Sign Guestbook View Guestbook  paut-subscribe@yahoogroups.com    
Laman Utama

       

 

 

KATA-KATA ALUAN AJK PENAJA PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI-UNIVERSITI TEXAS MALAYSIA.

 Assalammualaikum wbt.,

Persatuan Alumni Universiti-Universiti Texas Malaysia(PAUT) ialah satu pertubuhan Alumni bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut di Universiti-universiti di Texas, USA.
PAUT ditubuhkan berdasarkan cita-cita murni untuk merapatkan semula hubungan dikalangan bekas pelajar Universiti-Universiti di Texas yang sekarang ini berada di merata tempat di seluruh Malaysia. Pertubuhan ini juga adalah sebagai satu badan NGO yang di harap dapat menjalankan fungsi sebagai badan kebajikan di kalangan ahli khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Alumni ini terbuka kepada "semua bekas pelajar-pelajar dari semua Universiti di Texas, USA., dan ahli keluarga". Semuga Laman ini menjadi tempat pertemuan yang dahulunya rakan-seRumah, rakan-Belajar, rakan-seUsrah, rakan-Bola, rakan-Memancing, rakan-Berjalan dan rakan-Berbagai; dan kini mungkin berjauhan (walaupun dekat) disebabkan oleh urusan kerja dan keluarga. Diharapkan semuga Laman ini menjadi jambatan penghubung rakan-rakan, walau dimana pun anda berada. Akhir kata, hayatilah ungkapan dibawah sebagai perangsang, pengharapan dan pergantungan keseluruhan hidup seorang insan yang kerdil pada yang esa.

 Wassalam,
AJK Penaja

Antologi Aku hanya mahu ke seberang

"
Ku pahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
Tiangnya tegap kayu nibung
 Panjinya kain sulut atma
 Tenunan isteri di kamar waja
 Esok, perahu akan ke air mengharung samudera
 Meninggalkan pantai melawan ombak dan badai
 Perahuku kecil, lautnya ganas
 Tenanglah laut, kuala dan muara
 Ombak jangan gila melanda
 Tiuplah bayu pada layarku laju
 Dayung jangan patah
 Layar jangan rekah
 Tiang jangan rebah
 Tuhan Aku hanya mahu ke seberang
"

  --  YBhg. Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob, Naib Canselor UM
 
                                                 

           

Semuga Bermanafaat.

 

LAMAR UNIVERSITY, BEAUMONT
TEXAS A&I, KINGSVILLE
UNIVERSITY OF TEXAS AT EL PASO
SAM HOUSTON STATE UNIVERSITY, HUNTSVILLE
UNIVERSITY OF HOUSTON
UNIVERSITY OF NORTH TEXAS, DENTON
UNIVERSITY OF TEXAS AT AUSTIN
WEST TEXAS A & M, CANYON
WEST TEXAS STATE UNIVERSITY, CANYON
SOUTHWEST TEXAS STATE UNIVERSITY
SAN MARCOS
UNIVERSITY OF TEXAS AT ARLINGTON
TEXAS TECH UNIVERSITY, LUBBOCK

 

 

 

Copyright(c) 2004 AJK Penaja Persatuan Alumni Universiti-Universiti Texas Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.
husda@streamyx.com