PTA) telah ditawarkan ke jawatan PTD manakala penyandang jawatan Pegawai Kerani Rendah (D11) ditawarkan ke jawatan Pegawai Kerani (C11).

Apabila Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan pada 1 Januari 1992 dan diikuti Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 1 November 2002, kerajaan telah membuat penambahbaikan terhadap sebahagian besar skim perkhidmatan dalam sektor awam dengan mewujudkan lebih banyak peluang 'kenaikan pangkat secara lantikan' (KPSL).

Seseorang penjawat awam boleh dinaikkan pangkat setelah lulus peperiksaan khas untuk memasuki skim perkhidmatan yang lebih tinggi tanpa memiliki kelulusan akademik sebagaimana sepatutnya untuk lantikan pertama bagi skim tersebut.

Maka ramailah yang telah berjaya dinaikkan pangkat dengan menggunakan 'sijil/diploma/ijazah KPSL' ini. Alhamdulillah mereka ini dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman.

Tapi malangnya perkara ini tidak berlaku dalam Skim Perkhidmatan PPT berbanding dengan skim-skim lain seperti Penolong Penguasa Badan Pencegah Rasuah, Penolong Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Imigresen, Penolong Pegawai Penguat Kuasa JPJ dan banyak lagi skim lain di mana ramai penyandangnya telah berada di Gred 41, Gred 42 dan Gred 44. Malah sudah ada yang telah meningkat dan tersenyum pada Gred 48.

Soalan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia ialah berapa ramai PPT yang memiliki ijazah/ijazah, lulus KPSL/PTK Aras IV yang telah dipanggil untuk ditemu duga dan seterus berjaya ditawarkan jawatan Pegawai Tadbir (Guna sama Persekutuan) Gred 41 atau jawatan lain dalam 14 skim perkhidmatan yang dibenarkan setelah lulus peperiksaan yang disyaratkan?

Sehubungan itu saya ingin mencadangkan kepada JPA supaya memberi banyak peluang kepada PPT yang telah memenuhi syarat (memiliki ijazah/lulus KPSL/Lulus PTK) untuk dilantik ke Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dengan mewujudkan lebih banyak jawatan Pegawai Tadbir di Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan di mana ketua pejabatnya bukan dari kalangan PTD.

Sekadar beberapa contoh seperti di Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Perguruan, Hospital Daerah, Politeknik, Jabatan Penjara atau di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai.

BIJAN
Kota Kinabalu, Sabah


---

.

Perhimpunan anti-PPSMI
------------------------------
Oleh: Pendidikmy

sumber gambar: www.malaysiakini.com 7 Mac 2009 (Sabtu)
2.00 petang
Masjid Negara, KL

Perkembangan semasa dari pelbagai sumber:

>Polis benar himpunan anti-PPSMI
>Polis tetap tidak benarkan perhimpunan depan Istana
>Kenyataan Media Hasni Abas- S/U GMP
>Bahasa Melayu mati, bangsa Melayu terkubur! - Prof Dr Wan Abu Bakar



|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Celaru tentang naik pangkat!!!!!
------------------------------
Oleh: bingkor

Apa nak jadi dengan sistem kenaikan pangkat golongan guru? Berita terkini tentang kenaikan pangkat Guru Besar 41 ke 44 secara automatik menambah kekusutan dan kecelaruan sedia ada. Nampaknya sekali lagi 'golongan atasan' mendapat peluang untuk naik lagi dengan cepat & mudah berbanding guru bawahan. Adakah kebetulan atau memang dirancang sebegitu?

Saya sendiri terkeliru dengan pelbagai kenyataan tentang kenaikan pangkat guru-guru. Secara peribadi, saya sendiri yang telah berkhidmat selama 12 tahun dan telah mengisi 3 borang kenaikan pangkat dari dg41 ke dg44 pada tahun 2007 iaitu borang time-based, ketua bidang & guru akademik tingkatan 6 tapi belum dapat hasilnya.

Di Sabah, guru-guru yang naik pangkat ke dg44 atau ke atas, biasanya dipaksa untuk memegang jawatan sebagai penolong kanan (pentadbiran, hem & ko-kum). Jika menolak maka akan timbul masalah kenaikan pangkat. jarang ada guru yang naik dg44 berkhidmat sebagai guru biasa seperti di Semenanjung. Saya pun masih belum tahu nasib saya dalam soal ini. Mungkin dilantik menjadi guru tingkatan 6 walhal mungkin terpaksa menerimanya dengan lantikan 2008 sedangkan memohon timebased pada 2007 (terlepas 1 tahun). Ada pula mengatakan mungkin terpaksa melepaskan jawatan Ketua Bidang yang diepgang kerana nak bagi pada guru yang terlebih dulu mendapat dg44. Atau macamanapun?
Rasa cemburu pada mereka yang senang dapat naik pangkat tidak macam diri sendiri yang bermula dari bawah. Kawan di Semenanjung semuanya sudah menikmati kenaikan dg44 walaupun mula berkhidmat pada hari yang sama (1997).

Kadangkala bingung tengok kawan-kawan dg2941 yang banyak merungut kerana peluang mereka ke dg44 tak macam kawan-kawan mereka yang kekal ke dg32. Malah ramai dg29 yang sudah tamat pengajian sarjana muda sanggup menahan diri untuk naik dg32 dulu, baru isi borang untuk naik dg41 (dalam masa yang sama berharap dapat naik dg44 dengan gaji yang lebih banyak berbanding dengan yang memang dg41 asli - inkes mula berkhidmat pada tahun yang sama). Boleh ke buat begitu (merahsiakan butiran kelayakan)?

Ramai pihak mendakwa gaji guru berijazah ini perlu dikaji terutama yang berkhidmat di sekolah menengah. Kena ada keseimbangan terutama dari segi beban kerja antara gred dg41 sekolah rendah dengan dg41 sekolah menengah. Bayangkan nanti kecelaruan yang lebih hebat dijangka berlaku bila mana guru-guru dg41 sekolah rendah yang bermula 2006 dahulu mula mencapai usia timebased nanti. Mereka naik dg44 tapi kerja di sekolah rendah dengan gaji yang sama dengan guru gred yang sama sekolah menengah. Kalau diberi peluang sayapun mahu lari berkhidmat di sekolah rendah dengan gred tinggi kerana tak perlu sangat untuk memikirkan lagi tentang masalah disiplin murid sekolah menengah yang semakin merosot, atau beban kerja yang banyak kerana mengajar subjek exam PMR, SPM & STPM, atau lambakan kerja-kerja bukan tugas guru (bukan mengajar) di sekolah menengah.

Kesimpulannya :-
1) Guru yang sudah berpangkat mudah untuk naik lebih tinggi manakala guru yang di bawah terpaksa menunggu sahaja.

2) Kena kaji semula struktur gaji guru berijazah yang nampaknya tak jauh beza dengan gaji guru bukan siswazah.

3) Kementerian diharap mengkaji secara terperinci tentang sistem kenaikan pangkat guru hari ini. Berilah peluang yang adil untuk semua guru


|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Guru Pembina Negara Bangsa
------------------------------
Sumber: Blog Pengarah IPM UPSI

04/03/2009

Sesuatu bahasa yang kita pilih menjadi bahasa pengucapan dalam keluarga kita akan menyebabkan bahasa itu menjadi dominan dalam benak kita, terutama anak-anak kita. Sekiranya bahasa Arab yang dipilih, maka bahasa Arablah yang menjadi bahasa dominan dalam benak kita. Sekiranya bahasa Inggeris yang dipilih, maka bahasa Inggerislah yang menjadi dominan dalam benak kita.

Tempat bahasa Melayu sepatutnya adalah benak Melayu. Apabila elit Melayu membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda bagi anak-anak mereka, dan menggantikannya dengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah yang duduk di benak anak-anak Melayu itu. Minda mereka menjadi minda tertawan dalam minda Inggeris.

Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris, dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis Malik Bennabi, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa Melayu lagi.

Oleh kerana bahasa Melayu telah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh kerana bahasa Inggeris belum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius. Sebagai contoh, gejala anak-anak yang “menjawab” ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep-konsep seperti “derhaka” dan “syurga itu di bawah tapak kaki ibu” hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk dalam Islam, seperti Bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsep-konsep itu ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di dalam sastera Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga tidak ada kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti oleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio, Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur dan The Knights Of The Round Table.

Apabila bahasa asing berjaya masuk ke dalam benak bangsa Melayu, maka dua perkara akan berlaku. Pertama ialah kebocoran bendung budaya, dan kedua kehilangan keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Kebocoran bendung budaya itu menyebabkan orang Melayu itu merasa kagum kepada budaya Barat. Ini telah pernah diamati oleh Ibnu Khaldun lapan ratus tahun dulu. Dengan itu mereka akan menyerap unsur budaya yang dikagumi. Maka bocorlah bendung budaya Melayu.

Malah lebih serius dari itu adalah, sebagai sebahagian daripada kebocoran budaya itu juga menyebabkan lemahnya nilai agama Islam mereka sendiri, dilemahkan oleh kemasukan unsur Barat tersebut. Menolak hukum agama demi sistem undang-undang Barat adalah salah satu daripadanya.

Kesan kedua pula adalah bangsa Melayu itu akan mengalami gejala hilangnya keyakinan pada keupayaan diri sendiri dan juga hilangnya semangat kreativiti mereka. Gejala ini jelas dapat dilihat di kalangan golongan terpelajar bekas tanah jajahan yang tidak yakin akan keupayaaan mereka untuk mencipta produk-produk intelektual sendiri. Mereka berpuas hati dengan menjadi agen yang menterjemahkan, mengajarkan, memepopularkan dan menerapkan sahaja produk-produk intelek tokoh-tokoh tersebut di negaranya.

Jikalau sekali-sekala ada yang berani mencipta produk-produk intelektual mereka sendiri, rakan-rakan mereka pula yang tidak menaruh keyakinan akan mutu produk-produk itu. Oleh hal yang demikian mereka tidak menggunakan produk-produk intelektual tempatan sebagai rujukan yang dianggap berautoriti.

Menurut Malik Bennabi, akibat daripada keadaan seperti di atas individu-individu yang hilang keyakinan pada keupayaan diri sendiri itu akan terjerumus ke dalam proses meminjam dan terus meminjam secara langsung dan ad hoc segala macam benda-benda, idea-idea dan institusi-institusi yang bersumber pada bahasa-bahasa asing tersebut, dengan tidak mempersoalkan kesesuaian dan keserasiannya dengan kebudayaan bangsa yang meminjamnya. Sebagai contoh benda-benda yang dipinjam ialah bagaimana elit tempatan memesang besen mandi, membuat balkoni, cimni, menyimpan gelas wain dalam almari, dan memasang gebar musim salji di katil mereka.

Sebagai contoh idea yang dipinjam, kita bercuti pada hari Ahad, meraikan hari jadi, memotong kek, meniup lilin sambil menyebut hajat di hati, membaling wang syiling ke dalam telaga hajat, merayakan halloween dan valentine, serta minum tos untuk kesihatan Yang Di-Pertuan Agong. Contoh institusi yang dipinjam ialah pilihanraya ala-barat, sistem kewangan berdasarkan riba dan banyak lagi.

Dengan perkataan lain, kita sudah mengasingkan diri daripada apa yang Melayu walaupn bentuk jasad kita masih belum berubah.

url: http://profabdullah1.wordpress.com/2009/03/04/yang-dikatakan-minda-tertawan/

|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Guru Pembina Negara Bangsa
------------------------------
Oleh: Pendidikmy

Tema Hari Guru 2009 ialah "Guru Pembina Negara Bangsa"


|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Belajarlah Bahasa Inggeris!
------------------------------
Sumber: Blog Pengarah IPM UPSI

Tidak ada orang yang waras fikirannya menentang murid belajar bahasa Inggeris. Tidak juga ada orang yang waras fikirannya menentang sesiapa belajar sains dan matematik.

Belajarlah, belajarlah, belajarlah. Kita lebih setuju daripada penyokong PPSMI.

Bagi mengajarkan bahasa Inggeris kepada murid, eloklah dilakukan melalui pelajaran bahasa Inggeris, bukan sains dan matematik. Dan gurunya perlulah mahir pula berbahasa Inggeris.

Kita juga setuju murid belajar sains dan matematik. Dan ilmu kognitif mengatakan murid belajar ilmu dengan berkesan melalui bahasa ibundanya.

Apabila sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris kepada murid yang tidak pun tahu berbahasa Inggeris, tentulah itu tidak wajar. Ini bertambah buruk apabila gurunya pun ada yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Dalam sebuah pencerapan selama tiga hari, seorang guru sains biologi di sebuah sekolah di Kelantan, hanya menggunakan 83 buah perkataan Inggeris!

Kita menyokong murid belajar bahasa Inggeris, tetapi hendaklah diajar oleh guru yang mahir berbahasa Inggeris dalam kelas bahasa Inggeris.

Kita juga menyokong murid belajar sains dan matematik, tetapi hendaklah diajar oleh guru sains dan matematik, dan juga dalam bahasa yang difahami oleh murid (dan guru!) iaitu bahasa ibunda.

Namun, kita juga mengetahui, ada murid yang dapat memahami sains dan matematik melalui bahasa Inggeris, terutama sekali mereka yang sudah belajar berbahasa Inggeris di tadika dan di rumah. Dasar PPSMI ini sesuai untuk mereka.

Itu satu persoalan lain.

|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---


.

Petisyen membantah PPSMI
------------------------------
Oleh:
Pendidikmy


Klik di sini



 

 


|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Lagi-lagi isu murid menjawab dalam bahasa Inggeris
------------------------------
Sumber:
Blog Utusan Pengarah IPM

Hebohlah dicanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa keputusan peperiksaan PMR 2008 cemerlang.

Dan dilaporkanlah dalam akhbar bahawa pelajar yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bertambah.

Jumlah murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 21.5% pada tahun 2007 kepada 51.2% dalam tahun 2008

Jumlah murid menjawab matematik dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 4.6% pada tahun 2007 kepada 26.9% pada tahun 2007.

Bagaimana ini berlaku! Hairan.

Hairan kita melihat angka ini. Setelah diajar berrfikir secara kritis di sekolah, tentulah kita mudah sahaja membuat kritikan terhadap angka ini.

Sekiranya ada 51.2% murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris, tentulah peratus yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris sama juga bilangannya. Atau jikalau ada perbezaan pun, mungkin sedikit sahaja.

Tetapi yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris hanya 26.9%, pada hal 51.2% sudah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris. Apa berlaku kepada 24.3% murid-murid yang tiba-tiba menjadi tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris?

Setelah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris, murid yang sama tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris! Pada hal seharusnya lebih mudah.

Lagi pun, bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini? Sekiranya murid hanya dikehendaki menjawab dengan memilih A, B, C atau All the above, mereka belum boleh dikatakan menjawab dalam bahasa Inggeris seperti yang diimplikasikan!. Lihat dahulu detelnya.

Dan juga Tuan menyimpulkan bahawa “jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin mengecil.”

Berguraukan Tuan? Bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini! Apa buktinya!

Maksud Tuan, selepas ini wajarlah ppsmi diteruskan!

Bantahan terhadap ppsmi bukan pun kerana ini semua. Pendidikan lebih berkesan disampaikan dalam bahasa ibunda. Itulah yang menjadi isu

|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Hijrah tuntut perubahan prinsip dan sikap
------------------------------
Sumber: Berita Harian


Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Generasi muda mesti berilmu serta matang membuat keputusan harungi cabaran alaf baru

PENGHIJRAHAN kaum Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW dari kota Makkah ke kota Madinah adalah dimensi baru kepada dakwah Islamiah serta simbolik kepada penghayatan ajaran Islam sebenar. Ia juga detik penting kepada pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia. Penghijrahan yang mematangkan penyebaran risalah Allah tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam ketika berdepan suasana baru.

Rasulullah SAW sendiri dalam misi Baginda sudah menanam benih perpaduan, persaudaraan, tolong-menolong, pengorbanan, kecintaan dan ketakwaan dalam sanubari golongan Muhajirin serta Ansar. Itulah unsur paling penting kepada umat Islam sebagai persediaan menghadapi cabaran dan ujian sama ada daripada kaum kufur, munafik, iblis atau nafsu diri sendiri.

Perjuangan meneruskan misi Rasulullah SAW di muka bumi ini iaitu meninggikan kalimah Allah sehingga menjadi rahmat kepada sekalian alam, memerlukan keyakinan tinggi dan mantap. Ummah perlu yakin berbekalkan keimanan, semangat jihad serta panduan berasaskan al-Quran dan sunnah, perjuangan menyampaikan risalah Islam akan berjaya dan mendapat pertolongan serta inayah Allah.

Hari ini, perubahan zaman yang begitu pantas menghambat umat Islam melakukan persediaan dan persiapan jitu bagi menghadapi perubahan serta kejutan dengan menyediakan barisan pelapis generasi muda yang bukan saja tega menghadapi ledakan perubahan bahkan meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di muka bumi ini. Dunia tanpa sempadan dan cabarannya hanya mampu diharungi generasi umat yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual. Penghijrahan nilai, etika serta peradaban hidup perlu diberi perhatian khusus dalam membentuk negara menuju alaf baru dan sejahtera.

Tiada guna kita maju dalam teknologi dan maklumat, tetapi jiwa kering kontang, senang dibawa arus hawa nafsu yang dipimpin iblis dan syaitan. Selepas hijrah, umat Islam perlu memantapkan kefahaman menerusi akidah tauhid dengan mendalami ilmu agama, penghayatan al-Quran, mengkaji sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW serta sahabat. Perbincangan ilmiah sesama cendekiawan Islam dan pada masa sama menguatkan hubungan dengan Allah dengan memperbanyakkan solat, doa, dan ibadat sunat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Surah Ar-Ra'd, ayat 11).

Hijrah juga mengingatkan kita pentingnya sikap cekal dalam diri. Berbekalkan penghayatan nilai kecekalan inilah barisan pelapis umat berupaya tabah dalam mengharungi cabaran alaf baru. Pencapaian umat Islam yang begitu gemilang dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak dunia dengan pelbagai disiplin ilmu, tidak mungkin datang tiba-tiba dan kebetulan tanpa usaha yang cekal, gigih berserta semangat jihad tertanam kuat dalam jiwa. Sesungguhnya daya juang tinggi dapat dikutip daripada generasi hijrah pertama. Ilmu juga diperoleh melalui pengalaman apabila seseorang mengalami peristiwa yang memberi pengajaran kepadanya. Sejarah menunjukkan kepada kita perkara utama dibawa Rasulullah SAW kepada masyarakatnya ialah ilmu yang boleh menyedarkan mereka untuk mengenali diri dan Allah seterusnya melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.

Umat Islam perlu merenung dan berfikir mengenai keruntuhan serta kemusnahan kaum terdahulu supaya dapat memperkukuhkan jiwa menghadapi alaf baru. Sebab itu hijrah mengajar kita bersikap matang dalam mengambil sesuatu keputusan atau tindakan.

Kewarasan bertunjangkan syariat dan ketenangan berasakan iman serta takwa yang melahirkan kematangan perlu disemai dalam jiwa umat Islam pada zaman siber kerana tindakan yang hanya berlandaskan akal atau nafsu menyebabkan negara dan ummah binasa.

Kita tidak boleh meletakkan kebenaran atas suara ramai. Justeru, kita perlu berpegang kepada prinsip berlandaskan al-Quran dan hadis. Ketika Rasulullah SAW ditawarkan harta, pangkat dan wanita supaya meninggalkan seruan Islam, Baginda bersabda yang bermaksud: "Sekiranya diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan pekerjaan ini, tidak sekali-kali aku tinggalkan sama ada aku berjaya atau menemui ajal."

Pada hari ini, jelas kelihatan betapa masyarakat Islam semakin tidak bersatu-padu, sekalipun mereka mengetahui kehidupan begitu sifat masyarakat jahiliah. Keadaan masyarakat yang kebanyakannya hidup dengan mempertahan serta mementingkan diri boleh melemahkan ummah dan negara. Sikap individualistik tidak patut dididik dalam pemikiran umat Islam terutama generasi muda. Sejarah membuktikan umat Islam lantaran perpecahan di kalangan mereka, menjadi mangsa kekejaman, pembunuhan dan permainan musuh Islam. Umat Islam sanggup bermusuhan dan berbunuhan tanpa menyedari puak kufur adalah dalang pembunuhan sesama mereka.

Justeru, kesatuan dan perpaduan adalah aset terpenting sebagai bekalan umat ke alaf baru. Perpecahan sekalipun sedikit dan kecil, lambat laun pasti akan merebak dan seterusnya menyentap perjuangan umat Islam daripada puncak kejayaan. Peristiwa hijrah membuktikan perpaduan umat Islam antara Muhajirin dan Ansar adalah inti pati kejayaan hijrah dan perjuangan Islam. Memasuki alaf baru yang serba-serbi sejagat tidak memungkinkan kita hidup dalam keadaan terasing.

Dunia tanpa sempadan serta kemajuan yang menyatukan pelbagai bangsa dan negara adalah cabaran yang berhajatkan umat Islam bersatu padu. Percanggahan perkara pokok mesti dielakkan, manakala perselisihan masalah cabang memerlukan sikap keterbukaan dan berlapang dada.

Umat Islam perlu sedar musuh pasti akan bersatu apabila berdepan dengan Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 120)


Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia

|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Ajar tuisyen lebih mulia
------------------------------
Sumber: Surat Berita Harian Online (1 Januari 2009)

MERUJUK kepada surat 'Guru Menuntut Keadilan' dari Selangor yang disiarkan ruangan ini pada 25 Disember lalu, saya amat bersetuju dengan pendapat beliau, walaupun saya sendiri tidak menjadi guru tuisyen, sebaliknya hanya mengajar di sekolah.

Guru tuisyen wujud bukan saja ingin mencari pendapatan tambahan, malah atas permintaan ibu bapa. Saya juga selalu didesak ibu bapa untuk mengadakan kelas tuisyen, tetapi saya tolak atas alasan tertentu.

Pelajar yang kurang cemerlang dapat dibantu dengan bimbingan guru tuisyen, apatah lagi ibu bapa sendiri tidak berkemampuan dari segi masa. Jadi bukankah itu tugas mulia?

Malangnya, guru tuisyen ini diminta melaporkan kepada Jabatan Pelajaran seolah-olah kerja ini tidak kena. Sepatutnya, guru menjalankan perniagaan di pasar malam dan ke sekolah keesokan harinya dan kerap tertidur, patut didaftarkan.

Begitu juga guru yang aktif menjalankan jualan langsung, ejen insurans selain terbabit dengan politik. Bagaimana pula dengan guru yang menjalankan perniagaan restoran, kedai runcit, kedai dobi, kedai alat tulis dan sebagainya berselindung di sebalik nama ahli keluarga?

Saya juga berharap perkara ini diambil serius oleh Kementerian Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri dan sebagainya untuk keadilan semua guru.

SOKONG GURU TUISYEN,
Temerloh, Pahang.


|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

PPSMI: Gapena beri kata dua 31 Dis
------------------------------
Sumber:
Malaysiakini (22/12/2008)

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi.

"Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya selepas majlis makan malam Gapena bersama media malam tadi.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.

|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.

Menambah kepelbagaian bahan
------------------------------
Oleh:


Usia laman ini sudah mencecah 8 tahun. Banyak perubahan yang telah dilakukan dengan kemampuan, kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi. Kebanyakannya secara cuba jaya dan selebihnya melalui pembelajaran online. Terkini laman ini juga mempunyai tapak cerminnya di Blogspot (http://2pendidikmy.blogspot.com).

Walaupun begitu, pencapaian laman ini khususnya dalam aspek kandungan dan persembahan belumlah memuaskan hati. Masih banyak lompang-lompang yang perlu dimurnikan. Umpamanya perkongsian bahan pembelajaran dan lontaran pandangan khususnya daripada kalangan warga pendidik. Tentu ramai yang sedar, pengisian laman ini kadang-kadang lebih menjurus kepada soal kebajikan dan nasib guru, juga adakalanya berkisar soal memartabatkan bahasa dan hal-hal berkaitan perkhidmatan dan profesion keguruan.

Sebenarnya wujud satu lompang besar yang boleh diisi tetapi amat sukar untuk dilakukan. Laman ini kekurangan bahan-bahan yang boleh dikongsi, khususnya yang berkaitan dengan p&p. Selain itu, laman ini juga banyak menerima kunjungan tetapi kurang menerima sumbangan pandangan. Memang bukan mudah untuk menulis sesuatu hal, tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan. Sebagai guru, kita fasih dan petah berbicara di hadapan murid, tetapi untuk melahirkan pandangan secara tersusun dalam bentuk penulisan memang agak sukar. Hal ini disedari, maka salah satu matlamat laman ini adalah untuk membuka ruang kepada kalangan guru untuk mengembangkan minda dan berkongsi pandangan berkaitan isu-isu pendidikan, baik di bilik darjah mahu pun berkaitan perkhidmatan dan isu-isu semasa yang relevan dengan dunia pendidikan.

Pengalaman mengendalikan laman ini dan menguruskan bahan-bahan mentedarkan saya betapa susahnya untuk mendapatkan pengisian laman ini. Ketika menyertai Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu dalam Komunikasi Era Globalisasi, anjuran oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 1-3 Disember 2008, saya tertarik dengan ucap utama yang disampaikan oleh Profesor Dr. Juriah Long. Beliau mendedahkan bahawa wujud situasi selesa di kalangan guru-guru yang menyebabkan kebanyakannya tidak komited untuk meningkatkan profesionalisme. Hal demikian berlaku kerana guru sentiasa menghadapi rutin yang sama saban tahun dan mengajar subjek dan kelas yang sama.

Pendedahan yang dilakukan itu sebenarnya adalah hakikat yang berlaku di kalangan kebanyakan guru. Kita seharusnya berusaha meningkatkan profesionalisme khususnya dalam opsyen p&p selain menambahbaik kemahiran dan pengetahuan dalam bidang lain seperti ict dan akses internet. Selain itu, usaha meningkatkan dan meluaskan ilmu juga boleh dilakukan melalui perkongsian pengalaman dan pandangan melalui penulisan. Bagi merealisasikannya, laman ini sudi untuk menyiarkan pandangan dan pengalaman yang ingin dikongsikan. Mudah-mudahan kita boleh mengembangkan pengalaman dan ilmu melalui wadah ini.

|kunjungi 2pendidikmy dot blogspot dot com|
---

.....
 
:: ARKIB ::
Berita


:. Apa kata?
:. Tamatkanlah PPSMI
:. PPSMI: Tidak perlu berteka-teki lagi !
:. Tambah IPG tampung kekurangan 35,000 guru
:. Dari Mana Datangnya Tatabahasa dan Budi Bahasa
:. Blog 2941
:. Guru terlepas peluang permohonan naik pangkat
:. Siapa layak 3:1
:. SUMPAH, SESUMPAH DAN SI TENGGANG
:. Untuk guru: Fokuslah kepada masalah
:. Khutbah Jumaat dan Sikap Terbukanya Seorang Khatib
:. Guru Bukan Siswazah Gred DG44 Berpeluang Naik Pangkat Lebih Cepat
:. Tunggu Bajet 29 Ogos Untuk Tahu Ada Bonus Atau Tidak, Kata KSN
:. Anggota Parlimen Cadang Gaji Guru Naik 20 Peratus
:. Kolum pengendali web
:. Ajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu
:. Nak lulus payah dah lulus tak ada makna
:. Guru Cemerlang (GC)
:. Tempoh pengajian PhD patut kekal
:. Guru lulusan siswazah patut dapat layanan sama
:. Isu Tabiat Membaca Rakyat Malaysia: Bagaimana TV dan Akhbar
Menyebarkan Informasi Salah

:. Cuepacs oh Cuepacs!
:. Usaha kekang ponteng sekolah perlu ditingkat
:. Kenaikan pangkat patut utama kelayakan akademik
:. Bahlulnya iklan NST
:. Peluang guru sekolah rendah dapat ijazah
:. Bahasa Melayu: Apakah dayamu
:. Hasil Sertai KSPK (Kursus Sijil Perguruan Khas)
:. Peluang 23 471 guru naik pangkat
:. Belajar tingkaan 6 ala sistem universiti
:. Minyak: Rakyat marah, ragui kerajaan
:. Reunion Pelatih MPLP (Maktab Perguruan Lembah Pantai)

:. Minyak Venezuela vs minyak Malaysia
:. Usah hanya harap keikhlasan guru
:. Pegawai profesional tuntut setaraf PTD
:. Guru pertikai arahan pindah kuaters
:. Nasib DG2941: NUTP hilang arah?
:. PTD
:. Teruskan tuntut keadilan DG2941
:. Guru DG2941 terus terabai
:. Perkara pelik berlaku lagi selepas 3:1 ???
:. dg29-dg32 dan dg29-dg32-dg41 dan dg29-dg41
:. Apa beza antara penjahat dengan penjihad?
:. Rewarding teacher's sacrifice
:. Perhalusi semula syarat guru ting 6 dapat gred dg44
:. Keluhan dg2941
:. Omar harap berita gembira
:. 'Lebih sudu dari kuah' pepatah baru RTM
:. Integriti: Amalan atau retorik?
:. YB sempoi
:. Zulkurnain jawab jamale
:. KPPK/NUTP paling kehadapan memperjuang hak guru?
:. Bahasa oh bahasa
:. Umur 60 - Antara kepentingan Cuepacs dan rakyat
:. Teliti sebaik mungkin had umur pencen
:. Isu subjek Reka Cipta
:. Kebajikan guru
:. Adab-adab seorang penuntut ilmu
:. Guru sekolah rendah juga perlukan pembelaan
:. Kerajaan Kedah selaraskan gaji guru SAR mengikut SSM
:. Harapan kepada DS Hishamuddin (Undian 19-31 Mac 2008)
:. Guru-guru semua kategori
:. Guru-guru Malaysia
:. Hanya pegawai pelajaran rasmi acara sekolah
:. Simpan kisah anda dalam diari digital
:. Kecewa Pemberian elauan BIP tidak selaras
:. Rangkuman pandangan pembaca
:. Lagi gosip penyalahgunaan kuasa di KPM
:.
NUTP dakwa penstrukturan sekolah timbulkan masalah

:. NUTP gesa segera selesai empat masalah guru
:. Kabinet Baru: PTS kecewa Dato' Hishamuddin kekal
:. Hishamuddin pemimpin dinamik, kata KP Pelajaran
:. Hakikat gaji Guru DG2941
:. Luahan DG2941/3241

:. Bertuahnya anggota ATM
:. Pilihan raya: SPR Malaysia bertanggungjawab di dunia dan akhirat
:. Pandangan Pembaca: Kakitangan kerajaan undi pembangkang
:. 'Usah guna isu pendidikan raih undi'
:. Apabila pelajar perempuan bergaduh...
:. Wajib ke tak wajib ?
:. PM bubar Parlimen
:. Sagu hati: Cuepacs temui sendiri PM
:. Terdidik dan terpelajar
:. Sejarah Pendidikan Percuma
:. Cuepacs kesal KSN segan bincang isu honorarium
:. Peluang Guru Besar DG41(KUP)
:. Cadangan bonus untuk kakitangan awam belum dikemukakan kepada PM: KSU
:. Takut ditukar punca tak mohon guru cemerlang
:. Kualiti IPT dipertikai
:. Nasib guru yang tidak berkhidmat di sekolah
:. Apakah Rasionalnya?
:. Guru saman ibu murid RM250,000
:. Dia sasterawan rakyat bukan lagi sasterawan negara
:. Padah ghairah budaya 'A'
:. Kedaulatan bahasa bakal menjadi isu pilihanraya
:. Ibu bapa semakin lupa tanggungjawab
:. Kisah cikgu
:. Hargailah yuran PIBG
:. Mantapkan disiplin pelajar asrama penuh
---

:. ' Bukan Kemenangan tapi Amanah'
:. TERUS BANGKITKAN ISU DG2941
:. JPA kena permudah guru naik Gred DG44
:. SUARA HATI ISU DG2941
:. Jangan Pinggir Pelajar Lembam
:. Mandul Minda Tuduhan Melulu: DBP
:. Kaji Kamus Dewan sebelum kritik
:. Kesal Bahasa Kebangsaan diketepi di IPT
:. Tiada IPTA Terbilang
:. Tumpu kepada tugas: Masa mengajar guru disiplin dikurangkan
:. Kaji kenapa pelajar ponteng
:. Rancang aktiviti atau benarkan murid cuti awal
:. Kemasukan PTD jejas peluang guru
:. Prestasi enam bulan PIPP
:. Sekolah Kluster: 30 pengetua, guru besar ke King's College
:. Apabila kata-kata menjadi harta
:. 10 asas menyemarakkan kokurikulum sekolah
:. Guru siswazah tua terkilan
:. Pendidik DG41 terkilan skim gaji baru
:. Dedah nama kakitangan seleweng tidak wajar 
:. Tukar bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia, keputusan politik tanpa rujuk pakar
:. Menanti pupusnya bahasa tamadun
:. Mendekatkan masyarakat dengan ICT
:. Peranan persuratkhabaran dan golongan guru dalam kemerdekaan
:. Murid lembam kerana ada guru tidak amanah
:. PTK sekat kenaikan guru berjasa
---

E-mel Pembaca
: Fahami tugas guru
:. Guru umpama matahari
: Masa persekolahan tidak perlu ditambah
:. Pembangunan modal insan
:. Respon Pembaca (Hanya 8 subjek dinilai untuk ke IPT)
:. Kedudukan bahasa Melayu kian terhakis  
:. PIPP: Masih ada jurang yang perlu dibaiki
:. PIPP perlu penekanan kepada pembentukan modal insan
:. PIPP perlu Selaras dengan Agenda Keharmonian antara kaum dalam Membina Negara Maju  Berintegrasi
:. PELAKSANAAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN: Di mana dan Ke Mana?
---
Cermin Diri
:. Tanda orang yang bakhil
:. Tugas dan akhlak penuntut ilmu
:. 99 langkah menuju kesempurnaan iman 
:. Malu itu separuh iman 
---
.

 

-PENAFIAN-
 PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.
 PENGENDALI WEB TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KESULITAN ATAU KEROSAKAN AKIBAT MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.
 Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
 Sebarang bentuk teguran dan pandangan amat dialu-alukan.
  pendidikmy@yahoo.com
 PeNdiDik dibangunkan pada 20.08.2000. Bertapak di Geocities mulai 22.09.2000 (3.30 p.m)
 <<<© PeNdiDik 2000-2008>>>

 

 

----
HARGAILAH PENGORBANAN
DAN KESUNGGUHAN
GURU-GURU DG2941 MENINGKATKAN PROFESIONALISME
DAN MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

BERILAH KEADILAN UNTUK DG2941
----
>

SEMBANG



Free shoutbox @ ShoutMix

INFO GAJI 2009
JAN
FEB
MAC
19
25
25
APR
MEI
JUN
23
25
25
JULAI
OGOS
SEPT
23
25
10
OKT
NOV
DIS
8
25
11
.
INFO SEKOLAH
. Carian Sekolah
. Senarai Sekolah Malaysia
. Sekolah Kluster
. Sistem Aduan Disiplin
.

PAUTAN

Pilihan
.
Kementerian Pelajaran
.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
.
Parlimen Malaysia
.
Portal Kerajaan Malaysia
.
Dewan  Bahasa & Pustaka
.
Perpustakaan Negara
.
Universiti Sains Malaysia
.
e-Halal Jakim
.
Kongres Bahasa
.
Myschoolnet
.
NUTP (KPPK)
.
Blog NUTP
.
Portal Pendidikan
.
Web Sekolah
.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
.
UNIKA PTS
.
PTS Publications
.
Portal SMKA Pahang
.
SMKA Pahang
.
EDUWEBTV
.
dg2941
.
Alumni XMPLP
.
Quran Online
.
Quran Flash
   
E-media
. Bernama
. Utusan Malaysia
. Berita Harian
. Harian Metro
. Kosmo
. The Star Melayu
. Malaysia Insider
. Harakahdaily
. Malaysiakini
. Klpos
. Malaysia Today
. Tranungkite
. Utara Online
. Kelantankini
. Detikdaily
. Agenda Daily
. TV PAS
. WebTV
   
Blog
.
Profesor Emiretus Abdullah Hassan
.
Utusan Pengarah IPM
.
Cilibo
.
Pendidik
.
Penjawat Awam
.
Perkhidmatan Pelajaran
.
Perkhidmatan Awam
.
Tanah Nurani
.
Insan Pendidik
.
Berburu ke padang datar
.
Azizi Abdullah
.
Biodiversity
.
Alumni XMPLP
.
dg2941
.
Berita Pendidik
.
mendewa
   
Bahan & Rujukan
.
Percubaan SPM MRSM
.
Online Writing Lab (OWL)
.
English Language Centre
.
Online English grammar
.
Spoken English
.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Kajian2005
..
Saya dan Bahasa
..
 

STATISTIK

...

Pelawat:

[mulai 01.09.2003]
.........








Statistik di addfreestats :
Tahun Pelawat
2001 2595 (mula Sept.)
2002 9475
2003 3901
2004 12386
2005 11310
2006 8019
2007 22879
2008 38421