Selamat Datang ke Laman Web
 
Album Malaysia di Okinawa

Hampir setiap orang Malaysia yang sampai ke Okinawa, khususnya OIC akan mencatat sesuatu dalam album Malaysia. Album tersebut kini telah disediakan dalam bentuk digital untuk tatapan semua.

Silalah berkunjung untuk menikmati apa yang dicatatkan..
 

Mercedes Benz Malaysia

Sesiapa yang berkemampuan patutlah, sekali dalam hidupnya memiliki sebuah Mercedes, sekadar untuk menilai apa sebuah kereta patut ada..
 

Subscribe to mercedes list
Komuniti Melayu Leeds (MCL) 

Semasa menetap setahun di  44 Easterly Avenue, Yorkshire, Leeds, UK, saya sempat menyiapkan laman Web MCL. Kini ia telah beberapa kali dibaikpulih dan berpindah server. 
 
 

Join MCLnet

DP Manager 99

Semasa menghadiri kursus DP Manager di Okinawa International Centre (OIC), saya dilantik sebagai ketua darjah. Lihatlah telatah kami para pengurus EDP dari 12 negara dihimpun dalam satu kelas.

Read dpmanager99 messages

JICA Alumni Malaysia

Saya telah dilantik menganggotai komiti eksekutif JICA Alumni semenjak 1990 dan mula menguruskan laman web tersebut hingga kini.
 

Subscribe to jica@yahoogroups 
Read our mailing-list

Be a Member of JICA Alumni 

 

Webpage Development Methodology

Disertasi ijazah Sarjana saya bertajuk  Webpage Development Methodology. Ia boleh diperolehi dalam laman Web. Begitu juga serba sedikit maklumat mengenai laman Web, yang sebahagiannya adalah bahan pengajaran saya di INTAN semenjak 1998.
 

 

Sedasawarsa di OIC

Lawatan pertama saya ke Okinawa ialah pada tahun 1989, menghadiri kursus System Engineer di OIC. Sepuluh tahun kemudian (1999) sekali lagi saya ke OIC, menghadiri kursus DP Manager. 

Ikuti perkembangan OIC, Okinawa dan Jepun dalam masa 10 tahun.

 

PERJASA

Saya adalah ahli PERJASA dan pernah menganggotai komiti eksekutifnya untuk beberapa tahun. 
 

Become a member
Lain-Lain

My Family

My Cat

cakap2it

BPTM

JHEAIN

Mountain Bike

Saya memiliki beberapa buah MB yang murah dan tidak begitu sempurna. Sesekali saya mengayuhnya di sekitar Taman Keramat dan Hulu Kelang. Setakat ini masih belum menyertai MTB (MounTain Biking) walaupun sudah beberapa kali dipelawa. Insyaallah jika ada rezeki, dapatlah MB yang lebih baik
 

 

 PDA

Saya mula memiliku Palm IIIc mulai 3 Januari 2001. Mulai dari tarikh tersebut, ianya dibawa ke mana sahaja. Kemudian saya beli sebuah lagi IIIc untuk isteri, menggunakan  iPaq PPC H3760 dan hampir-hampir memiliki Sony Clie sebelum bertukar kepada Nokia Communicator.

Saya  menyertai kumpulan perbincangan PALMX. Sesekali kami berkumpul  mengadakan BTM (Black Things Meeting) 

Teaching

I hate teaching, but my former boss told me that the best method to learn is to teach it. Since then I start teaching (not much choice actually) from dBASE III at the beginning to Webpages recently.
 

Institusi Latihan:

Sekolah Kebangsaan Peroh (1966-1971)
Sekolah Menengah Landas (1972-1974)
Sek. Men. Sains Sultan Mahmod (1975-1976)
Sekolah Alam Shah (1977-1978)





Belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kampus sains di Pantai Baru dari 1978 to 1981 untuk Sarjanamuda Sains (SMSn).

Dalam tahun 1982 mengambil Diploma Lanjutan Analisa Sistem di INTAN.

Pada tahun 1989 dan 1999 menghadiri kursus Okinawa Internatioinal Centre (OIC), Okinawa, Jepun.  System Engineer (1989) dan DP Manager (1999)

Mengambil Ijazah Sarjana dit Leeds Metropolitan University (LMU) pada tahun 1996/97.

Mengaji Software Quality Assurance di Learning Tree International, Washington DC. 2001

Tempat Kerja

Saya adalah Juruanalisa Sistem pertama di Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 1982.  Di JKR hingga 1986. Pada masa tu pakai komputer PDP-11, Nova, Prime 750 dan IBM 4341

Berpindah ke Bahagian Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  di Bangunan PERKIM dari 1986 hingga 1989. Jadi jaga komputer Prime 2250.

Pulang dari Jepun, dinaikkan pangkat ke Juruanalisa Sistem Kanan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  pada tahun 1990. Pada masa tu JPJ guna komputer Unisys, kemudian terlibat dalam projek pengkomputeran JPJ dan gunakan komputer IBM. Di JPJ hingga 1996.

Pulang dari UK, berada di pool JPA selama 3 bulan sebelum ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Akauntan Negara (JAN) semenjak 2 Jan. 1998.

2 Mei 200 berpindah ke Projek Integrasi EGAG, ditempatkan bersama XYBASE Technologies Sdn. Bhd.
 


(c) MBA stands for Muhamad Bin Ali. Online since July 30th. 2001
Send MAIL to me