(United Malays National Organisation)
BAHAGIAN HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

| Ketua Bahagian | NewsGroup  | Forum  | Capaian | Berita

Demi Agama Bangsa dan Negara Tercinta  

      MENU

 

 

 

UMNO Bahagian Hulu Selangor menyokong penuh kepimpinan YAB Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo selaku peneraju negeri Selangor dan mengutuk perbuatan menabur fitnah untuk kepentingan pihak tertentu

 

Newsgroups untuk kita berdiskusi


Kita berf
orum disini

 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Bathin

Majlis Hari Raya UMNO Bahagian Hulu Selangor akan diadakan pada 5hb Januari 2002 bertempat di Padang Awam Hulu Bernam
- Semua dijemput hadir
   

MELAYU SUDAH LUPA PERJUANGAN
- PRESIDEN
Ucapan dasar
di Perhimpunan Agung UMNO 2001

 

Sukar bagi kita menggambarkan keadaan seperti ini.Setelah merdeka 43 tahun sukar bagi orang Melayu hari ini memikir akan keadaan semasa kita dijajah dahulu.Yang kita tahu ialah hari ini kita merdeka, hari ini kita mempunyai Kerajaan yang dikuasai oleh kita, hari ini Kerajaan melindungi kita. Takkanlah Malaysia boleh mengadakan Kerajaan yang mengabaikan kepentingan Melayu. Apa juga yang dibuat oleh orang Melayu mereka tetap selamat. Jika mereka berpecah, berperang sesama sendiri pun mereka akan selamat. Bahawa mereka masih lemah dalam semua bidang, lemah daripada segi ekonomi, tidak berilmu, kurang cerdik, mudah disogok, menjadi penagih dadah, menghidap penyakit aids dan lain-lain; semua ini tidak mengapa kerana mereka tetap selamat, tetap akan mendapat perlindungan daripada Kerajaan Malaysia.

Yang ternampak oleh orang Melayu ialah politik demokrasi memberi jalan yang mudah untuk mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Sedikit sahaja usaha yang perlu dibuat tetapi keuntungan yang akan didapati amat besar. Dalam parti pemerintah dan parti-parti Melayu lain, yang diutamakan ialah perebutan tempat. Keupayaan memberi khidmat atau menyumbang kepada kebaikan, kepada pembangunan orang Melayu dan negara Malaysia tidak penting.

Perebutan inilah yang membawa kepada keruntuhan akhlak sehingga kawan yang menolong kita pun sanggup kita caci, sanggup kita jatuhkan. Rasuah sanggup dihulur, agama sanggup diputarbelitkan dan bangsa dipecahbelahkan. Tidak ada langsung penghargaan kepada jasa dan bakti. Kita cantas, kita kebas, kita buat apa sahaja untuk mencapai cita-cita besar kita.

Parti yang begitu berjasa kepada bangsa, agama dan tanahair, bahkan kepada kita sendiri sanggup kita buruk dan lemahkan dalam usaha kita untuk mendapat sesuatu bagi diri kita. Perpaduan dalam parti, dan perpaduan orang Melayu sendiri sanggup kita tolak dan sanggup kita pecahkan.

Orang Melayu sudah lupa. Mereka sudah lupa bagaimana dahulu mereka dijajah dan dihina kerana mereka berpecah, tidak bersatupadu. Mereka sudah lupa akan kekuatan dan kejayaan mereka apabila mereka bersatu dan melawan British dan mencapai kemerdekaan.

Mereka sudah lupa akan tujuan sebenar perjuangan politik mereka. Apakah perlu bahasa Melayu sahaja dijadikan bahasa rasmi? Apakah taraf agama lain tidak boleh disamakan dengan taraf agama Islam? Apakah perlu ada perbezaan di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera? Semua ini dilupakan. Dalam keghairahan untuk mendapat undi daripada pihak tertentu semua kepentingan Melayu yang diperjuangkan ini dijadikan tajuk untuk tawar-menawar. Bagi undi dan kami sanggup gugur apa sahaja yang dianggap hak orang Melayu.

Apakah perasaan orang Melayu terhadap penderhakaan kepada kepentingan Melayu oleh parti Melayu tertentu ini? Apakah mereka akan menyokong juga parti yang secara terang-terang menolak hak keistimewaan orang Melayu? Jawabnya "Ya", mereka akan terus menyokong. Penyokong parti yang sanggup menggadai hak orang Melayu akan meyakinkan diri mereka bahawa pendirian pemimpin parti mereka hanyalah tipu helah untuk mendapat sokongan bukan Melayu. Kononnya pemimpin mereka begitu kuat pegangan kepada agama Islam dan tidak mungkin membenarkan hak orang Melayu Islam tergadai. Apabila sudah berjaya maka pemimpin dan parti mereka akan teruskan agenda Islam mereka dan menipu orang bukan Islam. Oleh itu penyokong mereka akan teruskan sokongan mereka secara fanatik.

Cuba hitung. Hari ini 72 daripada wakil rakyat Melayu adalah daripada parti Kerajaan dan 32 daripada parti lawan. Jika hanya 21 kerusi lagi dimenangi oleh parti lawan mereka akan dapat 53 dan UMNO dapat 51. Untuk mendapat 21 kerusi lagi tidak susah. Dalam kawasan yang mana UMNO menang sedikit sahaja, 200-300 undi daripada kaum lain akan memberi kemenangan kepada parti lawan. Oleh itu membelakangkan kepentingan Melayu untuk mendapat sokongan bukan Melayu memang bijak.

Tetapi untuk memerintah perlu ada sekurang-kurangnya 97 kerusi. Oleh itu jual-beli, tawar-menawar mesti diteruskan. Apakah yang hendak dijual jika tidak kepentingan Melayu? Kerajaan yang akan didirikan dengan parti-parti tertentu tetap lemah kerana siapa sahaja boleh menjatuhkannya. Jika parti yang berkongsi menarik diri, Kerajaan campuran PAS akan jatuh.

Apakah Kerajaan yang lemah seperti ini boleh memerintah dengan tegas? Apakah Kerajaan seperti ini boleh melindungi orang Melayu yang masih lemah? Sama-samalah kita renungkan.

 

   

  © 2001-2003 Biro Penerangan UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Laman Utama  -  Pengenalan  -  Jawatankuasa  -  Ketua Gugusan
Agenda  -  Pemuda  -  Wanita  -  Puteri  -  Penerangan  -  Cawangan
 
Laman Ketua BahagianBuletin Forum  - Capaian  -  Berita