http://www.mgaa-org.net.tc

 

 

Menu

 

 - HOME

 - Seismology

 - Meteorology

 - Geology & Oceano

 - Astronomy

 - Report Earthquake

 - Tsunami Warning

 - Satellite Image

 - Radar Image

 - News Release

 - Articles

 - Who are we?

 - Contact Us

 - Feedback

 - Links

Last Updated:
29-May-2005 11:17 AM

Pelawat sejak 31 Mac 2005
Free Tell A Friend from Bravenet.com

Malaysia Maju 2020

 

 

       Welcome to Malaysia Geological and Atmosphere Administration

 

 :: KEJADIAN GEMPA BUMI ::  

 

Apa itu Tektonik Plat?

Penjelasan tentang apa yang telah berlaku kepada permukaan bumi dikenali sebagai teori tektonik plat. Kulit bumi terbahagi kepada plat-plat. Plat merupakan rakit besar bagi kerak bumi dan batuan mantel,lebih kurang 70 Km tebal. Plat-plat ini terapung di bahagian mantel yang lecah (lapisan dalam utama) dan bergerakperlahan-lahan di atas permukaan bumi. Pergerakannya hanyalah beberapa sentimeter setiap tahun,tetapi dalam tempoh berjuta-juta tahun pergerakan ini telahh menyebabkan benua terpisah dan berlanggar.

Bagaimana plat bergerak?

Di sesetengah bahagian lantai lautan, plat-plat terpisah antara satu sama lain. Apabila bahan lebur daripada gunung berapi bawah laut naik untuk menyumbat luang ini, kerak baru akan terbentuk. Terdapat sempadan-sempadan plat ditolak ke bawah pinggir plat yang lain. Kawasan ini juga mempunyai gunungberapi dan mengalami gempa bumi. Di tempat-tempat lain, plat bergeser secara sisian dan memecahkan kerak.

Bukti

Fosil paku-pakis dan reptilia yang serupa telah ditemukan di Amerika Selatan,Africa,India dan Australia. Pak-pakis dan reptilia ini tidak mungkin telah menyeberangi lautan, jadi ini bermakna paku-pakis dan reptilia ini telah tinggal di jasad daratan yang sama pada suatu ketika dahulu.

Jika anda memotong benua-benua pada peta geologi dunia dan menyusunnya seperti susun suai gambar, anda boleh memandankan pembentukan batuan. Tidak mungkin hal ini suatu kebetulan. Batuan ini terbentuk semasa daratan tersebut merupakan satu benua. Benua ini yang digelar Pangaea oleh ahli-ahli geologi, berpecah dan bahagian-bahagian yang berasingan hanyut ke kedudukannya sekarang ini. Batuan mempunyai sedikit magnet. Berdasarkan jenis kemagnetan, ahli sains bumi boleh mengetahui tempat batuan itu terbetuk di bumi. Jalur batuan bermagnet menunjukkan tempat kerak baru terbentuk apabila plat-plat berpisah di bawah laut.-Mohd.Azhier Farhan division.seismology@gmail.com

 

 
 
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION, Kota Kinabalu,Sabah