AKTIVITI-AKTIVITI DI IKBN KINARUT

 

Program mendaki gunung Kinabalu

 

Program mendaki gunung kinabalu kali pertama oleh staf IKBN Kinarut telah dijalankan pada pertengahan 2004 yang dianggotai seramai 21 orang kakitangan IKBN ini. Perjalanan pendaki bermula di Timpohon Gate bergerak sehinggalah ke puncak gunung kinabalu setinggi 7000 meter dari aras laut. Perjalanan tersebut mengambil masa 5 jam untuk sampai di Rest house di labanrata sebelum menyambung perjalanan ke puncak pada keesokkan hari. Sepanjang pendaki tersebut, pelbagai cabaran dan pengalaman telah diperolehi oleh setiap kakitangan yang mengikuti program pendakian tersebut. Program ini diketuai oleh En Aris bin Mat Taib, Tenaga Pengajar Jurusan Elektronik Industri yang telah bertunggu-lumus menjayakan aktiviti tersebut.  Segala kenangan yang diperolehi semasa pendakian dijadikan kenangan yang berkekalan pada semua perserta sehingga ke akhir hayat.

 

Kejohanan Sukan Peringkat IKBN Kinarut

 

 

 

 

 

 

 

 

IKBN kinarut telah mengadakan aktiviti kejohanan Sukan Peringkat dalaman untuk mencungkil bakat-bakat sukan bagi mewakili IKBN Kinarut ke pertandingan sukan antara IKBN/IKTBN di Bachok Kelantan pada Pertengahan 2004. Aktiviti tersebut dijalankan selama 4 hari dan 6 acara sukan telah dipertandingkan. Antara acara-acara sukan tersebut termasuklah bola sepak, bola tampar, takraw, badminton, ping-pong,  dan tarik tali. Kejohan sukan ini disertai oleh semua pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kinarut ketika itu, En Mohd Selihin bin Hj Kachon. Kesemua peserta dibahagikan 6 pasukan iaitu Pasukan PPU, Pasukan IE, pasukan PPS, pasukan BB , Pasukan staf kemahiran dan Pasukan Pentadbiran dan Bina Insan. Diakhir kejohanan tersebut pasukan BB telah mendapat Johan keseluruhan pertandingan dan memenangi piala pusingan

 

Program mengibar bendera setiap negeri di Malaysia di puncak gunung kinabalu.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK)  telah mengadakan aktiviti mendaki gunung kinabalu. Aktiviti tersebut telah diadakan pada 4 Mac 2005 yang lalu. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menanam semangat dan menjalin silaturahim diantara staf IKBN kinarut. Program tersebut dijalankan bersama VSS Sdn.Bhd selaku penaja bagi aktiviti ini. Matlamat pendakian adalah untuk mengibarkan bendera setiap negeri-negeri diseluruh Malaysia bersama bendera IKBN. Program tersebut dianggotai seramai 38 perserta terdiri dari 28 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan. Kesemua peserta berjaya sampai dipuncak gunung kinabalu dan mencapai objektif pendaki tersebut.

 

Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Peringkat IKBN Kinarut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Peringkat IKBN Kinarut telah diadakan pada April 2005 selama 2 hari berturut-turut. Tujuan utama pertandingan tersebut diadakan adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat mahir didalam bidang kemahiran bagi mewakili IKBN Kinarut ke pertandingan PJKM peringkat IKBN/IKTBN diseluruh Malaysia. Sebanyak 7 bidang pertandingan telah dijalankan, bidang kemahiran ini termasuklah bidang Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Elektronik Industri, PC maintenance , Information Technologi, Melepa, Penerapan batu bata dan Lukisan Senibina CADD. Seramai 10 peserta bagi setiap bidang dipertandingan tersebut dan hanya dua orang pemenang dipilih untuk mewakili IKBN Kinarut. Setiap pertandingan diadili oleh 2 orang hakim bagi menentukan pemenang pertandingan. Pemenang-pemenang pertandingan diberi Sijil dan Trofi bagi tempat pertama dan kedua.

Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Peringkat IKBN-IKBN di seluruh Negara.

IKBN Kinarut telah menghantar  14 wakil ke PJKM peringkat IKBN/IKTBN bagi 7 bidang kemahiran yang dipertandingkan. Perserta/wakil ini dipilih daripada pemenang Johan Kemahiran yang dijalankan diperingkat dalaman. Keputusan daripada pertandingan tersebut, IKBN Kinarut dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan yang disertai bersama oleh 14 buah IKBN yang lain diseluruh Malaysia. Didalam 7 bidang pertandingan tersebut, 4 bidang dijuarai oleh IKBN Kinarut, Sabah. Berikut ialah keputusan pertandingan PJKM peringkat IKBN/IKTBN yang telah diadakan pada  April 2005 yang lalu:-

 

Bidang kemahiran

Keputusan

Pelukis Pelan Senibina CADD

Johan dan Naib Johan

Penyejukbekuan dan penyaman udara

Johan dan tempat ke-4

PC Maintenance

Johan dan tempat ke-5

Penerapan Batu-bata

Johan dan ke-6

Pelepaan

Tempat ke 5 dan ke-7

Information Technology

Tempat ke-4 dan ke-5

Elektronik Industri

Tempat ke-5 dan ke-10

 

Peserta-peserta yang berjaya akan mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ke Pra-pertandingan Johan Kemahiran Malaysia bagi ke peringkat Kebangsaan.

 

 

                                                                                             HOME           NEXT