Syarikat Kami

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Selamat Datang ke laman Web Uptrend Network Sdn. Bhd! Kami merasa bangga dan amat sukacita dengan kesudian anda melawat laman Web kami dan kami juga amat berasa bangga dengan penyertaan anda sebagai Rakan Perniagaan Internet kami yang istimewa (IBP). Kami juga dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kami telah berjaya mengumpulkan sekumpulan pakar yang berpengalaman, berpandangan jauh serta bermotivasi tinggi di dalam membentuk sebuah pasukan pengurusan yang unggul dalam mentadbir dan menguruskan Uptrend Network Sdn. Bhd.

Pasukan Pengurusan kami amat mementingkan hasil kerja yang berkualiti dan berorientasikan keberkesanan. Mereka terdiri daripada pakar-pakar yang arif dalam soal kewangan, tenaga profesional dalam bidang pengurusan, jurulatih-jurulatih sistem, pakar-pakar dalam sistem teknologi maklumat serta kakitangan-kakitangan yang penuh pengalaman dan kemahiran dalam membantu anda untuk memperkembangkan perniagaan anda. Kami akan sentiasa membantu dan menolong anda untuk berjaya dan seterusnya mejadikan impian anda satu kenyataan!

Di Uptrend Network Sdn. Bhd. kami berikrar dan berazam untuk menjadikan diri kami sebagai pemimpin dalam perniagaan berkonsepkan e-dagang. Kami amat bersyukur kerana kami berjaya menggabungkan kemudahan-kemudahan internet dengan sistem-sistem Pemasaran Pelbagai Peringkat (Multilevel Marketing System) sebagai strategi perniagaan kami. Dengan adanya kelengkapan-kelengkapan yang strategik ini, kami berkeyakinan tinggi bahawa produk yang kami pasarkan akan mendapat pengiktirafan dan dikenali ramai di peringkat antarabangsa serta mencapai kejayaan yang unggul dan membawa hasil pulangan yang lumayan kepada Rakan-Rakan Niaga Uptrend di seluruh Negara.

Falsafah kami adalah mudah, "Impian Dan Kejayaan Dikongsi Bersama". Kami berusaha bersungguh-sungguh demi untuk menjelmakan kekuatan dan kelebihan yang ada pada Rakan-Rakan Niaga kami. Kami berusaha untuk memberikan hasil pencapaian yang maksima kepada setiap individu. Kami juga tidak menafikan bahawa ketetapan masa adalah salah satu unsur yang penting di dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Justeru itu, sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan mutu dan kualiti serta imej produk, kami secara ikhlasnya menjemput dan mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada kami. Ganjaran lumayan yang menjadi impian boleh dicapai dan kejayaan ini adalah kerana Pelan Pemasaran kami yang begitu mudah sekali dan terbukti berkesan!